Assalamualaikum
dan salam sejahtera.
Pada
19 Mac, Rabu semalam, keputusan penuh STPM 2013 sistem baharu telah diumumkan.
Keputusan ini dikira berdasarkan wajaran permarkahan yang terkumpul bagi
sesuatu mata pelajaran di penggal 1, penggal 2, penggal 3 dan tugasan PBS.
Secara
umumnya, prestasi pelajar yang mengambil STPM pada tahun 2013 adalah meningkat
berbanding 2012. Namun, ianya tidak boleh diukur dan diperhalusi
perbandingannya secara teliti kerana format bagi STPm 2013 tidak sama. Bagi
pandangan watak sebenar, STPM baharu ini menekankan 2 aspek iaitu aspek
akademik dan aspek kemahiran menjalankan tugasan serta insaniah. Berbanding
dengan STPM yang lama yang hanya menekankan permarkahan semata-mata untuk
peperiksaan bertulis tanpa menilai keupayaan atau kelebihan lain yang ada pada
calon STPM itu.
Walau
apa-apa pun, tahniah kepada yang Berjaya mencapai apa yang dinginkan sepanjang
berada dalam medan perjuangan pra universiti. Kepada yang kurang Berjaya itu,
anda sebenarnya turut Berjaya setidak-tidaknya berani meneruskan perjuangan
dalam zon STPM baharu. Sememangnya, pelajar STPM 2013 akan dijadikan panduan
dan landasan kejayaan kepada junior junior yang akan memasuki pra universiti
pada masa akan datang. Sepastinya, mereka akan menggunakan pengalaman kakak dan
abang selaku kumpulan pertama STPM baharu untuk turut juga melakar kejayaan.
Oleh demikian, syabas diucapkan, sekurang-kurangnya dapat memberikan semangat
untuk mereka yang lain meneruskan perjalanan di laluan pra universiti.
Tidak
lupa juga kepada semua yang telah menyokong diri ini yang juga pelajar STPm
2013, terima kasih dan sejuta penghargaan kepada anda. Syukur Alhamdulillah,
watak sebenar pun tidak menyangka akan memperoleh kejayaan seperti ini. Tetapi,
ianya tidak mustahil kerana Allah telah menentukan segalanya dan
menganugerahkan nikmat kejayaan ini. Apa yang perlu dilakukan oleh manusia itu
selaku pelajar hanyalah terus meningkatkan usaha dan tidak putus-putus berdoa
supaya dimudahkan segala urusan menimba ilmu.
Jika
diimbas kisah lalu sebelum bertandang ke pra universiti, laluan ini bukanlah
pilihan utama ketika itu apabila berhadapan dengan pelbagai tawaran pengajian
seperti program diploma IPTA, institute pendidikan guru serta program asasi
IPTS. Namun, setelah memikirkan tentang kesesuaian bidang serta beberapa factor
lain, maka atas nasihat ibu watak sebenar juga, pilihan pra universiti inilah
jalan alternatifnya setelah berehat panjang sebagai bekas pelajar SPM. Walaupun
hati terasa agak berat untuk kembali ke separa alam persekolahan, namun
semangat untuk Berjaya pada laluan ini perlu diteruskan. Agak lama juga watak
sebenar berada di alam kekeliruan sama ada ingin meneruskan pra universiti yang
memperkenalkan format baharu atau melangkah ke maktab perguruan mahupun memohon
semula borang UPU online kemasukan IPTA sesi September. Walau bagaimanapun, ekoran
memikirkan soal wang yang telah dibelanjakan, maka watak sebenar teruskan juga
menjejaki dunia pra university dengan lebih jauh sehingga berupaya menamatkan
penggal 1 pada penghujung 2012. Semangat perjuangan itu juga didorong oleh
beberapa pihak termasuk ibu bapa dan guru. Kemudian, ada pula pegawai MPM yang memberikan
taklimat berkenaan sistem baru ini. Daripada pemberitahuannya, ada suatu yang
menarik pada watak sebenar sehingga tekad untuk meneruskan jalanan ini.
“STPM
ialah kelulusan akademik yang diterima oleh semua Negara” katanya
Alhamdulillah,
sekarang ianya sudah terjawab dalam masa lebih kurang 2 tahun. Memang tidak
disangka bahawa simpang yang bukan pilihan untuk membelok ke arahnya menjadi
simpang terbaik setakat ini. Itulah ketentuan ilahi, memberikan sesuatu yang
tidak disangka-sangka kepada sesiapa yang dikehendakiNya. Kini tibalah giliran watak
sebenar untuk menentukan bidang pengajian yang khusus sekiranya diberikan
rezeki untuk melangkah ke menara gading. InsyaAllah. Dahulunya, watak sebenar
berasa ragu-ragu untuk membuat keputusan tentang perkara ini sewaktu mengisi borang
UPU online kemasukan IPTA pelajar SPM. Tetapi sekarang, watak sebenar perlu
lebih matang dalam membuat sebarang pilihan.
Terima
kasih sekali lagi diucapkan kepada mereka yang telah menyokong perjuangan ini
termasuklah ibu bapa, adik-beradik, saudara-mara, rakan-rakan, warga SKTI,
warga SKPK Alma, warga SMPK Setapak dan terakhir warga SMK Tunku Abdul Malik.
Selepas ini, watak sebenar tidak lagi berada dalam kehidupan yang bernama alam
persekolahan sebagai seorang bernama pelajar. Sejujurnya, alam persekolahan
memang indah dengan seribu kenangan pelbagai rasa suka dan duka. Terima kasih
juga buat doctor-doktor serta warga perubatan yang memberi nasihat terhadap
kesihatan mata ini sepanjang berada di alam persekolahan. Moga-moga kalian
semua akan sentiasa diberkati Allah. Bye bye sekolah, selepas ini bolehlah datang
melawat dan menggunakan tandas pelawat bukannya pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan