WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Rabu, 20 November 2013

STPM Penggal 1



Assalamualaikum dan berjumpa lagi dalam halaman santun-santai ini. Watak sebenar menemani anda lagi di sini.


Hari ini, semua calon STPM penggal 1 akan mengambil peperiksaan kertas Pengajian Am. Untuk pengetahuan, kertas Pengajian Am ini wajib bagi semua calon STPM untuk mengambilnya dan ia bukannya subjek elektif. Oleh itu, hamper semua pelajar STPM penggal 1 2013 ini memulakan sesi peperiksaan STPM mereka pada hari ini.


Sebenarnya, semalam juga ada sebahagian daripada mereka telah memulakan sesi peperiksaan ini. Antaranya ialah calon yang mengambil kertas syariah Islam. Sementara hari ini pula, Pengajian Am menjadi tirai pembukaan bagi sesi peperiksaan mereka. Sebelah petang pula iaitu lebih kurang pukul 2.30 petang, kertas Kesusasteraan Melayu Komunikatif menyusur. Apa yang menjadi perhatian watak sebenar ialah ketiga-tiga subjek yang dinyatakan ini diambil dan akan diambil oleh junior watak sebenar di sekolah SMK Tunku Abdul Malik. Selamat berjuang dan menjawab soalan peperiksaan dengan baik bagi kertas kertas yang masih berbaki. Teruskan usaha anda dan sentiasa berdoa meminta segala kebaikan daripada Allah SWT.


Diharapkan kalian di sekolah itu sama ada dari aliran khas atau aliran perdana dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada sekolah tercinta. Kalian juga merupakan kumpulan yang kedua terawal menghadapi STPM sistem baharu ini. Kalian jugalah yang mewarisi generasi kami untuk menjadi bintang bintang sekolah. Oleh itu, Kekalkan rekod cemerlang yang telah dipegang oleh sekolah pada STPM penggal 1 yang lalu iaitu dapat melahirkan pelajar cemerlang STPM penggal 1 2012 terbaik di negeri Kedah. Semoga kelas persedian university pra u masih dapat dibuka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan