Assalamualaikum dan salam sejahtera watak
sebenar ucapkan kepada anda semua. Dah hari ke 7 kita ditemukan dengan tahun
baru 2014, enciksantai.blogspot baru hendak menerbitkan sesuatu. Agak lewat
sebenarnya halaman santun santai ini untuk bersama-sama anda di tahun baru.
Bukan kerana kurang kesempitan waktu, tetapi kerana kurang mendapat ekses
kepada liputan internet.
Walau apa-apa pun, kita masih dapat
meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini. Sedar tak sedar, sudah
seminggu kita berada di tahun 2014 ini. Begitu juga dengan paparan yang watak
sebenar ingin bawakan ini. Ada kaitannya dengan masa. Watak sebenar percaya,
ramai di sana yang menggemari aksi liga Barclays Premier league atau
singkatannya BPL. Kelab-kelab bola sepak yang beraksi di dalam Liga Barclays
kini sudah pun melalui separuh daripada perjalanan mereka. Hujung minggu ini
pula, mereka akan melalui permainan mingguan yang ke 21. Selepas hamper 5 bulan
memulakan musim baru ini iaitu 2013-2014, Arsenal masih tidak berganjak daripada
kedudukan teratas dengan 45 mata. Diikuti rapat oleh Man City dengan 44 dan
Chelsea dengan 43. Sementara Liverpool yang pernah menjadi pendahulu liga pada
awal musim menduduki tangga ke 4 dengan 39 mata. Apa yang mengejutkan ialah
Kelab yang boleh dianggap paling diminati ramai iaitu Man United hanya sekadar
menduduki tempat ke 7 dengan 34 mata selepas menamatkan 20 perlawanan.
Sedangkan, kelab gergasi Inggeris itu mempunyai reputasi yang terbaik tempoh
terdekat ini dengan memenangi kejuaraan Liga Barclays musim lalu. Tak kisah la
apa yang nak jadi kat Manyu tu, yang penting, Liverpool sudah mahu menunjukkan
kebangkitannya apabila dilihat berupaya mencabar kelab-kelab tiga kelompok
teratas.
Pastinya, bulan Januari ini merupakan bulan
yang paling sibuk bagi pengurus-pengurus kelab. Kerana apa? Kerana jendela
perpindahan pemain telah pun bermula. Antara isu perpindahan pemain yang boleh
diperkatakan ialah pemain tengah Sepanyol, Juan Mata dikatakan akan menyertai
Napoli. Pada masa yang sama, ada berita yang mengatakan Penyerang Italy, Mario
Balateli akan dibeli oleh Jose Mourinho untuk beraksi di Stanford bridge.
Cristal Palace pula dikatakan ingin mendapatkan Demba ba secara pinjaman
daripada kelab Chelsea. Sementara Liverpool pula dikatakan ingin mendapatkan
khidmat pemain Belgium, Musa Dembele dari Tottenham Hotspur untuk memperkuat
lagi kawalan di bahagian tengah.
Apa-apa je la, nantikan aksi-aksi menarik
daripada Barclays Premier League untuk minggu ke 21 ini bermula 11 januari.
Selepas itu, masih ada 17 minggu lagi bagi mereka bertarung di Liga Barclays
sebelum aksi World Cup 2014 di Brazil bermula. Sama-sama kita nantikan transfers
transfers yang menarik daripada kelab-kelab terlibat untuk kejuaraan musim ini.
Persaingan untuk merebut gelaran juara masih terbuka untuk mana-mana kelab
khususnya 5 kelompok teratas. Diharapkan Liverpool dapat menduduki kelompok 4
teratas dan layak beraksi di Liga Juara Juara Eropah kelak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan