Rabu, 17 Oktober 2012
Kunjungan Staff SNH
Salam bahagia watak sebenar ucapkan kepada pelawat maya Halaman Santun-Santai. Terlebih dahulu, watak sebenar ingin memohon maaf di atas ketandusan terbitan dalam tempoh yang agak panjang belakangan ini.
Dalam tempoh tersebut, Watak sebenar telah sibuk berhadapan dengan Peperiksaan yang boleh dianggap penting dan Alhamdulillah semuanya dapat dijalankan dengan baik dan lancer. Berakhirnya peperiksaan itu, maka bermulalah saat kriktikal bagi watak sebenar serta rakan-rakan yang sewaktu untuk terus mengulang kaji pelajaran bagi meraih kejayaan dalam peperiksaan sebenar hujung tahun ini. Walau pun begitu, watak sebenar serta dua boneka kartun halaman ini tidak sanggup untuk meninggalkan anda dengan lebih lama. Oleh itu, di kesempatan ini, watak sebenar ingin memerihalkan salah satu aktiviti yang dijalankan di sini. Yang pasti, aktiviti tersebut telah sedikit sebanyak menggamit memori ketika menjalani kehidupan di pra 2012 yang lalu.
Pada Selasa lepas, saya dan sebahagian rakan-rakan yang lain telah dilawati oleh KRU ST. Nicholas Home yang berpusat di Pulau-Pinang. Kunjungan mereka ke sini adalah untuk memaklumkan di samping mempromosikan produk mereka iaitu kursus-kursus latihan yang sememangnya baik dan mempunyai prospek peluang pekerjaan yang tinggi setelah tamat latihan. Namun tujuan mereka yang lebih umum untuk mengunjungi kami adalah kerana ingin memerihalkan pengstrukturan semula pengisian dalam kursus-kursus yang ditawarkan terutamanya kursus IT khasnya kepada pelajar-pelajar yang bakal menamatkan persekolahan”lepasan STPM dan lepasan SPM”.
Menariknya di sini, saya telah menemui seorang kakitangan ST. Nicholas Home”SNH” yang pernah memberi latihan IT kepada saya awal tahun lalu. Beliau yang dimaksudkan ialah Cikgu Hatty. Menariknya lagi, pengstrukturan semula pengisian dalam kursus IT benar-benar menarik perhatian saya untuk kedua kali menjalani latihan yang sama di sana. Ini kerana, modul pengajian yang diperbaharu itu telah menggunakan microsof office 2007 yang dianggap masih baru bagi saya jika diaplikasikan dengan lebih mendalam. Selain itu katanya lagi, kursus IT yang ditawarkanmempunyai 2 sesi pengajian. Pertamanya ialah selama tempoh 5 bulan bermula Januari hingga Mei di samping menawarkan peperiksaan ICTS yang diambil dari Singapura. Pembaharuan ini mmeberikan peluang kepada lepasan SPM amnya untuk mempelajari IT sehingga tamat pengajian. Pada masa yang sama, dapat menumpukan perhatian kepada lanjutan pelajaran ke institut pengajian tinggi seperti university, kolej matrikulasi atau pra university. Yang memuaskan lagi, mereka ini juga berpeluang mengambil peperiksaan ICTS yang bersifat global dari segi kualiti sijilnya. Kelebihan ini dapat digunakan oleh bekas pelatih sebagai advantage bagi persiapan ke institut pengajian tinggi di samping advantage bagi memperoleh sesuatu pekerjaan.
Sementara sesi Kedua akan bermula pada Julai tahun yang sama. Saya difahamkan Sesi kedua ini ditawarkan khasnya kepada pelatih-pelatih yang tidak mempunyai agenda tertentu seperti berhasrat untuk melanjutkan pelajaran. Pendek kata, sesi kedua ini adalah untuk pelatih-pelatih yang tidak mempunyai agenda atau urusan yang menghalang mereka daripada menjalani latihan sepanjang tahun. Ringkasnya, sesi kedua ini lebih bersifat terperinci dan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelatih-pelatih untuk mahir menguasai bidang iT.
Biar pun pengisian dalam kunjungan mereka di sini banyak tertumpu kepada bakal-bakal lepasan SPM dan lepasan STPM, namun bagi saya ianya sudah cukup untuk menggamit memori sewaktu saya menjalani latihan IT awal tahun lalu di sana. Lebih manis lagi, saya di samping rakan-rakan sekolah bersama-sama menjalani latihan di sana. Namun sewaktu itu, saya tidak sempat untuk menamatkan pengajian kerana didatangi dengan pelbagai tawaran pengajian di samping ingin menghadiri temu-duga. Oleh itulah saya terpaksa meninggalkan pusat latihan itu dengan lebih awal untuk memikirkan secara masak-masak mengenai peluang pelajran yang benar-benar terbaik untuk saya.
Kata mereka lagi, kru ST. Nicholas Home seterusnya akan mengunjungi SMPK Setapak, Kuala Lumpur bagi memaklumkan perkara yang sama. Nantikan kedatangan mereka di sana. Insyaallah…
Bagi pihak saya dan mewakili rakan-rakan, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada kunjungan kru ST. Nicholas Home kerana prihatin dengan masa depan kami di sini. Kami amat menghargai pendedahan, maklumat serta ilmu-ilmu latihan yang dapat diperoleh di sana. Kepada anda pelajar lepasan SPM dan STPM yang berkenaan”bukan sebarang golongan”, gunakanlah peluang yang ada ini untuk mengisi waktu senggang anda di sana sementara menunggu keputusan peperksaan awam. Sesungguhnya, pelbagai kursus latihan yang ada ditawarkan di sana yang pastinya berguna pada masa hadapan.
Ahad, 30 September 2012
Hingga Di Suatu Ketika
Mereka memang musuh kita. Mereka memang seteru
kita. Musuh yang jelas dan wajib ditentang,, diperangi, dibangkang, dilawani, dicanang
serta dijauhi. Siapa lagi yang mahu tegakkan maruah agama kita kalau kita
sendiri yang tidak menegakkannya. Siapa lagi yang mahu kibarkan bendera keamanan jika kita sendiri yang tidak
mengibarkannya. Mereka bergelak ketawa, kita merana luka. Mereka lakukan
apa-apa sahaja atas tujuan yang satu. Tujuan untuk meruntuhkan nilai keagamaan
kita. Oleh itu, kita juga perlu melakukan atas hasrat yang satu. Hasrat yang
mampu menentang segala bentuk penentangan daripada mereka.
Mana perginya adab mereka sehingga sanggup
menghina tokoh Islam yang terunggul? Mana perginya adab mereka sehingga sanggup
bermain sentiment agama? Usah ditanya lagi mengenai hal itu kerana mereka
sebenarnya, hakikinya, sememangnya tidak mempunyai peradaban kepada agama dan
bangsa lain.
Assalamualaikum dan salam ukhuwah watak sebenar
ucapkan buat anda yang setia dengan Halaman Santun-Santai. Kesempatan ini,
watak sebenar ingin berbicara mengenai isu yang sudah diketahui ramai. Isu yang
begitu sensitive sekiranya dibicarakan. Namun atas peluang yang ada di sini,
watak sebenar tidak gentar untuk berbicara dengan lebih lanjut mengenai isu
sensasi ini.
Pada
11 September lalu, seluruh dunia khususnya Umat Islam telah dikejutkan dengan
sebuah filem pendek yang menampilkan penghinaan kepada baginda Rasulullah SAW. Pastinya
di balik pembikinan filem itu, tersenyum girang tubuh-tubuh latnatullah yang disebut
sebagai Yahudi. Dengan 15 juta Ringgit yang disumbangkan oleh 100 orang yang
terlibat, maka filem itu Berjaya dihasilkan. Pastinya motif mereka tidak lain
adalah untuk menjatuhkan Umat Islam sejagat.
Di
saat ini, bukanlah masanya lagi untuk kita menghuraikan secara panjang lebar
mengenai kejahatan, kekejaman dan kecelakaan yang dilakukan oleh Rejin Yahudi.
Bukanlah masanya lagi untuk kita bercakap kosong mengenai taktik-taktik kotor
mereka. Dan bukan masanya lagi untuk kita terus bertikam lidah mengkaji kesalahan-kesalahan
mereka. Sudah jelas di sini, mereka memang kejam, penipu, pemceroboh dan
pesalah. Segala-galanya dibuktikan dalam sebuah naskah yang bernama Al-quran.
Dengan
pembikinan filem pendek tersebut, satu revolusi baru pada diri Umat Islam telah
tercipta. Revolusi penentangan ini mungkin tidak berbunga lagi tetapi cukup
untuk ianya berputik. Apabila saat yang dinantikan yakni seruan dari Allah,
maka bunga-bunga keamanan akan diperjuangkan. Bunga-bunga yang berkelompok
berkolaberasi menggalas hasrat yang satu. Hasrat yang nyata iaitu menuntut bela
hak kemanusian yang telah terjual. Maka di saat itu, kita telah memasuki sebuah
dimensi di mana segala perbuatan kita akan sentiasa mengikut kronologi dunia.
Kronologi yang berperingkat-peringkat yang sebenarnya telah kita sedia maklum iaitu
mengenai satu peristiwa ke satu peristiwa yang lain yang berakhir dengan
ketiadaan dunia. Sehingga di satu saat nanti, Kaum yahudi akan tertewas. Ditewaskan
oleh Umat Islam sendiri. Perkara ini pastinya berlaku. Hanya masa dan ketika
sahaja yang kini dirahsiakan.
Dengan
kata lain, pembikinan filem tersebut telah sama sekali mencetuskan
pra-penentangan dalam diri Umat Islam sejagat. “sekadar pendapat dan pemikiran
yang tidak sempurna” jika dikaji dari sudut hikmahnya, filem pendek tersebut
telah membina semangat kesedaran dalam diri Umat Islam sejagat. Selama ini
mungkin ada dalam kalangan kita yang leka, alfa dan lalai dengan nikmat dunia.
Penghinaan yang dilemparkan kepada rasulullah SAW ini telah mengembalikan anak-anak
api dalam diri Umat Islam khususnya.
Lihatlah
sendiri, seluruh Umat Islam seantero dunia
sibuk memprotes dan melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap tindakan
Yahudi tersebut. Bermacam-macam bentuk penentangan dibuat. Berdemonstrasi,
memboikot produk keluaran Yahudi, membatalkan hubungan diplomasi dan banyak
lagi. Namun, usaha itu masih gagal sehingga satu ketika kejayaan akan terungkap
pasti. Sewajarnya, Umat Islam perlu berkolaberasi di dalam diri dengan
kepatuhan kepada agama. Kita perlu kembali taat kepada ajaran Islam yang sebenar.
Tunaikanlah solat fardhu secara berjemaah terutamanya ketika bersolat Subuh,
Maghrib serta Isyak kerana, berjemaah itu menggambarkan kekuatan dan perpaduan
UMat Islam sejagat. Perkara inilah yang digeruni, ditakuti dan dibenci oleh
mereka iaitu rejin Yahudi. Mereka tidak bimbang produk mereka diboikot kerna
mereka memiliki pasaran yang meluas. Mereka tidak gentar dengan demonstrasi
jalanan kerana tindakan itu seumpama memprotes angin. Sebaliknya, berjemaah di
rumah Allah yang sepatutnya dibuat oleh Umat Islam hari ini, ketika ini, saat
ini, esok dan selamanya.
Walau
apa-apa pun, sebijak mana stratergi yang mereka rancang, bijak lagi Allah yang
mencipta mereka. Kerana, Allah itu Maha Bijaksana. Mereka mungkin tidak
mengetahui pembikinan filem pendek itu bukan setakat memberi kemarahan kepada
Umat Islam, malahan turut menjadi titik permulaan kepada Umat Islam untuk
menentang mereka habis-habisan. Dan di suatu ketika itu, mereka terpaksa
berlari-lari mencari tempat persembunyian untuk mengelakkan diri daripada
dibunuh. Dan ketika itu juga mereka akan bersembunyi di bawah sebuah pohon di
mana pohon itu dapat melindungi mereka. Yang pasti, situasi yang dinyatakan
tadi pastinya berlaku. Hanya masa dan ketika sahaja yang kini dirahsiakan.
Mungkin esok, tahun hadapan atau abad hadapan. Hanya Allah SWT sahaja yang
mengetahuinya.
(sekadar
pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna)
Madanikan Masyarakat kita
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat peminat maya Halaman Santun-Santai. Mat Santai menemani anda lagi setelah Berjaya mengusai halaman ini daripada cengkaman Mat Santun. Baiklah, dalam Segmen Renungan yang sudah ketandusan paparan ini, Mat Santai ingin memanfaatkannya dengan mengonsi sebuah terbitan mengenai Masyarakat madani. Nak tahu apakah itu? Terus layan.
Masyarakat madani, bukanlah sekelompok masyarakat yang diberi nama kepada Sebuah bangsa yang wujud di m ana-mana tempat di dunia ini. Tetapi, perkataan (madani” hanyalah sekadar istilah yang menggambarkan peribadi atau sifat lahiriah dan rohaniah sesebuah masyarakat itu. Masyarakat Madani pada umumnya boleh ditakrifkan sebagai masyarakat yang berada, menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusian, maju dalam pengusaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Secara ringkasnya, sebuah masyarakat madani ialah sebuah masyarakat yang memiliki nilai ketamadunan yang tinggi. Jika dikaji dari sifat sejarah, masyarakat ini sebenarnya telah sedia wujud. Malahan, ia telah pun wujud sejak zaman Pemerintahan Nabi Sulaiman lagi iaitu sewaktu kemunculan masyarakat saba’. Kemudian dari situ ia berkembang ke zaman Nabi-nabi Allah yang lain. Malangnya, keruntuhan nilai ketamadunan yang berlaku pada zaman Arab Jahiliyah sebelum kemunculan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah turut sama meruntuhkan nilai madani pada masa itu. Namun setelah perjanjian madinah antara Rasulullah SaW dengan penduduk Madinah iaitu kaum auf dan kazrak, maka masyarakat madani ini dapat dibentuk semula dan terus berkembang. Ini dapat dilihat melalui Negara Madinah umumnya. Piagam Madinah yang digubal telah mewujudkan persamaan taraf serta semangat ukhuwah antara pelbagai masyarakat di situ tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. Seterusnya, ia diwarisi oleh zaman pemerintahan Khulafa Ar-rashidin serta pemerintahan Umaiyah dan abbasiyah khasnya. Berkat pengamalan nilai ketamadunan yang tinggi, lahirlah tokoh-tokoh ilmu yang tersohor di samping mewujudkan pelbagai teknologi moden yang amat membanggakan. Pada masa yang sama, masyarakat ini memiliki nilai keagamaan yang tinggi. Oleh itu, sebuah masyarakat yang dikatakan madani bukan sahaja membangun dalam aspek lahiriah sahaja malar-malar turut membangun dalam aspek rohaniah. Namun, bagaimanakah sesebuah masyarakat itu dikatakan madani? Siapakah yang mengiktirafkan sesebuah masyarakat itu sebagai Madani? Segalanya boleh dibuktikan melalui ciri-ciri di bawah. Antara sebahagian yang dapat dibuktikan adalah seperti: -masyarakat yang terbentuk melalui kontrak social antara pemerintah dengan rakyat. -masyarakat yang mengakui adanya Tuhan. Masyarakat yang mementingkan perdamaian. -Masyarakat yang mengamalakan sikap tolong-menolong dan toleransi. -Masyarakat yang berperadaban tinggi. -Masyarakat yang memiliki kecintaan terhadap ilmu pengetahuan. -Masyarakat yang berakhlak mulia. Jika ciri-ciri di atas terdapat pada sesebuah masyarakat, maka layaklah masyarakat itu bergelar madani, mementingkan dunia dan akhirat. Namun belakangan ini, masyarakat dunia seolah-olah tidak berkemampuan untuk mengimbangi kedua-dua aspek ini”lahiriah dan rohaniah”. Sebagai contoh, terdapat Negara yang maju dari segi teknologi tetapi tidak mengamalkan nilai keagamaan yang sebenar. Begitu juga yang terjadi sebaliknya. Apakah prinsip madani pada sesebuah masyarakat dunia hari ini sudah terkubur. Atau, adakah wujud idealogi masyarakat yang lebih baik daripada pengisian madani hari ini. Jika ada, di mana masyarakat itu berada? Adakah terdapat pada Negara”Malaysia” ini sendiri? Sesungguhnya, pengenalan konsep ini telah lama berputik di hati rakyat Malaysia khususnya. Lihatlah sendiri, sewaktu zaman Abdullah haji Ahmad Badawi”Perdana Menteri ke 5” yang begitu lantang untuk membentuk masyarakat madani di Malaysia agar pembinaan modal insan Berjaya dihasilkan. Tetapi, usaha itu seakan gagal malah semakin kejauhan untuk kita mencapainya. Renungkanlah…
Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai
Khamis, 27 September 2012
Kau Udang di Balik Mee
Salam bahagia kepada pelawat maya Halaman Santun-Santai. Ini
Mat Santun akan menemani anda lagi di segmen Karya oh Karya. Di bawah ini
merupakan sebuah nukilan sajak yang dicipta oleh watak sebenar. Dalam sajak
ini, watak sebenar telah bermain kata dengan tujuan untuk menegur sikap
seseorang yang tidak digemarinya. Sebarang terkasar bahasa dan menyentuh
mana-mana personality, adalah secara kebetulan. Semoga sajak ini mampu memberi pengajaran kepada anda semua dalam kehidupan
seharian. Lupa nak kasi tahu, tajuk sajak ini ialah “kau udang di balik mee”
Sajak: kau udang di balik mee
Nukilan “watak sebenar”
Kau datang menerpa tubuhku,
Kau ligat menghampiri diriku,
Membawa sesuatu yang tidak pernah aku minta,
Kata kau, Jelas kau,
Dulang yang kau bawa itu penuh dengan kebaikan,
Kebaikan yang tidak pasti baik untuk diriku.
Sekali lagi aku bicara,
Aku tak pernah meminta apa yang kau bawa,
Sedang kau terus-menerus membawa sesuatu itu,
Sesuatu yang kau katakan sebagai kebaikan,
Yang boleh menangkis
segala keburukan.
Kali ini kau bertandang lagi,
Dan kali ini pula,
Kau membawa sesuatu yang baru,
Yang baru dalam sebuah perjuanganmu,
Yang baru dalam perjuangan mana-mana nasionalis,
Yang pasti, perjuangan itu bagaikan pepasir hujan menitis
Yang akhirnya, tiada apa yang dikais.
Sudahlah taulan,
Hentikan segala bentuk-bentuk perjuangan karutmu,
Hentikan madah-madah manismu,
Variasi hidup, kebaikan yang dibalas dengan keburukan,
Prinsip kejaiban, dwe-perkauman,
Dan sebutlah apa lagi,
Ternyata segalanya propaganda-propaganda belaka,
Yang sengaja dicipta dan dimain-mainkan olehmu,
Sehingga kau juga turut dipermainkan.
Kau juga pernah berkata,
Perjuangan itu warisan dari tokoh-tokoh sanjunganmu,
Suarez, Firaun, keajaiban Ultraman,
Dan banyak lagi,
Kata-kata mereka,
Menjadi pegangan dirimu sehidup semati.
Sudahlah taulan,
Sebanyak mana kau menjelma sebagai sesiapa,
Sebanyak mana kau berpaling muka,
Aku tetap mampu menghidu
kebusukan perjuanganmu,
Perjuangan yang tak didengar mana-mana orang,
Perjuangan yang bagaikan sisa-sisa di longkang,
Tipulah dirimu dengan bermacam rupa dan nama,
Romali, Nordin, Vacium,
Podolski, Bijan, kucing tua,
Aku tetap tidak mampu ditipu,
Ditipu oleh idealogi-idealogimu.
Sudahlah taulan,
Masyarakat di sini tidak menerima dirimu,
Jadilah nasionalis di Negara orang,
Jangan bermain falsafah di Negara kami,
Negara kami sudah memiliki flasafah sendiri.
Dengar ni taulan,
Jangankan kau menyuburkan perjuangan itu di negara maya,
Di Facebook, blogger dan twitter,
Kerana bahayanya boleh merentap nyawamu,
Sehinggakan seluruh rakyat Negara itu,
Menggelarkan dirimu sebagai si udang di balik mee,
Yang di luarnya kelihatan enak,
Namun, apabila diambil dan dimakan,
Ternyata sudah pun tenat dan basi,
Seperti gula tiada kemanisan,
Seperti garam tiada kemasinan,
Seperti cuka tiada kemasaman.
Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.
Ponteng Sekolah
Selamat sejahtera dan menemui kembali Mat Santai dalam
Halaman Maya ini. Sudah lama agaknya anda berada bersama Mat Santun, si sotong serius
itu. Untuk kali ini, kita akan dilayani dengan Segmen 5 tak boleh bla yang
berkaitan dengan Ponteng Sekolah.
Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur
ayatnya tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Dengan erti kata lain, ayatnya
pun tak boleh bla juga.
Gejala
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar dikatakan serius dan amat membimbangkan.
Kadar peningkatan kes ini tidak mengira sama ada sekolah Bandar mahu pun di
luar Bandar. Malahan, kes-kes ponteng sekolah yang dilaporkan belakangan ini
semakin bertambah dari tahun ke tahun. Berdasarkan laporan STAR yang bertarikh
26 February 2008, sebahagian pelajar khususnya di sekolah menengah yang terbabit
kebiasaannya akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral di tempat-tempat
tertentu. Misalnya, mereka melibatkan diri dengan perbuatan menghidu gam,
mengambil minuman beralcohol, terjebak dengan kumpulan haram dan sebagainya. Kegiatan
seperti ini telah membuatkan mereka yang terbabit tidak gemar untuk menghadiri
sesi pengajaran dan pembelajaran”PNP” di sekolah.
Sementara
itu, Akhbar New Street Time”NST” pula menyebut bahawa sejumlah 21000 kes
ponteng sekolah telah direkodkan pada tahun 2008. Fenomena ini jelas
menunjukkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu membuka mata
serta bertindak tegas untuk mengatasi gejala ini dengan penuh efektif. Namun,
sebelum mengkaji pendekatan yang harus dilaksanakan, pihak bertanggungjawab
sebaiknya perlu mengetahui punca-punca mengapa berlakunya gejala ponteng
sekolah ini. Di bawah ini adalah sebahagian daripada punca-punca gejala ini
berlaku.
5 sebab kenapa pelajar sekolah ponteng sekolah
Ranking 5: Nak dapatkan experience sendiri
Faktor ni berpunca dari diri sendiri. Tak ada influence dari
sape-sape pun. Maybe influence dari iblis yang suruh buat cam tu. Mereka
terbabit nak raih popularity kat
sekolah. Nak cikgu pandang, nak pengetua pandang, nak member pandang. Bila dah
panggil nama kat assembly tu, baru rasa popular. Popular atas nama sebagai
pesalah. One thing lagi mereka impikan pengalaman rasa bersalah. Barulah mereka
akan rasa serba salah. Pas tu, timbul la perasaan insaf. Waktu tu ada la prinsip
kegagalan pintu kejayaan. Bak kata masyarakat, macam “sejarah mengajar kita”.
Rangking 4: Nak follow tradisi parents
Yang ni juga ada logiknya. Mereka mengekalkan konsep “one
family”. Ibu bapa jadi guru, anak jadi guru. Ibu bapa jadi lawyer, anak pun nak
jadi lawyer. Ibu dan bapa buat bisness, anak pun ikut sekali. Jadi, apa
salahnya parents dulu pernah ponteng sekolah. Anak pun teringin nak buat. Semua
atas alas an amalan tradisi turun-temurun. Maybe nak kekalkan idealogi family
berkenaan ponteng sekolah ini. Kan bagus kalau ikut orang yang lebih tua.
Bukankah mereka terlebih dahulu yang makan garam.
Ranking 3: nak bagi peluang kat member belajar.
Faktor ni kebiasaannya dibuat oleh pelajar depan. Ye la,
satu kelas tu ada 50 orang. Yang depan-depan tu beri fokus, yang
belakang-belakang tu mengumpat cikgu. Cuba kalau group depan semuanya ponteng
sekolah, mesti yang belakang tu kena lepak depan. Lagi pun lebih berkat dan
afdhal. Waktu tu, tak ada perkataan mengumpat lagi sebab semuanya didengar oleh
cikgu. Waktu tu, kena fokus belajar sebab pelajar sikit dan kawalan oleh cikgu
senang. Kalau yang depan-depan tu selalu ponteng, maybe yang belakang tu boleh
jadi pandai dan banyak menguap. Apa-apa pun, wish thank kat pelajar yang lepak
depan kerana membantu secara tak langsung dalam pelajaran.
Ranking 2: nak ringankan bebancikgu.
Selalunya bila pelajar banyak ponteng, cikgu akan depressed
sebab nak kena back up balik pelajaran. Cikgu akan marah bila tengok pelajar
sikit. Tapi, bukan marah kat pelajar yang ponteng tu. Sebaliknya, marah dan
membebel kat pelajar yang ada kat kelas. Apa salahnya, cikgu ubah amalan.
Bukankah mengajar pelajar yang sikit lebih mudah. Mereka lebih fokus dan cepat
catch out. Cikgu ajar yang ni, mereka dah faham sampai yang tu. Pelajar jadi
smilely cikgu jadi happy. Lagi pun, yang tak ponteng tu la sebenarnya
betul-betul nak belajar. Kalau ramai, macam kerenah. Belum sempat nak masuk
page baru, dah ada soalan mengarut. Mengganggu betul pelajar yang lain. Buat
apa cikgu nak worry, gaji tetap masuk every month.
Ranking 1: Nak elakkan pengangguran
Yang ni macam pelik sikit. Tapi, logic jugak la. Bila dah
banyak pelajar ponteng, kerajaan akan melaksanakan bermacam-macam pendekatan.
Sape nak buat tu? Mestilah orang”sumber manusia”. Oleh itu, tambahkan
pekerja-pekerja yang terlibat. Guru ke, badan pemantau ke, anggota polis ke,
dan banyak lagi. Secara tak langsung, rakyat yang
menganggur/mengepal/mengoren dapat
diserapkan ke dalam bidang pekerjaan-pekerjaan yang terlibat. Rakyat ada
pendapatan. Berlakulah aktiviti jual beli dalam pasaran kerana rakyat ada duit.
Tak ada la jadi kemelesetan. Cuba kalau tak ada langsung kes pelajar ponteng,
nescaya kaunselor khususnya boleh relax. Silap-silap newspaper pun ketandusan
idea sebab tiada paparan mengenai kes ponteng sekolah. Untuk Lembaga
peperiksaan pula, mereka dah hilang satu soalan popular berkaitan ponteng
sekolah.
Demikianlah saja bahan titisan 5 tak boleh bla yang Mat
Santai dapat berikan kepada anda. Sebagai pelajar yang pintar, wajarlah kita
mengelakkan diri daripada melakukan ponteng sekolah ini. Terima kasih buat anda
sekali lagi yang sudi berkongsi masa bersama-sama Mat Santai. Sekian…
Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai
Langgan:
Catatan (Atom)
