WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Isnin, 18 November 2013

Majlis Jamuan Akhir Tahun Inklusif 2013



Assalamualaikum dan salam sejahtera watak sebenar ucapkan kepada anda semua. Dalam tempoh masa yang terdekat ini, halaman enciksantai.blogspot ini belum ada apa-apa terbitan yang menarik lagi. Nantikannya daripada dua boneka kembar itu Mat Santai dan Mat Santun.


Tetapi hari ini, watak sebenar saja nak kongsikan perihal majlis jamuan akhir tahun watak sebenar di sekolah bersama-sama kumpulan inklusif. Majlis ini telah berlangsung pada hari Isnin yang lepas. Kami telah melangsungkan jamuan akhir tahun itu di sebuah pasar raya terkemuka di Bandar Alor Setar iaitu pasifik mall. Lebih kurang pukul 2.00 petang hari Isnin itu, kami menaiki kereta guru-guru terlibat bertolak ke sana.


Dalam kumpulan inklusif, kami hanya ada 11 orang yang terdiri daripada pelajar menengah atas dari tingkatan 4 hingga tingkatan 6 atas. Jamuan akhir tahun pada tahun ini memang dianggap kelainan sedikit. Ini kerana, kami bukan sahaja makan-makan malahan pergi ke sana untuk bermain boling sebagai acara sampingan. Yang menarik, permainan itu dijadikan suatu pertandingan dan ada hadiahnya.


Sebelum berlangsungnya majlis ini, watak sebenar selaku kapten kumpulan ini telah melangsungkan mesyuarat berkenaan tempat makan dan jenis makanan. Hasil mesyuarat itu, kami sepakat ingin menerkam makanan barat(westen food). Salah seorang daripada kami juga mencadangkan agar aktiviti tradisi  iaitu bertukar-tukar hadiah sesama ahli kumpulan diteruskan pada tahun ini. Sementara salah seorang daripada cikgu pula telah mencadangkan agar jamuan ini disertakan dengan aktiviti bermain boling. Oleh itu, apa yang dirancang sebelum ini tidak menghadapi masalah untuk diterjemahkan sebagai kenyataan.


Pada tahun lepas, watak sebenar dan senior dan junior yang lain melangsungkan jamuan akhir tahun di sekolah. Kami hanya menempah apa menu yang ingin dimakan. Jenis makanannya ketika itu lebih kepada masakan tempatan. Namun pada tahun ini, kami memilih makanan barat iaitu chicken chop, mac-donald, ais krim dan beberapa jenis makanan barat lain seperti dari Italy. Pendek kata, watak sebenar tak ada masalah dengan makanan yang dipilih.


Sampai di sana, kami ke tingkat 4 untuk bermain permainan boling. Bagi watak sebenar, inilah kali pertama watak sebenar bermain permainan ini. Kami bermain dua set dan keseluruhannya adalah sebanyak 20 balingan. Agak menarik juga permainan ini. Pelbagai jenis saiz bola boleh digunakan untuk menjatuhkan 10 buah pin yang telah sedia didirikan. Pada set yang pertama, watak sebenar telah Berjaya menjatuhkan 107 buah pin. Satu pungutan markah yang boleh memberikan semangat di set ke 2. Kami berehat seketika untuk menikmati chicken chop yang disediakan di situ. Sebenarnya, selain watak sebenar, terdapat 2 3 orang pelajar seperti watak sebenar yang belum pernah bermain permainan ini. Memang amat-amat berharga kenangan majlis akhir tahun 2013 ini apabila kami sama-sama menempuh pengalaman baru bermain boling dan menikmati makanan ala barat yang jarang-jarang didapati di tempat yang bergelar hostel. Selepas tamat set yang kedua, kami turun ke bawah untuk meneruskan semula aksi makan. Kali ini dengan hidangan Mac-donald dan makanan Italy. Bermain sambil makan-makan merupakan saat-saat keriangan yang paling bermakna apatah lagi ianya dilangsungkan bersama-sama rakan-rakan di majlis yang sangat-sangat dinantikan oleh semua pelajar iaitu majlis jamuan akhir tahun.


Diharapkan agar tahun hadapan, kapten baru kumpulan inklusif dapat melangsungkan jamuan akhir tahun yang mempunyai kelainannya yang tersendiri Sekali gus menghiburkan semua ahli kumpulan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan