Assalamualaikum dan selamat
sejahtera semua. Terima kasih kepada anda yang masih lagi melawati halaman
santun-santai.
Ha, bagaimana aksi 90 minit yang
ditunjukkan oleh Malaysia vs Filipina semalam? Pasti ada yang merasakan
kekecewaan kerana perlawanan berakhir dengan tanpa jaringan. Pasti juga ada
yang merasakan berbangga kerana skuad yang dipimpin oleh pengendali baru
Malaysia dapat bermain dengan baik tanpa dibolosi.
Apa pun, bagi pendapat watak
sebenar, skuad yang beraksi itu tidaklah dikatakan begitu serasi dengan ahli
sepasukan. Justeru, perlu ada lagi keserasian pemain terutamanya di bahagian
tengah dan kelemahan itu telah cuba diatasi
oleh OKS dengan menukar-nukarkan pemain tengahnya. Pemain pemain yang sesuai
harus segera dibentuk untuk mewakili kesebelasan utama Malaysia dalam menentang
Yaman 5 Mac ini bagi menghabiskan saingan di kelayakan Asia Cup 2015. Begitu
juga di bahagian serangan yang kurang effektif apabila gagal menyempurnakan hantaran
terakhir dengan tepat dan tajam. Di bahagian pertahanan, boleh dibanggakan aksi
penjaga gol Pahang kerana beraksi cukup baik sepanjang 90 minit itu. Beliau
membuat penampilan pertama bagi skuad kebangsaan dan sewajarnya mendapat
pujian.
Malangnya, sikap penonton di Stadium
Majlis Perbandaran Selayang semalam telah merosakkan erti perlawanan bola
sepak. Watak sebenar percaya, tindakan mereka meletupkan bom asap dan membuat
huru-hara itu adalah bagi membalas respon terhadap FAM. FAM kebelakangan ini
menerima banyak kontroversi. Tidak cukup dengan masalah dalaman, masalah
pengadil yang kurang bermutu pula ditimbulkan. Dengan pengaruh media social
seperti di twitter dan facebook, maka mereka telah Berjaya membuat kesepakatan
bagi melakukan fenomena (30 minit). Penyakit itu sudah lama termendap di dalam
hati penyokong fanatic bola sepak. Di twitter sahaja, sudah beberapa hashtag
berkenaan FAM sering menjadi trending. Yang paling mendapat tumpuan ialah
hashtag PRESIDENFAMSILALETAKJAWATAN. Apa yang dapat disimpulkan, walaupun FIFA
telah menunjukkan ada peningkatan yang kecil bagi ranking skuad kebangsaan
tetapi mentality peminat bola sepak menunjukkan penurunan yang mendadak.
Lihatlah sendiri suasana Liga M di awal musim yang penuh isu baik kepada FAM
mahu pun peminat-peminat.
Apa pun, kerja yang baik untuk
OKS selaku pengendali Harimau Malaya yang baru. Biarpun masih baru, OKS Berjaya
mengendali skuad dengan baik kerana Malaysia sebenarnya berhadapan dengan
pasukan yang lebih baik rankingnya daripada Malaysia. Diharapkan OKS Berjaya
menjadi jurulatih tetap bagi skuad harimau Malaya. Majulah FAM untuk bola sepak
Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan