WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 30 Mei 2014

Seronok VS Menyeronokkan



Assalamualaikum dan salam bahagia.
Kembali lagi bersama Mat Santun menemani anda dalam segmen renungan. Terbitan kita kali ini masih lagi bertemakan tentang keagamaan.


Seronok vs menyeronokkan, pastinya 2 perkataan ini lahir daripada kata dasar yang sama. Namun, dengan penambahan imbuhan, ianya sudah berbeza. Tetapi, itu hanya pada zahir pada pandangan kasar manusia. Ianya adalah lebih daripada itu.


Seronok vs menyeronokkan, maknanya sudah berbeza mungkin juga untuk tatabahasa bahasa Malaysia, tetapi perkara pasti dan jelas untuk sudut konteks keagamaan yang akan Mat Santun katakan ini.


Bagi pandangan watak sebenar, seronok bermaksud sesuatu perasaan yang bahagia lahir dari hati suci seseorang. Menyeronokkan pula bermaksud sesuatu perasaan bahagia yang bukan lahir dari hati seseorang, tetapi dipengaruhi oleh pihak lain yang telah membuatkan perasaan seseorang itu bertukar. Dalam konteks ini adalah perasaan suka.


Di Malaysia, begitu banyak sekali situasi seronok menentang menyeronokkan. Malahan, belakangan ini juga kejadian itu bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan pula lakunya. Anda masih tak faham?
Seronok itu ialah program-program yang bertemakan keagamaan. Tidak kiralah sama ada di media massa, di dunia maya atau pun di dunia realiti. Program-program ini boleh berbentuk kelas ilmu, ceramah, persembahan nyanyian lagu nasyid, selawat, marhaban, qasidah dan sebagainya. Aktiviti sebegini digambarkan “seronok” kerana perasaan suka itu lahir dari hati yang suci milik seseorang manusia tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak di dunia melainkan iman bersetakan dengan hidayah Allah. Agama atau kepercayaan adalah fitrah manusia. Manusia tanpa agama pun masih lagi mempunyai sesuatu kepercayaan yang dipegang, tidak kiralah falsafah hidup, idealogi atau kata-kata hikmat. Maka, disebabkan itulah seronok kepada agama ialah seronok yang dibina sendiri dari hati kerana itulah fitrah.

Sementara menyeronokkan pula ialah program-program yang bertemakan hiburan semata-mata untuk dunia. Tidak kiralah sama ada di media massa, dunia maya atau pun di dunia reality. Program-program ini boleh berbentuk jemputan artist untuk rancangan tv, segmen gossip, persembahan tari-menari, consert lagu, rancangan reality hiburan, nyanyian dan lawak serta sebagainya. Aktiviti sebegini pula digambarkan menyeronokkan kerana perasaan suka itu bukan lahir dari hati seseorang, tetapi dipengaruhi oleh unsur-unsur kegembiraa yang seumpama itu. Apa yang pasti, program hiburan tersebut memang menjadikan manusia sebagai golongan sasarannya. Program hiburan tersebut akan membuatkan manusia malang itu seronok dengan pelbagai bentuk hiburan lagha dengan dibantu oleh dorongan syaitan dan iblis. Hakikat pada asalnya, hatinya bersifat neutral. Ringkasnya, perasaan suka itu dibina oleh pihak lain. Selepas ianya menyeronokkan, maka ianya menjadi seronok. Demikianlah.


Persoalannya, kita lebih cenderung kepada yang mana? Jikalau hati kita lemah, kita akan ditarik diseronok-seronokkan dengan hiburan dunia yang menyeronokkan. Jikalau hati kita kuat, kita akan tertarik dengan seronok yang membawa keredaan Tuhan. Apa tindakan kita? Tertarik atau ditarik?
Realiti pada masa ini, banyaknya rancangan hiburan terdapat di mana-mana sahaja, tetapi rancangan keagamaan juga turut boleh didapati di mana-mana sahaja. Ini bukan zaman kuno. Teknologi sudah menyebabkan globalisasi. Malahan, apa yang berlaku di Negara ini, berselang-seli program hiburan lagha dengan program agama diadakan. Hanya kita sebagai orang Islam sahaja yang perlu mmenentukannya. Renunglah.


Seindah bahasa, Sesantun bicara, Semurni pekerti

Tiada ulasan:

Catat Komen