WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Isnin, 26 Mei 2014

Piala Thomas 2014 (rangkuman)



Assalamualaikum dan salam bahagia.
Watak sebenar seperti orang kebanyakan, nak bercakap tentang badminton Thomas Cup 2014 yang baru sahaja berakhir malam semalam.


Piala Thomas 2014 yang diadakan di New Delhi telah mencuri tumpuan ramai kerana memperlihatkan kem badminton Malaysia Berjaya bertarung sehingga layak melangkah ke peringkat akhir. Terdahulu di peringkat separuh akhir, Malaysia menumpaskan Indonesia 3 – 0 dan bertemu Jepun di peringkat akhir yang sebelum itu telah mengalahkan China 3 – 0.


Aksi di awal final Malaysia memperlihatkan tiadanya masalah apabila datuk Lee Chong Wei mudah menewaskan hero Jepun Kinichi Tago dengan straight set dalam kategori perseorangan.
Selepas itu, pasangan beregu Negara diturunkan pula, Tan dan Hoon mempamerkan aksi cemerlang namun dikecewakan oleh lawan dalam rubber game. Mereka hanya kalah tipis meskipun pasangan beregu ini baru sahaja digandingkan.
Giliran Chong Wei Feng menunjukkan kemahirannya untuk berusaha meletakkan Malaysia di depan. Namun, seakan sukar apabila lawannya Berjaya menundukkan Wei Feng dengan straight set.
Pasangan beregu Negara Goh dan Tan pula beraksi membawa harapan Negara agar menyinar kembali. Ternyata peluang Malaysia untuk menjadi juara terbuka semula apabila pasangan ini Berjaya memperoleh mata kedua Negara.
Setelah itu, aksi final dalam final pula dipamerkan. Liew Daren menentang Ueda. Ueda mudah menumpaskan Daren pada set yang pertama. Pada set yang kedua juga menampakkan kejayaan kepada pemain Jepun itu. Namun, aksi Daren pada saat-saat terakhir set kedua sungguh dramatic dan menakjubkan. Lebih kurang 5 mata tanpa henti Berjaya dikutip beliau dan memaksa perlawanan berlarutan ke rubber game. Aksi itulah yang watak sebenar kira paling menarik dan dramatic dalam final Piala Thomas 2014.

(kad kuning dan sorakan “out”, “out”, “out” oleh penyokong-penyokong Jepun) sedikit sebanyak mempengaruhi permainan Daren pada saat-saat akhir rubber game. Tekanan dan sikologi, apa boleh buat, memang susah nak atasi apatah lagi lawan yang terlebih dahulu mendahului di depan, bukan 1 2 mata, tapi 3 mata.
Walau bagaimanapun, aksi Liew Daren amat-amat menarik pada set yang kedua itu dan Nampak kesungguhan beliau untuk memberikan saingan kepada Ueda pada rubber game.

Aksi final Piala Thomas malam tadi akhirnya memberikan kelebihan kepada Jepun apabila berhempas-pulas memenangi perlawanan itu dengan 3 - 2 menentang Malaysia. Terima kasih kem badminton Malaysia kerana memberikan persembahan dalam permainan yang begitu menarik serta dramatic sekali. Diharapkan kem badminton Negara dapat melangkah maju ke hadapan pada masa akan datang. Bagi anda, part mana yang menarik dirasakan untuk aksi semalam?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan