WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Sabtu, 24 Januari 2015

Berbeza Tetapi Serupa



Dalam diri ini hati berkata, kehidupan bagai football player, tetapi hakikatnya  dalam Islam kehidupan ibarat seorang perantau dan dunia dijadikan tempat persinggahan sebelum menuju tempat abadi di akhirat, itu aku memang tahu.

Mula-mula masa tahun 2000-2001 dahulu, aku diletakkan di sebuah kelab bawahan bermain untuk skuad junior di negara sendiri. Ketika itu kalau tidak salah aku berumur 16 tahun. Di situlah aku mengenali permainan bola sepak sebenar. Bermain sebagai satu team mengikut position yang ditetapkan, bukan bermain macam kejar ayam kampung. Di situlah juga aku mengenali ramai rakan seperjuanganku. Aku tengok muka coach aku sangat ceria menerima player baru, tapi aku gementar juga berhadapan dengan dia. Coach start mengajar aku menguasai kemahiran 3T iaitu tendang, tanduk dan tahan. Lantas aku teringat sewaktu zaman sekolah-sekolah dulu yang murid-murid juga ada dikehendaki menguasai 3 kemahiran M.
Aku bermain untuk kelab ini selama 4 tahun dan banyak match telah aku lalui. Hidup remaja aku banyak dihabiskan dengan bermain bola sepak, banyak juga pengalaman baru aku peroleh. Kkata coach, kalau dapat best performent ada kemungkinan boleh transfer ke kelab lain yang lebih hebat. aku banyak buat training sendiri dan improve skills kawalan bola aku.

Alhamdulillah, pada tahun 2005 apabila umur aku 20 tahun, aku dapat transfer ke sebuah kelab yang tidak kurang hebatnya di luar negara, bersebelahan dengan negara tanah tumpah darahku je. Aku sendiri yang nyatakan hasrat itu demi meningkatkan carrear bola sepak aku. Dalam kelab ini, ramai juga player dari luar negara, mereka semua dah jadi teammate aku. Aku kena kerja keras especially ingin dipilih sebagai top 11 dan first team. Aku juga boleh jadi macam mereka suatu hari nanti. Nama-nama besar seperti Ronaldo, Zinedine Zidane, Michael Owen, teri henry dan ramai lagi, itu semua segar dalam ingatanku. Rata-ratanya, aku berpuas hati dengan formasi coach aku yang baru yang melakukan rotate player. Malangnya di sini, aku tetiba mengalami knee injured yang begitu lama sehingga banyak game dalam saingan domestic league tidak dapat aku turut serta.
Apabila aku dah recovery hamper setahun selepas itu, aku kurang dipilih oleh coach. Aku turun beraksi di padang untuk match yang kecil kecil sahaja manakala kerap kali jadi substitude dan lepak on the bench apabila berhadapan dengan kelab gergasi dan match penting. Coach cakap, aku belum cukup fit meskipun dah pulih dari kecederaan. Aku faham sangat sikap dan strategi coach aku, beliau selalu cakap kepada kami, walaupun star player kalau belum cukup fit tidak boleh diturunkan secara full time. Tindakan coach itu juga mendatangkan cemburu kepada teammate aku yang pandang materialistic. Mereka mengatakan kepada aku bahawa aku sengaja tidak mahu fit cepat kerana tidak mahu bermain dan tetap mendapat gaji. Banyak betul konflik aku dengan teammate aku. Tetapi mereka tidak tahu, dalam naluriku, ada perasaan memberontak sekiranya tidak  masuk ke padang dalam match. Aku risau dengan masa depan bola sepakku. Banyak juga teammate aku yang dah transfer kat kelab lain especially yang power perform. Diorang pun ada konflik dengan coach. Aku pun pernah ada perbalahan dengan coach tentang gaji per week dan bonus dahulu, tapi sekejap sahaja, sebab aku masih merasakan yang aku hanyalah player yang masih mentah. Huh, memang banyak konflik di sini.
Lama-lama  aku bosan beraksi dalam kelab ini. Mungkin effect injured aku itu juga yang telah menjejaskan sedikit prestasi sehingga gagal menambat hati coach untuk terus bermain. Akhirnya, hanya 2 tahun sahaja aku di sini apabila ada kelab luar yang bercadang untuk bawa aku keluar.

Pada tahun 2007 ketika aku berumur 22 tahun, aku dapat transfer ke kelab yang lain pula. Kali ini di luar benua negaraku, jauh dari kelab asal dan jauh dari kelab aku sebelum ini. Alhamdulillah, kali ini aku bermain untuk team senior dan sekali lagi aku ada masa depan yang mungkin akan cerah sekiranya aku berusaha gigih. Di kelab inilah aku mengenali beberapa player dari kelab ini yang pernah menjadi player yang digeruni lawan suatu masa dahulu. Sudah pastilah mereka semua itu dah jadi lagend of the football. Aku mulai memasang niat untuk menjadi seperti mereka juga, bermula dengan bekerja keras agar sentiasa berada dalam kesebelasan utama dan cuba menjaringkan gol dengan lebih kerap. Aku juga bercita-cita besar mengambil alih tugas vice captain dan captain kelab ini. Dalam kelab ini juga aku berhadapan dengan nama-nama kelab besar seperti PSG, Man United, Arsenal, Atletico Madrid, Napoli dan banyak lagi. Ternyata corak permainan yang mereka pamerkan ialah world style. Di samping game yang laju serta agresif dan ada juga permainan fizikal, malahan high pressing juga turut dilakukan.
Memang banyak yang aku belajar dalam team ini. Paling vital bagi aku ialah teknik teamwork dan persefahaman bersama. Di samping itu, aku belajar supaya sentiasa maintain fitness agar tidak mengalami kecederaan dengan kerap. Aku tidak mahu sejarah berulang lagi. Aku juga belajar leadership dan hasratku untuk menjadi vice captain dan seterusnya captain tercapai apabila kerap kali juga coach bagi peluang itu. Satu yang lebih penting ialah coach banyak expose tentang tektikal dan teknikal. Dari sinilah aku dapat menguasai sedikit demi sedikit penguasaan pelbagai posisi. Aku dah boleh beraksi sebagai defender, midfielder, wings dan forward. Cuma goal keeper sahaja yang belum pernah aku cuba.
Satu yang bagus dalam performent aku dalam kelab aku yang ketiga ini, aku telah diasah untuk power skills dalam mengambil penalty, free kick dan corner kic. Tapi yang paling aku mahir dan gemar ialah free kick. Aku bukan Safiq Rahim tau. Setiap kali kami teammate dapat free kick terutamanya di tempat-tempat yang ada potencial score goal, captain akan minta aku ambil.
Secara ikhlasnya, aku gembira di kelab ini bersama coach dan teammate yang lain. Kami Berjaya maintain leading domestic league dan beberapa kali jadi champion dalam international league. Tetapi jika ingin dibandingkan dengan mereka, performent aku tidak la begitu increase sharply compare dengan teammate yang lain. Ada di antara mereka yang lagi-lagi the best malahan mungkin dah boleh dapat gelaran star player walaupun umur sebaya dengan aku. Malangnya, disebabkan mereka sering dipanggil skuad kebangsaan negara masing-masing untuk menghadapi beberapa kejuaran seperti worldcup dan euro, mereka Nampak seakan keletihan dan ada kalanya mereka gagal beraksi full time malahan ada yang always on the bench. Lebih malang, apabila ada di antara mereka yang injured setelah menyertai skuad kebangsaan. Umpamanya, kelayakan world cup 2010 south afrika waktu hari itu, ada juga teammate aku yang injured sehingga gagal berfungsi dalam kelab dan league. Mungkin juga tugas captain yang kadang kala aku dapat itu adalah kerana aku player pengganti kedua terbaik. Ops, dah macam istilah ekonomi pula. Whatever, tapi aku move slowly sebagai player yang mendapat perhatian banyak kelab. Aku beraksi di kelab ini paling lama iaitu selama 5 tahun dan pada 2011, aku transfer ke kelab yang lain juga akhirnya. Ada juga la Fans club yang meluahkan rasa sedih terhadap pemergianku ke kelab lain. Baru aku sedari, rupa-rupanya secara tak langsung, aku juga ada peminat yang setia. Thanks you all. Sejak dari itu, aku mulai create akaun dalam social media seperti twitter dan instagram. Aku menghargai sokongan peminatku. Memang ramai rupanya yang follow aku. Aku juga guna twitter untuk follow tweet dari rakan-rakanku yang pernah bersamaku sebelum ini.

Pengalaman aku setakat ini banyak aku gunakan dalam aksi padang aku bersama dengan kelab yang baru ini. Aku mulai bermain pada tahun 2012 dan tergerak untuk menyertai kelab ini kerana ditawarkan gaji yang lebih tinggi. Di samping itu, di kelab lama hari itu, aku sering berfungsi sebagai backup striker mengumpan bola kepada penyerang utama. Coach di sana sering memberikan perhatian kepada posisi penyerang dan banyak membawa masuk penyerang muda. Kesannya, bahagian forward itu kelihatan compeit dan striker yang mana kurang performent, maka kurang juga aksinya. Aku teringat waktu kami sertai satu tournament yang menawarkan prestej cup paling the best, striker utama Berjaya jaringkan 9 goal manakala aku hanya dapat jaringkan 0 goal dan 7 assist sahaja. Tapi, walau bagaimanapun kami menang dalam perlawanan tersebut dan Berjaya bergelar champion league.
Di kelab yang keempat ini, hubungan aku dengan coach amat baik. Malahan persefahaman aku dengan coach seakan tidak perlu tercari-cari. Apa yang lebih incredible bagi aku ialah persefahaman aku dengan teammate aku dalam padang seakan seperti mudah diperoleh. Keserasian kami dalam menjadi gandingan F n F dalam kelab ini telah digeruni hamper semua pihak lawan. Umpamanya, apabila aku mengumpan bola, dia menjaringkan goal dan begitulah sebaliknya kepada aku. Sehinggakan ramai fans club, reporter, spectacular dan commentator menyamakan kami dengan gandingan Suarez-Sturridge S n S yang terdapat dalam kelab Liverpool yang dipimpin Branden Rodgers pada masa itu. But honestly, antara aku dan dia, aku lebih menyerlah kerana aku datangnya dari sebuah kelab yang pernah berhadapan dengan antara team team yang besar.
Di kelab ini juga aku ditugaskan sebagai vice captain full time kemudiannya menjadi captain full time apabila captain yang lama telahpun bersara. Ketika ini umurku adalah 27 tahun. Macam umur Luis Suarez tengah top kat Liverpool kan?
Waktu ini aku banyak menambah koleksi goal peribadiku. Malahan, sedikit demi sedikit Berjaya memecahkan rekod lampau player-player yang sebelum ini bermain untuk kelab ini. Manager juga amat senang  hati dengan performent aku dan mengharapkan aku tidak akan ke mana-mana. Malahan, beliau berang dengan transfer news n rumours yang ada kaitan dengan aku dan beliau juga memberikan amaran kepada manager kkelab lain supaya jangan pernah berhasrat untuk mendapatkan aku walaupun sebesar jumlah £100 juta, manager aku tidak akan melepaskan. Biarlah itu, lagipun aku masih gembira sebenarnya di kelab itu terutamanya bermain dengan gandingan forward aku. Dia juga dah semakin baik aksinya. Dalam tahun 2012-2013 itu juga, aku terdengar ada player dari kelab lain yang telah menggigit tangan seorang player Chelsea sewaktu dalam match. Sebaik sahaja tamat training dalam hari itu, aku terus cari channel sports news dan mendapati orang yang dimaksudkan itu ialah Luis Suarez Liverpool rupanya. Bagi aku, dia tidak patut berbuat demikian dan akhirnya telah digantung perlawanan oleh pihak pengurusan bolasepak Inggeris.
Secara keseluruhannya, Banyak kejayaanku tercipta sepanjang 2 tahun aku berada di kelab ini biarpun dikatakan kontrak aku amat singkat. Selain aku mahir dalam aksi free kick, aku juga menambah ilmu bola sepak di kelab ini  dengan menguasai teknik header. Kenangan aku yang paling manis dari kelab ini ialah mendapat anugerah golden boots yang telah diberikan di peringkat benua, negara dan league tersebut. Award yang penuh bersejarah itu telah aku dapat mulai bulan ketiga dalam tahun  2014. Namun, sebelum itu, aku juga pernah peroleh anugerah best player untuk satu league pada Oktober 2013.

Pada September tahun 2014 itu juga, selepas beraksi untuk kejuaraan world cup 2014 mewakili negaraku di Brazil, aku sebenarnya telah transfer ke kelab yang lebih besar dan teammate di dalamnya adalah terdiri daripada star star player belaka. Aku kini diberi gaji per week yang lebih tinggi daripada mana-mana kelab yang pernah aku sertai sebelum ini dan ditawarkan kontrak selama 4 tahun. Ketika ini, umur aku telahpun mencapai angka 29 tahun. Tapi di sini, aku tidaklah beraksi secara full time dalam every match. Ini sebab cara coach aku pick team dia amat berbeza-beza. Kami di sini memang banyak striker world style dan semuanya dah capai taraf star player. Aku juga ada bertemu kembali dengan teammate aku yang dulu yang pernah beraksi bersamaku sewaktu di kelab yang ketiga dahulu. Tapi dia main posisi defender dan aku main posisi attacking midfielder. Coach aku di sini memang bijak menentukan corak formasi kami. Ada kadang kalanya kami bermain sebagai formation 4-4-2, ada juga 3-5-2, ada 4-3-3 dan ada 3-4-3. Aku sebenarnya tak kisah pun tiada dalam starting line up ataupun on the bench. Waktu ini aku merasakan aku tidak lagi lasak seperti dahulu sebagai seorang main striker dan mungkin ini factor umur aku juga. Tapi di kelab yang kelima ini, aku selalu practice aksi killer selepas agak bosan dengan skills sepakan gunting dan  free header. Formasi kami yang bertukar-tukar depend on the match ini menyebabkan goalkeeper kami Berjaya kekalkan dan menambah cleansheet dalam rekod peribadinya dan kelab. Banyak juga kelab-kelab besar seperti Real Madrid, Chelsea, Manchester City, Bayern Munich, AS Roma  , semua aku jumpa. Nama-nama player besar seperti Cristiano Ronaldo, Thomas Muller, Kunt Aguero, Diego Costa, Karim Benzema, Messie dan Neymar semua aku dah berjabat tangan.
Tapi sedar atau tidak, aku sebenarnya bersaing dengan teammate aku sendiri dalam meningkatkan prestasi semasa. Siapa yang ada performent, baru akan diturunkan sebagai kesebelasan utama terutamanya untuk match penting. Di kelab kelima yang bagi aku memang bertaraf huge club ni, ramai di  antara kami yang perlu berusaha keras biarpun dah ada yang bergelar star player. Corak permainan di domestic league dalam negara ini memang sangat-sangat world class. Malahan, seorang star striker pun belum tentu dapat tembus banteng pertahanan lawan yang dibarisi oleh star defender. Mereka gemar melakukan perangkap opsite dan kadang kala gemar bermain parking buses dan menyerang lawan menggunakan caunter-attack. Ada juga yang bermain cara pressing dan compose di tengah padang tanpa menggunakan wings part. Semua taktik ini memang pernah aku lawan, tapi di sini semuanya dilakukan dengan world class. Aku pun kadang kala risau dengan masa depanku. Setakat ini aku ambik keputusan, untuk bersara sebaik sahaja tamat kontrak aku di sini iaitu pada tahun 2018. Dari bulan September dahulu aku masuk kelab, sampai sekarang memang banyak challenging. dan sekarang sudah masuk bulan januari, bermakna transfer window telah dibuka. Aku memikirkan siapa pula yang bakal menyertai kelab sehebat ini. aku dah bermain untuk kelab ini selama 5 bulan sejak September dahulu. Aku pun mengakui ada sedikit culture shocked dalam melakukan penulisan assignment yang berkualiti dengan didasari dengan fakta dan pandangan sarjana yang terkenal di samping perlu melakukan research buku atau bahan ilmiyah lain yang semestinya pelbagai. Tapi, Alhamdulillah, skills itu semakin hari semakin baik. Aku juga semakin menggemari kampus lifestyle dan merasakan suasananya tidak lagi memberikan ancaman kepada prestasi bola sepak aku. InsyaAllah, result untuk first league aku akan diumumkan pada penghujung Januari ini. Keseluruhannya, aku masih lagi bersemangat untuk mengharungi league league yang seterusnya bersama-sama teammate aku yang lain. InsyaAllah. Keep struggling in University lifestyle. Menimba ilmu bagai perjuangan di atas padang.


Terima kasih dari watak sebenar kerana mengikuti semula perkembangan posting dalam blog ini.

Jumaat, 21 November 2014

Come On Pak Cik Rodgers



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Sudah lama betul watak sebenar meninggalkan laman enciksantai.blogspot.


Hari ini watak sebenar nak bicarakan mengenai satu kelab bolasepak di Liga Perdana Inggeris ni. Tapi kalau anda yang membaca posting ini makin lama makin tak sejiwa dengan kandungan di dalamnya. Jangan teruskan dan bukak website lain. Sejak akhir-akhir ini, ramai pula dalam kalangan fan fan kelab ni yang membuat komentar terhadap manager kelab ni. Ramai la yang meluahkan rasa hati mereka kat facebook dan twitter. Tapi watak sebenar nak kasi kecoh dekat blogger.

Seperti fan fan yang lain juga, watak sebenar pun rasa sedikit kecewa dengan  pak cik Branden Rodgers yang menjadi manager kelab Liverpool FC, bukan calang-calang kelab bolasepak di BPL kalau berdasarkan sejarah kelab ini. Dalam aksi yang Bnak masuk minggu yang ke12 ni, Liverpool masih tercari-cari rentak prestasinya yang sebenar. Malahan, Liverpool kerap kali tewas daripada meraih 3 mata penuh dan paling tidak boleh diterima oleh fan fan ialah tewas dengan kelab-kelab kecil di laman Anfield. Mana pergi Rodgers yang dulu?

Begitu berbeza sekali prestasi Liverpool musim lepas dengan musim baru ini. Cukuplah dengan melihat dari segi jumlah gol. Tahun lalu, banyak gol-gol awal dapat dicetak separuh masa pertama dan kali ini banyak pula gol-gol yang dapat dicetak pihak musuh. Pastinya punca kemerosotan Liverpool ini ialah datangnya dari masalah jentera serangan yang tidak tajam. Ini ditambahkan lagi dengan jentera pertahanan yang lemah, cukup membuatkan kelab ini terumbang-ambing. Wajar untuk watak sebenar katakan walaupun pak cik Rodgers menafikannya, iaitu penjualan Luis Suarez ke Barcelona benar-benar memberi impak negative kepada Liverpool.
Betul ke tindakan Rodgers tu?

Akan tetapi, Pak Cik Rodgers mengatakan yang patah boleh tumbuh dan hilang boleh berganti. Lalu dia memborong ramai pemain kelas kedua dengan harapan dapat meningkatkan prestasi pemain-pemain baru tersebut. Dana hasil penjualan Luis Suarez telah habis dijolikan. perbelanjaan transfer window Liverpool musim lalu juga adalah yang paling besar di antara kelab-kelab liga Barclays. Bagi watak sebenar, Liverpool FC bukan kilang 100%, nak tempa pemain-pemain kelas kedua menjadi star bukan senang dan memerlukan masa yang panjang serta tidak diketahui sama ada ianya mendatangkan keuntungan atau sebaliknya.

Apa yang huru-hara dekat Liverpool sekarang ialah kecederaan pemain-pemain utama sering berlaku. Daniel Sturridge yang sudah pulih buat seketika namun injured sebelum beraksi tiada gunanya dan bertambah tidak berguna apabila pak cik Rodgers tidak ada penyerang yang boleh menggantikan si Sturridge tu. Dulu ada Suarez dan pemain penyerang sensasi ni tak pernah injured musim lalu. Bila Suarez tak scored Sturridge yang scored, begitulah serasinya gandingan S n S untuk Liverpool pada musim lalu.
Tapi sekarang ni Cuma ada Sterling je yang boleh la main dengan bagus. Tapi tak ada banyak support, dia pun bukan la posisi striker. Apa la yang dibuat oleh abang Balo, bila la dia ni nak scored. Yang buat lagi dramatic, mengapa pak cik Rodgers nak terus letakkan abang Balo sebagai top 11 sedangkan ada Dorini dan Lambert. Cuba kasi try dua player ni masuk full time pulak. Yang dok luar kelab tu, jangan tersenyum sumbing, adik-beradik watak sebenar pun fan kelab Chelsea, Arsenal, Menyu dan Mancity.

Sekarang ni terima la padahnya pak cik Rodgers, hari tu tak mahu borong star player. Duit tengah banyak, kenapa tak shopping dengan bijaksana. Dapat dua tiga star player dah cukup la. Player yang lama kan ada lagi. Yang loan hari tu pun dah kembali ke Anfield. Tapi pergi jual Agger dan gantikan dengan seorang defender  yang lebih kurang sama hebatnya dengan Agger. Betul-betul membazir la pak cik.

Kat Liverpool sekarang, ada yang lagi huru-hara. Angin bertiup kencang mengatakan owner Liverpool nak pecat pak cik Rodgers dan ramai fan fan Liverpool mengatakan Lagend Rafa nak kembali ke Anfield.
Pak Cik Rodgers tak takut ke?

Whatever la. Bagi watak sebenar yang mana satu pun okay. Asalkan pak cik Rodgers Berjaya kembalikan prestasi Liverpool yang pernah dia buat musim lepas. Yang lagi penting, Pak Cik Rodgers kena tunaikan janjinya tempoh lalu. Dia mengatakan tanpa (Luis Suarez), Liverpool tidak akan apa-apa. OK, nak tengok yang tu dulu. Sejauh mana Liverpool boleh pergi dengan abang Balo. Adakah pak cik Rodgers kekal dan insaf dengan ideologinya.

Sekadar memberi kome
ntar.
You’ll Never Walk Alone

Sabtu, 20 September 2014

Ikhtibar Daripada Sejarah



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Ya betul, Islam itu memang indah.


Tindakan awal dalam perkiraan Nabi Muhammad S.A.W. setelah membuka Kota Madinah ialah menyatu-padukan golongan muhajirin, Ansar serta Yahudi menjadi satu anggota masyarakat yang berkongsi kepentingan bersama yakni Negara. Muhajirin kumpulan yang mengikuti Baginda berhijrah dari kota Mekah ke kota Madinah. Ansar kumpulan yang memberi bantuan kepada muhajirin seperti bantuan makanan, tempat tinggal serta perempuan untuk diperisterikan setelah mereka tiba di kota Madinah. Sementara Yahudi pula satu kumpulan penduduk yang telah lama menetap di situ. Sebaik sahaja Baginda Rasulullah berjaya membina sebuah ikatan ukhuwah yang erat dan membentuk satu identity bersama, maka nilai murni antara lainnya saling menghormati sesama anggota kumpulan akan wujud.

Setelah selesai melakukan proses integrasi itu, maka barulah Baginda Rasulullah menjalankan hal-hal pentadbiran seperti memperbaiki dasar politik Negara berdasarkan wahyu dan seterusnya mengembangkan kegiatan ekonomi Madinah. Di zaman inilah sejarah Islam mencatatkan berlakunya perluasan syiar Islam itu sehingga ke Parsi. Dari sudut kejayaan ekonomi  juga semakin pesat apabila banyak aktiviti perdagangan telah dijalankan. Industri tekstil dan industry pertanian juuga menjadi semakin berkembang.


Penyatuan dan kebersamaan adalah suatu aspek yang penting dalam sesebuah unit organisasi tidak kira organisasi itu bersaiz besar ataupun kecil.


Sekiranya nilai penyatuan dan kebersamaan tidak wujud dalam sesebuah organisasi, maka organisasi itu akan jatuh kerana tiadanya tiang sokongan daripada ahli-ahlinya. “Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta”, tema sambutan hari kemerdekaan Negara dan Hari Malaysia pada tahun ini telah meletakkan 3 prinsip asas yang menjadi teras kekuatan Masyarakat majmuk Malaysia. Dalam amanat YAB Peerdana Menteri baru baru ini, beliau ada menyebut tentang prinsip-prinsip ini dan yang amat dititikberatkan ialah soliderasi yakni membawa erti perpaduan.
Begitulah juga praktikalnya dalam sesebuah organisasi atau persatuan. Langkah menyatu-padukan ahli-ahli kumpulan seterusnya mengenali antara satu sama lain perlu dilaksanakan terlebih dahulu sebelum melangkah ke hadapan untuk memulakan sesuatu tugas, projek atau sebagainya dalam organisasi tersebut.


Apa akan jadi sekiranya nilai-nilai kebersamaan itu tidak diamalkan terlebih dahulu? Jawapannya sebarang tugas, projek atau apa-apa kerja yang memerlukan sokongan dua atau lebih ahli akan kurang Berjaya. Lebih malang lagi apabila ada di antara ahli-ahli kumpulan yang berpecah membentuk puak-puak kecil. Sementara yang lainnya lebih mementingkan diri sendiri daripada kepentingan organisasi. Jika ini berlaku, kerjasama dalam mencapai matlamat organisasi akan menjadi sukar kerana hanya sebahagian kecil sahaja ahli-ahli kumpulan yang benar-benar ingin memperjuangkan matlamat organisasi. Bagi pandangan watak sebenar, kumpulan yang pasif terhadap organisasi itu tidak boleh dipersalahkan 100 % sekiranya ketua tidak menerapkan nilai-nilai kebersamaan itu terlebih dahulu. Dalam Hubungan Antarabangsa, identity menjadi kaedah untuk mengharmonikan masyarakat antarabangsa. Contohnya, seorang saudagar Amerika Syarikat boleh menyumbang berjuta dollar kepada mangsa-mangsa Tsunami di Acheh atas dasar identity satu masyarakat dunia. Jepun dan Jerman tidak menggunakan sumber nuclear untuk membangunkan industry senjata api atas dasar identity kumpulan Negara-negara yang anti-peperangan. Askar-askar dari pelbagai Negara boleh bersatu dan bekerjasama kerana identity sebagai satu pasukan pengaman di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB). Pemain bola sepak dari pelbagai bangsa dan Negara boleh bermain di atas padang kerana identity sebagai sebuah kelab.


Perang Uhud dalam imbasan sejarah Islam telah menjadi saksi terhadap kemerosotan nilai-nilai kebersamaan. Dalam perang tersebut, kumpulan Yahudi enggan bersama-sama Baginda Rasulullah untuk berperang menentang Arab Quraish. Lebih malang lagi apabila ada di antara mereka yang bersubahat dengan pihak musuh mengkhabarkan tentang kelemahan-kelemahan tentera Madinah. Inilah yang ditakuti oleh mana-mana kumpulan dalam berorganisasi. Mereka bukan sahaja tidak menyokong tugas, projek atau matlamat organisasi, malahan berhasrat menjatuhkan organisasi sendiri.


Sehubungan itu, bagi pandangan watak sebenar, sebelum sesuatu organisasi itu menjalankan tugas, projek atau ingin mencapai matlamatnya, maka adalah penting untuk diterapkan terlebih dahulu nilai-nilai kebersamaan itu kepada ahli-ahli kumpulan. Apabila satu identity bersama telah dibina, maka ahli-ahli kumpulan akan cuba mengurangkan kepentingan diri dan bekerja untuk kepentingan bersama. Salah satu kelemahan OIC adalah kebanyakan Negara-negara ahli lebih mementingkan manfaat Negara berbanding dengan manfaat organisasi. Akibatnya, setiap projek atau dasar organisasi yang ingin dilaksanakan akan kurang mendapat sambutan dan akhirnya gagal berfungsi seperti mana yang diharapkan.


Identiti, satu perkataan yang mudah disebut tetapi sukar untuk direalitikan dalam pengamalan organisasi. Jika ditanya kepada watak sebenar, maka watak sebenar akan merujuk kepada sesebuah Negara. Mengapa sesebuah Negara itu mempunyai bendera, lagu kebangsaan, jata Negara seta lambang-lambang tertentu?
Maka jawapan yang sesuai adalah untuk membina satu identity bersama. Dengan usaha itu, diharapkan agar rakyat mencintai negaranya dengan berpaksikan medium-medium identity tersebut. Maka, tidak hairanlah mana-mana organisasi atau persatuan masing-masing mempunyai medium-medium identiti tersebut demi mencapai matlamat organisasi. Sekiranya itu jelas, ahli-ahli akan berasa lebih bersamangat untuk berdiri atas nama organisasi. Setelah ahli-ahli jelas dan faham akan semua perkara tersebut, maka barulah perkataan “belot” itu boleh timbul sekiranya didapati ada di antara ahli-ahli yang pasif dan tidak memacakkan tiang sokongan. Usaha mencapai nilai kebersamaan ini bukan sahaja sedang berjalan di peringkat organisasi kecil, malahan di peringkat sebuah Negara juga masih lagi mengharapkan kejayaan dan hasilnya. Sebab itulah di Malaysia sahaja, pelbagai slogan dan lagu berbentuk perpaduan sering diperkenalkan silih berganti.


Apa-apa pun, , setiap sejarah yang telah berlaku itu penting untuk kita ketahui dan dijadikan ikhtibar.


(Sekadar pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna)

Khamis, 11 September 2014

Watak Sebenar Kembali, (Sekadar Bersembang)



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Sudah agak lama watak sebenar tidak muncul dalam laman enciksantai.blogspot. Alhamdulillah, kali ini watak sebenar ada kesempatan untuk meneruskan semula terbitan dalam halaman ini.
Kali ini watak sebenar tidaklah mempunyai terbitan-terbitan menarik. Hanya sekadar meng-update perjalanan hidup diri ini sahaja. Sesiapa yang kerapk kali mengikuti blog ini sememangnya akan tahu bahawa watak sebenar sudahpun menamatkan alam persekolahan selepas selesai mengakhiri STPM.


Tetapi kini, watak sebenar sudahpun Berjaya menjejakkan kaki ke sebuah university tempatan yang terletak di ibu kota. 1 September 2014, itulah tarikh di mana watak sebenar telah mendaftarkan diri ke university yang dimaksudkan dan akan melakukan persedian bagi mendapatkan ijazah sarjana muda dalam tempoh 3 tahun setengah. InsyaAllah. Termasuk watak sebenar, sejumlah 3174 mahasiswa mengisi kekosongan lanjutan belajar ke IPT ini bagi kemasukan sesi 2014-2015. Daripada jumlah itu, sebahagian besarnya telah mendaftarkan diri di 12 buah kolej kediaman masing-masing dan telah pun bergelar mahasiswa university ini.


Pada minggu pertama kami di menara gading tersebut, kami dikehendaki mengikuti program Minggu Haluan Siswa sebagai sesi orientasi. Pelbagai taklimat dan makluman juga telah disalurkan dalam minggu tersebut dan berterusan pada tarikh-tarikh akan datang. Dalam minggu tersebutlah kami diperkenalkan dengan organisasi tertinggi dalam pentadbiran university ini seterusnya organisasi tertinggi bagi jabatan-jabatan yang penting bagi kami ketahui. Dalam minggu ini juga kami diarahkan supaya menyertai pertandingan antara kolej kediaman sama ada pertandingan bertemakan kesukanan ataupun kesenian. Sememangnya jadual masa dalam minggu orientasi itu terlalu padat dan memenatkan semua mahasiswa tahun pertama. Namun begitu, sekiranya tiada komitmen yang baik daripada pihak kami, masakan program tersebut akan Berjaya dan meriah sebagaimana yang telahpun berlangsung dengan penuh bersejarah sekali.


Dalam Minggu Haluan Siswa inilah juga, watak sebenar mengenali siapa alunnai daripada university ini. Di antaranya dan telahpun diundang dalam program Malam Road To Success termasuklah Aznil Haji Nawawi, pengacara popular dan Mejar Dr. Faiz Khalid, angkasawan Negara kedua. Bukan dua tokoh ini sahaja yang pernah bergelar mahasiswa di university ini. Tetapi ramai lagi dan sebahagian daripadanya telahpun menjadi pentadbir Negara. Sudah pastinya langkah watak sebenar serta rakan-rakan yang lain beru sahaja bermula dan watak sebenar yakin dan pasti inilah langkah kanan untuk mencapai bintang kejayaan.


Dalam minggu kedua, kelas kuliyah pula berlangsung. Setelah para mahasiswa baru mendaftar kertas peperiksaan yang akan diambil, kami mula memasuki sesi kuliyah mengikut kursus yang didaftarkan. Mungkin ini juga pengalaman pertama bagi mahasiswa tahun pertama. Kami diwajibkan untuk mendaftarkan kursus dengan jumlah maksimum 18 kredit, jumlah yang standard bagi mana-mana university awam. Watak sebenar turut menghadiri sesi kuliyah mengikut kursus yang telah diambil. Sehingga hari ini, watak sebenar telahpun mengikuti 6 sesi kuliyah dan masih ada 2 sesi kuliyah yang berbaki dalam minggu kedua ini. Rata-rata pensyarah menasihati para pelajarnya supaya sentiasa proaktif dan kuat berusaha memandangkan semuanya dalam tahun yang pertama. Para pelajar juga digalakkan supaya menjadi mahasiswa yang bermaklumat di samping produktif dengan kerja-kerja yang diminta termasuklah tugasan perbentangan dan assignment. Bagi watak sebenar, semua nasihat itu benar dan perlu dipraktikkan. Namun begitu, dalam mengejar segulung ijazah di masa depan, tugas dan tanggungjawab masa ini dan selama-lamanya sebagai hamba Allah tidak boleh dilupakan.


Jika di alam persekolahan dahulu, segala aktiviti dan pergerakan akan dikawal oleh para guru dan ibu bapa. Jadual masa belajar di alam persekolahan juga adalah seragam dan tidak berselerak. Tetapi apabila sudahpun  belajar di menara gading, mahasiswa itu akan bebas dan lebih banyak berdikari. Bukan bermaksud tidak ada siapa yang mengawal tingkah laku dan perbuatan yang boleh dianggap jenayah, namun kehidupan di university lebih banyak memberi peluang kepada mahasiswa itu untuk membuat keputusan sendiri. Ditambah pula dengan jadual masa sesi kuliyah yang berselerak sehinggakan berlarutan pada waktu malam, maka seorang mahasiswa yang memakai gelaran muslim perlu kuat untuk meneruskan amalan wajib yang semestinya jadual masanya telah ditetapkan oleh Allah.
Dalam soal membuat keputusan pula, hanya iman yang akan menjadi pengukurnya. Jangankan pula kita bersemangat menunaikan fardhu kifayah yakni Berjaya dalam hidup tetapi tanpa disedari telah membelakangi syariat agama. Bagi watak sebenar, tidak berguna jika belajar dan berusaha dengan kuat, tapi melakukannya bukan dalam keadaan yang berkat. Apa yang penting, rezeki kejayaan itu datangnya dari Tuhan juga.


Watak sebenar mengharapkan diri ini dan rakan-rakan agar sentiasa berada di bawah lindungan rahmat Tuhan. Dengan itu, proses pembelajaran akan menjadi mudah dan mahasiswa itu sendiri akan sentiasa tenang. InsyaAllah.
Selamat menuntut ilmu di alam menara gading, ikhlas dari watak sebenar kepada semua mahasiswa lepasan STPM dan setaraf kemasukan ke IPTA bagi sesi tahun 2014-2015.