WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 15 November 2013

sembang watak sebenar



Assalamualaikum dan selamat sejahtera diucapkan kepada anda semua. Lama betul watak sebenar tak bersemuka dengan anda semua dalam blog ini. Watak sebenar nak mohon bebanyak maaf kerana sudah lama blog ini tidak menerbitkan apa apa terbitan.


Sebenarnya, watak sebenar saja nak kongsi dengan anda mengenai diari hidup ini. Untuk pengetahuan, watak sebenar baru sahaja menamatkan exam STPM dengan berakhirnya peperiksaan penggal 3. Dengan itu, watak sebenar tidak lagi bergelar budak sekolah. Terima kasih juga la diucapkan kepada SMKTAM yang bagi peluang belajar kat situ.  Terima kasih cikgu cikgu kat sana memberikan ilmu yang bukan sahaja berguna dalam exam, malahan sampai bila bila.


Penghujung bulan Oktober lalu, watak sebenar ada berkunjung ke Kuala Lumpur untuk satu temasya sukan peringkat antarabangsa. Memang sangat bertuah dan gembira dapat peluang menyertai sukan itu dalam acara catur. Terima kasih juga kat jurulatih jurulatih dan pengurus kerana telah memberikan banyak bimbingan dan tunjuk ajar kepada diri ini sepanjang berada kat sana. Ilmu catur yang walau pun tidak seberapa banyak itu cukup bagi diri ini mengetahui latihan sebenar permainan catur. Biar pun kem latihan itu hanya diadakan lebih kurang 4 hari sahaja, namun itu sudah cukup berani untuk peserta team catur berhadapan dengan atlet lain yang sememangnya cukup cukup bersedia. Terima kasih Asia Youth Para Game 2013, Kuala Lumpur kerana menghadiahkan pengalaman yang amat bermakna dalam kamus hidup ini.


Diharapkan agar watak sebenar berupaya menerbitkan lebih banyak bahan bahan berguna dalam blog ini. Maklumlah, cuti sekolah sudah pun beraksi menggembirakan wajah wajah para pelajar. Bagi watak sebenar pula, cuti ini tidak terkira lamanya. Sehinggalah tirai 2013 dilabuhkan, watak sebenar masih berupaya bersenang-senang di kediaman sendiri. Mungkin itulah waktunya blog ini akan mulai aktif dan segar. InsyaAllah hendaknya.


Apa apa pun, watak sebenar nak ucapkan selamat bercuti sekolah kepada para pelajar yang sudah pun bercuti. Buat pemegang tiket dewan peperiksaan SPM yang masih berjuang, teruskanlah cita cita anda mengapai kelipan bintang di langit. Sampai jumpa lagi. Salam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan