WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Khamis, 27 September 2012

Kau Udang di Balik Mee


Salam bahagia kepada pelawat maya Halaman Santun-Santai. Ini Mat Santun akan menemani anda lagi di segmen Karya oh Karya. Di bawah ini merupakan sebuah nukilan sajak yang dicipta oleh watak sebenar. Dalam sajak ini, watak sebenar telah bermain kata dengan tujuan untuk menegur sikap seseorang yang tidak digemarinya. Sebarang terkasar bahasa dan menyentuh mana-mana personality, adalah secara kebetulan. Semoga sajak ini mampu memberi  pengajaran kepada anda semua dalam kehidupan seharian. Lupa nak kasi tahu, tajuk sajak ini ialah “kau udang di balik mee”



Sajak: kau udang di balik mee
Nukilan “watak sebenar”

Kau datang menerpa tubuhku,
Kau ligat menghampiri diriku,
Membawa sesuatu yang tidak pernah aku minta,
Kata kau, Jelas kau,
Dulang yang kau bawa itu penuh dengan kebaikan,
Kebaikan yang tidak pasti baik untuk diriku.


Sekali lagi aku bicara,
Aku tak pernah meminta apa yang kau bawa,
Sedang kau terus-menerus membawa sesuatu itu,
Sesuatu yang kau katakan sebagai kebaikan,
 Yang boleh menangkis segala keburukan.


Kali ini kau bertandang lagi,
Dan kali ini pula,
Kau membawa sesuatu yang baru,
Yang baru dalam sebuah perjuanganmu,
Yang baru dalam perjuangan mana-mana nasionalis,
Yang pasti, perjuangan itu bagaikan pepasir hujan menitis
Yang akhirnya, tiada apa yang dikais.


Sudahlah taulan,
Hentikan segala bentuk-bentuk perjuangan karutmu,
Hentikan madah-madah manismu,
Variasi hidup, kebaikan yang dibalas dengan keburukan,
Prinsip kejaiban, dwe-perkauman,
Dan sebutlah apa lagi,
Ternyata segalanya propaganda-propaganda belaka,
Yang sengaja dicipta dan dimain-mainkan olehmu,
Sehingga kau juga turut dipermainkan.


Kau juga pernah berkata,
Perjuangan itu warisan dari tokoh-tokoh sanjunganmu,
Suarez, Firaun, keajaiban Ultraman,
Dan banyak lagi,
Kata-kata mereka,
Menjadi pegangan dirimu sehidup semati.


Sudahlah taulan,
Sebanyak mana kau menjelma sebagai sesiapa,
Sebanyak mana kau berpaling muka,
Aku tetap mampu menghidu  kebusukan perjuanganmu,
Perjuangan yang tak didengar mana-mana orang,
Perjuangan yang bagaikan sisa-sisa di longkang,
Tipulah dirimu dengan bermacam rupa dan nama,
Romali, Nordin, Vacium,
Podolski, Bijan, kucing tua,
Aku tetap tidak mampu ditipu,
Ditipu oleh idealogi-idealogimu.


Sudahlah taulan,
Masyarakat di sini tidak menerima dirimu,
Jadilah nasionalis di Negara orang,
Jangan bermain falsafah di Negara kami,
Negara kami sudah memiliki flasafah sendiri.


Dengar ni taulan,
Jangankan kau menyuburkan perjuangan itu di negara maya,
Di Facebook, blogger dan twitter,
Kerana bahayanya boleh merentap nyawamu,
Sehinggakan seluruh rakyat Negara itu,
Menggelarkan dirimu sebagai si udang di balik mee,
Yang di luarnya kelihatan enak,
Namun, apabila diambil dan dimakan,
Ternyata sudah pun tenat dan basi,
Seperti gula tiada kemanisan,
Seperti garam tiada kemasinan,
Seperti cuka tiada kemasaman.



Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.

Tiada ulasan:

Catat Komen