Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Tanggal
24 Mac iaitu hari Isnin semalam, pukul 10.00 p.m. seluruh rakyat Malaysia serta
isi dunia telah digemparkan dengan berita mengenai pesawat Malaysia Airline MH370
yang dilaporkan hilang sejak 8 Mac lalu kini dikatakan telah berakhir di lautan
Hindi. Pengumuman berita itu telah dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia, dato’ Sri Mohd Najib.
Selama
17 hari kehilangan pesawat itu, pelbagai spekulasi telah dilontarkan oleh
sebahagian mereka yang mengikuti perkembangan berita pesawat malang ini. Kini
mulut mulut mereka sudah hamper boleh ditutup memperkatakan tentang tragedy kehilangan
MH370. Mungkin itu adalah salah satu daripada hikmahnya.
Kepada
keluarga penumpang pesawat MH370, ucapan takziah kepada kalian. Diharapkan
kalian dapat menerima ujian Allah ini dengan penuh kesabaran serta hati yang
tabah. InsyaAllah, banyak hikmahnya di sebalik ketentuan daripada Tuhan ini.
Watak sebenar turut meluahkan rasa sedih dan bersimpati kepada keluarga mangsa
selepas mendapat berita yang syarikat Malaysia Airline mengesahkan tiada
penumpang yang selamat dalam nahas itu. Terdahulu, pesawat MH370 yang membawa
227 penumpang dan 12 anak kapal bagi perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing telah
hilang dari radar pada tarikh 8 Mac lalu.
Pastinya,
operasi SARS yang disertai sebanyak 26 buah negara tertumpu kepada pencarian
kotak hitam bagi mengkaji punca nahas dan beberapa lagi aspek penting. Namun
operasi ini dianggap mencabar kerana purata kedalaman lautan Hindi ini ialah
4000 meter ke bawah dan tahap kedalaman maksimumnya sekitar 7000 meter ke bawah.
Diharapkan operasi ini Berjaya menemui kotak hitam pesawat tersebut dengan
penuh kelancaran.
Bagi
kita rakyat Malaysia, teruskan menyokong usaha merungkai misteri nahas MH370 ini.
Apa yang lagi penting, rakyat Malaysia jangan cepat melatah dengan perkhabaran
ini dan tidak lagi meneruskan sebarang spekulasi yang tidak masuk akal. Tangguhkan
kepentingan anda itu dulu, setidak-tidaknya untuk menghormati keluarga
penumpang yang sedang bersedih buat masa ini. Marilah kita menghadiahkan al-fatihah
serta bacaan yasin untuk mereka. Moga Allah memberkati mereka di dunia dan di
akhirat sana. Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan