WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Ahad, 2 Mac 2014

FAM dan OKS



Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua. Terima kasih kepada anda yang masih lagi melawati halaman santun-santai.


Ha, bagaimana aksi 90 minit yang ditunjukkan oleh Malaysia vs Filipina semalam? Pasti ada yang merasakan kekecewaan kerana perlawanan berakhir dengan tanpa jaringan. Pasti juga ada yang merasakan berbangga kerana skuad yang dipimpin oleh pengendali baru Malaysia dapat bermain dengan baik tanpa dibolosi.


Apa pun, bagi pendapat watak sebenar, skuad yang beraksi itu tidaklah dikatakan begitu serasi dengan ahli sepasukan. Justeru, perlu ada lagi keserasian pemain terutamanya di bahagian tengah dan kelemahan itu telah cuba  diatasi oleh OKS dengan menukar-nukarkan pemain tengahnya. Pemain pemain yang sesuai harus segera dibentuk untuk mewakili kesebelasan utama Malaysia dalam menentang Yaman 5 Mac ini bagi menghabiskan saingan di kelayakan Asia Cup 2015. Begitu juga di bahagian serangan yang kurang effektif apabila gagal menyempurnakan hantaran terakhir dengan tepat dan tajam. Di bahagian pertahanan, boleh dibanggakan aksi penjaga gol Pahang kerana beraksi cukup baik sepanjang 90 minit itu. Beliau membuat penampilan pertama bagi skuad kebangsaan dan sewajarnya mendapat pujian.


Malangnya, sikap penonton di Stadium Majlis Perbandaran Selayang semalam telah merosakkan erti perlawanan bola sepak. Watak sebenar percaya, tindakan mereka meletupkan bom asap dan membuat huru-hara itu adalah bagi membalas respon terhadap FAM. FAM kebelakangan ini menerima banyak kontroversi. Tidak cukup dengan masalah dalaman, masalah pengadil yang kurang bermutu pula ditimbulkan. Dengan pengaruh media social seperti di twitter dan facebook, maka mereka telah Berjaya membuat kesepakatan bagi melakukan fenomena (30 minit). Penyakit itu sudah lama termendap di dalam hati penyokong fanatic bola sepak. Di twitter sahaja, sudah beberapa hashtag berkenaan FAM sering menjadi trending. Yang paling mendapat tumpuan ialah hashtag PRESIDENFAMSILALETAKJAWATAN. Apa yang dapat disimpulkan, walaupun FIFA telah menunjukkan ada peningkatan yang kecil bagi ranking skuad kebangsaan tetapi mentality peminat bola sepak menunjukkan penurunan yang mendadak. Lihatlah sendiri suasana Liga M di awal musim yang penuh isu baik kepada FAM mahu pun peminat-peminat.


Apa pun, kerja yang baik untuk OKS selaku pengendali Harimau Malaya yang baru. Biarpun masih baru, OKS Berjaya mengendali skuad dengan baik kerana Malaysia sebenarnya berhadapan dengan pasukan yang lebih baik rankingnya daripada Malaysia. Diharapkan OKS Berjaya menjadi jurulatih tetap bagi skuad harimau Malaya. Majulah FAM untuk bola sepak Negara.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan