Assalamualaikum dan salam bahagia.
Kembali lagi bersama Mat Santun menemani anda dalam segmen
renungan. Terbitan kita kali ini masih lagi bertemakan tentang keagamaan.
Seronok vs menyeronokkan, pastinya 2 perkataan ini lahir
daripada kata dasar yang sama. Namun, dengan penambahan imbuhan, ianya sudah
berbeza. Tetapi, itu hanya pada zahir pada pandangan kasar manusia. Ianya
adalah lebih daripada itu.
Seronok vs menyeronokkan, maknanya sudah berbeza mungkin juga
untuk tatabahasa bahasa Malaysia, tetapi perkara pasti dan jelas untuk sudut
konteks keagamaan yang akan Mat Santun katakan ini.
Bagi pandangan watak sebenar, seronok bermaksud sesuatu
perasaan yang bahagia lahir dari hati suci seseorang. Menyeronokkan pula
bermaksud sesuatu perasaan bahagia yang bukan lahir dari hati seseorang, tetapi
dipengaruhi oleh pihak lain yang telah membuatkan perasaan seseorang itu
bertukar. Dalam konteks ini adalah perasaan suka.
Di Malaysia, begitu banyak sekali situasi seronok menentang
menyeronokkan. Malahan, belakangan ini juga kejadian itu bagaikan cendawan
tumbuh selepas hujan pula lakunya. Anda masih tak faham?
Seronok itu ialah program-program yang bertemakan keagamaan.
Tidak kiralah sama ada di media massa, di dunia maya atau pun di dunia realiti.
Program-program ini boleh berbentuk kelas ilmu, ceramah, persembahan nyanyian
lagu nasyid, selawat, marhaban, qasidah dan sebagainya. Aktiviti sebegini
digambarkan “seronok” kerana perasaan suka itu lahir dari hati yang suci milik
seseorang manusia tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak di dunia melainkan
iman bersetakan dengan hidayah Allah. Agama atau kepercayaan adalah fitrah
manusia. Manusia tanpa agama pun masih lagi mempunyai sesuatu kepercayaan yang
dipegang, tidak kiralah falsafah hidup, idealogi atau kata-kata hikmat. Maka,
disebabkan itulah seronok kepada agama ialah seronok yang dibina sendiri dari
hati kerana itulah fitrah.
Sementara menyeronokkan pula ialah program-program yang
bertemakan hiburan semata-mata untuk dunia. Tidak kiralah sama ada di media massa,
dunia maya atau pun di dunia reality. Program-program ini boleh berbentuk
jemputan artist untuk rancangan tv, segmen gossip, persembahan tari-menari,
consert lagu, rancangan reality hiburan, nyanyian dan lawak serta sebagainya. Aktiviti
sebegini pula digambarkan menyeronokkan kerana perasaan suka itu bukan lahir
dari hati seseorang, tetapi dipengaruhi oleh unsur-unsur kegembiraa yang
seumpama itu. Apa yang pasti, program hiburan tersebut memang menjadikan
manusia sebagai golongan sasarannya. Program hiburan tersebut akan membuatkan
manusia malang itu seronok dengan pelbagai bentuk hiburan lagha dengan dibantu
oleh dorongan syaitan dan iblis. Hakikat pada asalnya, hatinya bersifat
neutral. Ringkasnya, perasaan suka itu dibina oleh pihak lain. Selepas ianya
menyeronokkan, maka ianya menjadi seronok. Demikianlah.
Persoalannya, kita lebih cenderung kepada yang mana? Jikalau
hati kita lemah, kita akan ditarik diseronok-seronokkan dengan hiburan dunia
yang menyeronokkan. Jikalau hati kita kuat, kita akan tertarik dengan seronok
yang membawa keredaan Tuhan. Apa tindakan kita? Tertarik atau ditarik?
Realiti pada masa ini, banyaknya rancangan hiburan terdapat
di mana-mana sahaja, tetapi rancangan keagamaan juga turut boleh didapati di
mana-mana sahaja. Ini bukan zaman kuno. Teknologi sudah menyebabkan
globalisasi. Malahan, apa yang berlaku di Negara ini, berselang-seli program
hiburan lagha dengan program agama diadakan. Hanya kita sebagai orang Islam sahaja
yang perlu mmenentukannya. Renunglah.
Seindah bahasa, Sesantun bicara, Semurni pekerti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan