Assalamualaikum dan selamat berjumpa lagi
dalam laman blog enciksantai.blogspot. Watak sebenar harapkan anda semua berada
dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Watak sebenar tidak ada apa-apa
terbitan menarik pun hari ini. Yang ini adalah sekadar penulisan berbentuk
pandangan.
Ekoran isu-isu semasa Negara yang pelbagai jenis
tahun 2014 ini, bermacam telatah rakyat Malaysia bertindak balas terhadap
fenomena itu. Ada isu yang berkaitan
ekonomi la, agama la, politik la dan banyak lagi. Ada isu yang panas dan tidak
kurang jugak yang dipanas-panaskan.
Di sebalik isu-isu semasa tersebut, ada
yang menyokong, menentang, dikongkong dan membangkang. Tidak kurang juga yang
bersahaja. Pastinya, jikalau sesuatu pihak melakukan perkara yang boleh
menyebabkan pihak yang satu lagi kurang
menggemarinya, kedua-duanya akan bersengketa dan menimbulkan konflik. Hal ini
kerana apa? Kerana kedua-dua pihak saling tidak berpuas hati. Sama la seperti
seorang ketua yang melakukan perkara yang kurang digemari anak buahnya, secara
tak langsung anak buah itu akan meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka.
Kesannya, macam-macam la bentuk tindak balas berunsurkan penentangan. Bagaimana
pula jikalau ada dalam kalangan anak buah itu yang menyokong tindakan si ketua? Tentunya yang dipanggil sebagai anak
buah akan berpecah dua. satu yang pro ketua dan satu yang anti ketua.
Mungkin inilah yang terjadi kepada rakyat
dewasa ini terhadap sesuatu perkara dan isu yang membabitkan masa depan Negara.
Ya, Tak salah untuk mengkritik. Tetapi mengkritik bukan pada tuan punya badan.
Sebaliknya pada sikapnya. Sikap seperti tidak adil, zalim, tamak atau
sebagainya. Islam juga ada mengajar penganutnya supaya mencegah daripada
kemungkaran iaitu perkara yang menyalahi syarak atau dalam ruang lingkup ini
ialah penindasan. Bukankah selemah-lemah mencegah kemungkaran itu adalah melalui hati? Dengan
kata lain, membenci perbuatan pihak itu dan bukannya membenci pihak yang
melakukannya.
Oleh demikian, jikalau pihak yang
dibangkang itu ada melakukan perkara yang baik, apakah jawabnya masih lagi dia dikritik,
ditomah, diherdik atau dimamah? Masih dikritik dek kemarahan yang lama tersimpan
atas perkara yang kurang digemari dahulunya. Agama tidak mengajar membenci
orang sebaliknya membenci sikapnya yang salah itu. Soal perbuatannya yang baik,
hanya Allah sahaja yang tahu niat dan
ikhlasnya. Apa yang manusia perlu lakukan ialah menyokong jikalau perkara itu
baik dan membangkang jikalau perkara itu salah. Bukan kerana kesalahan yang
lama, yang baik turut menjadi salah.
Semoga, Negara Malaysia sentiasa diberkati
Allah dan dilimpahi rahmatNya. Itu yang betul kita doakan.
(Sekadar pandangan dan pemikiran yang tidak
sempurna)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan