Assalamualaikum dan selamat bertemu kembali
dalam Segmen Karya Oh Karya. Ini Mat Santun datang menemani anda lagi dalam
segmen yang agak lama tidak diketengahkan. Kali ini, kita akan dipaparkan
dengan sebuah puisi jenaka. Puisi ini penuh dengan maksud tersirat yang
berunsurkan penyindiran terhadap sesuatu perkara dalam kehidupan manusia. Puisi
ini juga turut diselitkan beberapa isu semasa yang sedang hangat menjalar
ketika ini. Sebelum Mat Santun mengundurkan diri, bacalah terbitan ini.
Inilah sikap orang kkeparat,
Anak manusia mati tak makan,
Anak harimau mati dijerat,
Disebabkan dia mereka ditekan.
Terlajak sampan boleh diundur,
Terlajak bising buaya yang datang,
Itulah mulut sudah terlanjur,
Sampan hanyut buaya kenyang terlentang.
Perkara yang besar semua berdendang,
Ada menari ada terjerit,
Ibarat ikan mati dipedang,
Monyet di pokok turut ke parit.
Jangan memandai nak buat jahat,
Biarpun kecil orang terbeban,
Seperti keldai kecewa melihat,
Rakusnya pak kancil membakar hutan.
Ini perangai usah terima,
Sanggup bermuka dalam bertindak,
Singa dan kerbau hairan bersama,
Rupa-rupanya nak serang badak.
Payahnya si ikan nak latih berenang,
Penat si kambing bertahun mengajar,
Inilah guru lagak bertenang,
Takutkan air muridnya dikejar.
Ini cerita ada lawaknya,
Gajah di sarkas orang tak gelak,
Lalu dipaksa puji aksinya,
Nampak tak ikhlas merungut pulak.
Seindah bahasa, Sesantun bicara, Semurni
pekerti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan