Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada
anda. Watak sebenar kembali lagi dalam membawakan terbitan yang seterusnya.
Kali ini, watak sebenar nak komen sedikit la isu yang berkaitan dengan bola
sepak. Bukan berkaitan penganjur perlawanan, berkaitan dengan sesuatu pasukan
la. Dalam masa terdekat ini kan januari transfer window sedang rancak dilakukan
oleh kelab-kelab Eropah sana. Mereka akan melakukannya sehingga hari terakhir
bulan ini iaitu pada hari ini la, lebih kurang pukul 11.00 p.m.waktu Uk atau
ppukul 7.00 a.m. hari Sabtu waktu Malaysia, tidak ada sebarang perpindahan
pemain boleh dilakukan lagi. Dalam januari transfer ini, macam-macam la isu dan
kontroversi diperkatakan.
Termasuk la yang ini, tak tahu la sejak
bila trend macam ini dimulakan, dah makin banyak sesuatu pasukan bola sepak itu
membeli pemain-pemain 5 star untuk dimasukkan sebagai kesebelasan utama mereka.
Kadang-kadang tu, sesetengahnya menyimpan sahaja pemain 5 star mereka di bangku
simpanan kerana kesebelasan utama mereka sudah lengkap sempurna dengan barisan
5 star yang lainnya. Tak kiralah liga apa pun baik Barclays Premier League ke,
Liga Sepanyol ke, Liga jerman ke atau Liga M, ada sahaja pengendali pasukan
yang melakukan tektikal sedemikian.
Soal wang perbelanjaan kelab watak sebenar
tak nak komen. Terpulang la pada manager tu dapat untung atau rugi. Tapi
fenomena ini turut memberikan impak kepada kelab-kelab yang lain yang beraksi seiring
dengan mereka dalam merebut kejuaraan
liga. Pertama, kalau dah banyak khidmat pemain star di sesuatu kelab atau
pasukan itu, bagaimana dengan kedudukan kelab atau pasukan yang lain? Mereka
juga memerlukan pemain star sekurang-kurangnya untuk menstabilkan kekuatan kelab
kelab yang bertanding antara satu sama lain. Baru la adil sekiranya kekuatan
kesemua kelab atau pasukan dalam sesuatu liga diukur sama rata pada
permulaannya. Saingan dan cabaran dari masa ke semasa juga akan menjadi lebih
menarik. Tapi, kalau dah satu kelab atau pasukan itu membolot hamper semua
pemain star dunia, apa nak jadi dengan nasib yang lain?
Kedua, tektikal membeli banyak pemain star
untuk sesuatu pasukan ini boleh la dikira sebagai kelab ???. Dengan kata lain,
mereka beranggapan pemain-pemain star
itu akan dapat menyaingi dengan mudah pemain-pemain lawan dari pelbagai kelab
dalam sesuatu liga. Mereka tidak mahu membuang banyak masa untuk memikirkan
soal kekuatan pasukan. Sebagai jalan mudahnya, tektikal itulah menjadi jawapan
kepada mereka bagi memungut 3 mata penuh dalam setiap perlawanan. Sedangkan
kelab-kelab lain, mereka perlu menurunkan pemain muda yang mentah selain pemain
star yang masih berbaki yang belum dibolot. Agak memakan masa juga untuk
melatih pemain muda untuk menjadi pelapis star.
Mungkin itu sebab yang menjadi kebiasaan,
tapi ada sebab yang lebih kejam. Ketiga, dengan tektikal ini, mereka dapat
menyogok pemain-pemain star dunia daripada ada di pasaran, tujuannya adalah
untuk menghalang kelab atau pasukan lain membeli pemain star itu. Memang
menjadi kenyataan kini terdapatnya pemain antarabangsa bagi sesuatu Negara itu
diletakkan di bangku simpanan. Apa peranannya? Peranannya adalah tidak memberikan khidmat pakar gol kepada
kelab-kelab yang lain yang menjadi lawan kelabnya. Tak kan kelab lain nak beli
atas belian orang lain pulak. Oleh itu, diadakanlah jual beli secara pinjaman.
Namun, masih lagi tidak dinamakan persaingan sebenar.
Keempat, kesan seterusnya adalah pemain yang
terlalu kerap disimpan itu tidak dapat menunjukkan prestasi sebenarnya. Walau
bukan untuk kelabnya pun, tetapi penting untuk negaranya. Sedangkan yang
disimpan itu adalah ayam tambatan bagi Negaranya. Nak buat macam mana, nak diturunkan masih ada
lagi yang berkualiti 5 star daripada dia. Silap percaturan, kecundang 3 mata.
Mungkin itulah yang difikirkan oleh manager yang mengendali kelab sedemikian
rupa. Yang menjadi mangsa, Negara pemain itu. Akibat terlalu banyak disimpan,
kekreatifan beliau beraksi dengan bola juga akan tersimpan. Akhirnya, prestasi
peribadi menurun.
Walau apa-apa pun, berilah yang terbaik
kepada pasukan. Pada masa yang sama, cuba mencari persaingan yang sihat dan
bersih. Jangan terlalu memikirkan soal perniagaan dan pelaburan besar, ianya tidak akan menjadi sukan bola sepak
terhebat sekiranya diperlaku sedemikian rupa. Watak sebenar tidaklah sepandai-pandai
penganalisis bola sepak, namun sekadar memberikan pandangan. Majulah sukan untuk dunia.
(sekadar pandangan dan pemikiran yang tidak
sempurna)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan