Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Kali ini, Mat
Santai menemani anda dalam segmen renungan pula.
Apa khabar anda? Harap berada dalam keadaan sihat-sihat.
Bagi yang kurang sihat, teruskan makan ubat untuk cepat sembuh. Beberapa hari
lepas pun, kat klinik, ramai orang sakit-sakit. Penuh sesak, kena beratur
panjang, walhal ingin mengambil ubat sahaja. Jiran Mat santai kat sini pun, dah
ramai yang mengalami demam. Mungkin disebabkan cuaca kering agaknya.
Mat Santai dengar kat Selangor sana, sudah giat dijalankan
aktiviti mencatu air. Mungkin kesannya cukup dirasai oleh penduduk di sana.
Apatah lagi keadaan itu memaksa kehidupan seharian mereka yang dahulunya lancar
terpaksa diubah. Setiap hari kena ambil air di tangki yang disediakan. Banyak
jugalah kedai kedai makan yang ditutup kerana ketiadaan air. Penduduk sudah
semakin resah. Diharapkan mereka yang terlibat tabah menerima ujian daripada
Allah.
Oh ya, semalam, Mat Santai ada berjalan-jalan macam kutu
rayau. Mat Santai melalui sebatang anak sungai. Air dari anak sungai itu
datangnya dari sebuah pusat rekreasi air terjun berhampiran dengan Gunung
Jerai. Ternyata aliran airnya tidak bermaya, kering dan tidak berarus. Desember
lalu, aliran airnya penuh bertenaga. Ramai pengunjung berhampiran yang bermandi
manda di air terjunnya. Tetapi sekarang, mungkin dah jadi tempat berendam sang
ular sawa. Airnya terlalu sikit. Ini juga disebabkan fenomena cuaca kering yang
melanda ketika ini.
Mat Santai memerhati kebun kebun kecil milik penduduk kampung
yang berdekatan, ternyata tumbuh-tumbuhan itu lemah seakan tidak bermaya.
Seperti pokok pokok bunga kat halaman rumah Mat
Santai rupa lakunya. Dah lama hujan tak turun menyebabkan tanaman tanaman
ini tidak cukup dibekalkan dengan air. Ketiadaan air menyebabkan proses
fotosintesis tidak dapat berlaku dengan baik. Oleh itu, pengeluaran daripada tanman juga akan terjejas. Ramai
jugalah pekebun tempatan yang terpaksa menanggung kerugian akibat fenomena ini.
Di rumah pulak, Mat Santun asyik merungut kepanasan. Mat
Santun sering tertanya-tanya bilakah hujan akan turun. Mat Santun juga kerap
kali masuk ke bilik air mandi merendamkan diri. Pelajar di sekolah pula sering
kali dinasihatkan untuk banyak minum air, sekurang-kurangnya 8 gelas air putih
dalam sehari. Hal ini adalah untuk
menstabilkan suhu badan dengan suhu persekitaran.
Di utara ini, suhu boleh mencecah 36 darjah hingga ke 38
darjah. Agak panas juga la. Dengan kurang litupan awan menyebabkan siang panas.
Malam pun panas disebabkan batu yang menyerap haba di waktu siang dilepaskan
pada malamnya. Begitu hebat gambaran fenomena cuaca kering ini terhadap kita.
Namun, fikirkah kita kesannya kepada haiwan di luar sana?
Mat Santai juga ada terjumpa dengan seekor kucing yang lemah
di medan jalanan. Raut wajahnya cukup diketahui bahawa haiwan itu benar benar
ingin mencari air. Apakah kita masih memikirkan tentang kesusahan pihak lain? Pada
masa yang sama, memikirkan tentang keadaan di pihak kita.
Musim kering, tasik atau sungai menjadi semakin kering.
Kawasan yang berair menjadi semakin sempit. Banyak kehidupan akuatik yang
terpaksa berkongsi tempat, makan dan perlindungan. Banyak jugalah daripada
mereka yang mati kerana fenomena cuaca sebegini.
Bagaimana dengan kucing dan anjing yang terbiar di luar
sana? Masih dapatkah mereka mencari air untuk meneruskan hidup. Masih ada
manusia lagikah yang prihatin dengan kesusahan mereka. Sedangkan, manusia
sekarang ini pun sedang sibuk dengan usaha untuk menyenangkan kehidupan
sendiri. Pastinya, fenomena cuaca kering ini bukan sahaja memberikan kesan
kepada kehidupan manusia malahan turut meninggalkan kesan kepada kehidupan yang
lain. Renungkanlah..
Mat santai, bukan sekadar lepak tepi pantai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan