WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Selasa, 17 Disember 2013

Harimau Muda A Ke Separuh Akhir



Assalamualaikum dan berjumpa lagi di laman enciksantai.blogspot ini. Watak sebenar ada bersama kalian pada kali ini. Watak sebenar hadir di sini adalah untuk memperkatakan tentang aksi bertenaga harimau muda A yang Berjaya menumbangkan Vietnam dengan jaringan 2 – 1 sebentar tadi dalam acara bola sepak Sukan Sea ke 27 di Myanmar.


Aksi 96 minit termasuk masa tambahan 1 minit di separuh masa pertama dan 5 minit di separuh masa kedua cukup-cukup mendebarkan kedua-dua belah penyokong baik Malaysia mahu pun Vietnam. Namun, skuad OKS nyata meyakinkan terlebih dahulu penyokong Malaysia dengan menyumbat gol pembukaan pada minit 82 menerusi jaringan Asri Chuchu. Tersentak dengan itu, Vietnam yang sudah melakukan asakan-asakan yang keras begitu terdesak untuk memperoleh jaringan penyamaan. Akibat keghairahan mereka itu, pasukan harimau muda A sekali lagi memperoleh gol kedua pada minit 90 menerusi Saarvindran yang bijak menumpaskan penjaga gol lawan. Vietnam masih belum berputus asa dan usaha itu membuahkan hasil apabila mereka dihadiahkan jaringan setelah Izham Tarmizi gagal menangkap bola dengan kemas pada minit 95 itu. Namun, segalanya sudah terlambat untuk pasukan bola sepak Vietnam bagi menyekat kemaraan Malaysia ke separuh akhir. Pada pandangan watak sebenar pula, jaringan Vietnam itu adalah jaringan percuma Malaysia semperna hadiah hari natal yang akan diraikan tidak lama lagi. Tambahan pula, sekurang-kurangnya usaha mereka itu dapat menstabilkan emosi mereka yang tampak kecewa dengan situasi sebenar. Jika ditanya siapakah pemain terbaik? Watak sebenar pastinya memilih penjaga gawang Malaysia, Izham Tarmizi yang banyak kali menyelamatkan percubaan-percubaan berbahaya daripada pemain Vietnam.


Tahniah watak sebenar ucapkan kepada Harimau Muda A dan OKS kerana Berjaya menempah tiket ke separuh akhir. Menanti Malaysia di separuh akhir ialah Indonesia yang telah menewaskan  tuan rumah Myanmar dengan jaringan 1 berbalas 0. Semoga skuad harimau Malaya dapat mengekalkan prestasi terbaik untuk beraksi menentang garuda pada 19 Desember ini. Tahniah diucapkan sekali lagi dan diharapkan kejuaraan buat kali ketiga bagi acara bola sepak lelaki Sukan Sea ini menjadi kenyataan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan