WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 13 September 2013

Dasar-Dasar Dalam Negara



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Satu lagi terbitan berkaitan kisah study watak sebenar. Di bawah ini adalah serba sedikit maklumat mengenai dasar-dasar dalam Negara yang dipelajari watak sebenar dalam subjek kenegaraan ketika di penggal 2 dahulu.


Sebenarnya, waktu watak sebenar ingin mengemas kini folder STPM dalam lab top, watak sebenar terjumpa file yang di dalamnya mengandungi nota ini. Nota inilah yang pernah dihafal oleh watak sebenar dari sebuah buku subjek berkenaan dan kemudiannya ditulis kembali apa yang dihafal. Hasilnya, terbentuklah nota ini.
Apa yang ada di bawah ini juga adalah sebahagian kecil sahaja daripada dasar-dasar dalam Negara. Banyak lagi dasar=dasar Negara yang baru khususnya dalam Dasar Wawasan Negara dan Model Baru Ekonomi. Biar pun maklumat ini sesuai untuk budak-budak stpm sem 2, tapi yang sem 1 dan sem 3 jugak boleh aplikasikan dalam esei bahagian c.
Semoga perkongsian ilmu ini bermakna dan berfaedah.



1.1   Dasar-dasar dalam Negara


1.       Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Objektif

-Kebudayaan bersifat kemalaysiaan membantu perpaduan Negara
-Memupuk dan menjamin identity kebangsaan
-Meningkatkan kualiti kehidupan dan mengimbangi kerohanian dan pembangunan fizikal Negara

Strategi dan pelaksanaan

-Memperbanyakkan pertunjukkan kebudayaan untuk memupuk perasaan bangga selain menarik minat masyarakat.
-Memberi latihan dan bimbingan kepada peminat-peminat kebudayaan.
-Menyelidik, memulihara serta memelihara kebudayaan agar tidak hilang ditelan zaman.


2.       Dasar Pendidikan Kebangsaan

Objektif

-Menyatu-padukan semua kaum dan menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk pembangunan Negara.
-Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan terlatih.
-Menggalakkan perkembangan bidang kebudayaan, social, ekonomi dan politik.

Strategi dan pelaksanaan

-Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama
-Kurikulum sama berorientasikan Malaysia.
 -Sistem peperiksaan yang sama.
-Pendidikan seimbang dan bersepadu.


3.       Dasar Pandang ke Timur

Objektif

-Meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan Negara.
-Mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif
-Meningkatkan potensi dalam bidang pengurusan dan pembangunan Negara.
-Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara-negara Timur tanpa mengabaikan Negara-negara Barat.

Strategi dan pelaksanaan

-Lawatan ke Korea Selatan dan Jepun untuk mewujudkan kerjasama yang lebih rapat dalam bidang ekonomi, perindustrian, latihan teknikal dan akademik, program-program kemajuan eksekutif, penyelidikan dan pengurusan.
-Pegawai-pegawai dan pelajar dihantar ke Korea Selatan dan Jepun untuk mempelajari selok-belok teknikal dan aspek pengurusan.


4.       Dasar Kepimpinan Melalui Teladan

Objektif

-Memupuk ciri-ciri kepimpinan yang boleh dicontohi oleh pegawai-pegawai bawahan.
-Melahirkan pegawai-pegawai bersikap:
a. Memupuk nilai-nilai murni.
b. Meningkatkan daya pengeluaran.
c. Meningkatkan etika kerja.

-Membaiki kemahiran dan kebolehan pegawai perkhidmatan awam dalam:

a.       Merancang pelaksanaan dasar-dasar yang dirangka.
b.      Mengerakkan sumber tenaga manusia.
c.       Menggembleng dan menyelaraskan sumber organisasi.
d.      Menilai pelaksanaan dasar dan matlamatnya.

Strategi dan pelaksanaan

-Ceramah dan forum diadakan untuk menimbulkan kesedaran pegawai-pegawai tentang sifat kepimpinan.
-Diseimbangkan dengan Dasar Pandang Ke timur, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah dan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam


5.       Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

Objektif

-Mewujudkan etika kerja dan sikap berkhidmat untuk meningkatkan kualiti hidup.

Strategi dan pelaksanaan

-Semua pegawai kerajaan dan anggota perkhidmatan awam diwajibkan mengishtiharkan harta yang dimiliki.
-Pegawai yang disyaki menerima rasuah akan disiasat oleh SPRM.
-Pegawai-pegawai kerajaan dihantar ke luar Negara untuk melanjutkan pelajaran.


6.       Dasar  Pengurangan Beban Perbelanjaan

Objektif

-Menguatkan kewangan kerajaan dan mengawal kadar inflasi Negara.
-Mengukuhkan asas-asas ekonomi dengan pengunaan sumber-sumber yang ada.
-Mengawal hutang awam dan membaiki imbangan pembayaran Negara.
-Mengurangkan defisit belanjawan kerajaan.

Strategi dan pelaksanaan

Hanya melaksanakan projek-projek yang dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan pencapaian DEB.
-Mengawal perbelanjaan sector awam.
-Mengawal perbelanjaan agensi-agensi di luar belanjawan.


7.       Dasar peningkatan daya pengeluaran Negara

Objektif

-Meninggikan kadar pertumbuhan ekonomi dan menyusun semula struktur dan ketidakseimbangan ekonomi.
-Memastikan sumber-sumber Negara tidak terbazir dan digunakan secara optimum.
-Membolehkan sector perindustrian bersaing di pasaran antarabangsa dengan membaiki system dan organisasi dengan teknologi terkini.

Strategi dan pelaksanaan

-Teknologi asing yang sesuai sahaja dipindah dan disesuaikan di Malaysia.
-Sikap-sikap dan etika kerja positif disemai.
-Sistem dan organisasi kerja dibaiki dan latihan pengurusan diberikan pada setiap peringkat bidang pengurusan.


8.       Dasar Belilah Barang Buatan Malaysia

Objektif

-Menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia dan menghapuskan prasangka bahawa barangan buatan Malaysia kurang bermutu berbanding barangan import.
-Mengurangkan pengimportan barangan yang menyebabkan pengaliran keluar mata wang Negara.
-Sokongan rakyat perlu untuk kilang-kilang tempatan membaiki mutu pengeluaran agar standing dengan barangan di pasaran antarabangsa.

Strategi dan pelaksanaan

-Media massa berperanan mengubah pemikiran rakyat terhadap barangan tempatan.
-Semangat nasionalisme dan bangga dengan barangan buatan Malaysia ditanam.
-Menggalakkan kilang-kilang tempatan meningkatkan mutu hasil keluaran.


9.       Dasar Telekomunikasi Negara

Objektif

-Merupakan asas pembekalan matlumat dan pembentukan masyarakat telekomunikasi
-Merealisasikan Wawasan 2020 dengan pembentukan masyarakat terdidik dan bermaklumat.
-Membekalkan perkhidmatan dan komunikasi yang canggih dan bermutu di samping harga yang berpatutan.
-Menjalin hubungan perdagangan yang erat dengan Negara-negara yang menggunakan telekomunikasi.

Strategi dan pelaksanaan

-Membentuk sector komunikasi yang canggih, berkesan dan produktif pada kos yang berpatutan.
-Meluaskan perkhidmatan telefon dan kemudahan telekomunikasi lain kepada semua rakyat.
-Mengalakkan persaingan sihat agar dapat membekalkan perkhidmatan berkualiti.


10.   Dasar Wanita Negara

Objektif

-Membolehkan kaum perempuan berkongsi dengan kaum lelaki dalam menerima faedah dan peluang dalam pembangunan Negara.
-Membangunkan kaum wanita dengan mengintegrasikan mereka ke dalam sector pembangunan Negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka untuk tujuan meningkatkan mutu kehidupan.

Strategi dan pelaksanaan

-Bantuan dan penglibatan Badan Bukan Kerajaan dalam persatuan-persatuan wanita untuk meningkatkan kualiti hidup.
-Wanita semua peringkat diberikan perhatian agar tidak wujud diskriminasi terhadap mereka.
-Kerajaan menentukan anggaran perbelanjaan untuk program-program pembangunan wanita.


Sumber rujukan: Fajar Bakti SDN BHD


Demikianlah  beberapa jenis dasar dalam Negara yang wajar watak sebenar ketengahkan dalam laman blog ini biar pun hamper semua dasar yang dinyatakan terdapat dalam Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Nantikan terbitan-terbitan daripada 2 boneka  watak sebenar yang bakal menyusur. Sekian…

Khamis, 12 September 2013

Harimau Muda langkah kanan



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang masih melawati halaman santun-santai. Bertemu kembali bersama watak sebenar untuk menceritakan kisah sepak bola Pesta Bola Merdeka yang ke 41.


Masih terasa kehangatan 90 minit perlawanan di antara Malaysia vs Thailand malam semalam?
Yang pastinya, perlawanan tersebut cukup menghiburkan peminat fanatic bola sepak tempatan  kerana Harimau Muda A Berjaya menundukkan lawan dengan 3 – 0. Satu keputusan yang memang patut dibanggakan. Keputusan itu juga membuatkan Malaysia Berjaya mengutip 9 mata penuh selepas beraksi dengan Singapura(1-0), Myanmar(2-1) dan terbaru ialah Thailand.


Sebenarnya, skuad Thailand tidak menghantar pemain utama mereka untuk beraksi di Stadium Darul Makmur di Pesta Bola Merdeka ini. Tetapi, itu bukan alasanpengomen-pengomen untuk mengatakan kesempatan itu menyebabkan Malaysia Berjaya menumpaskan lawan. Sedangkan, Harimau Muda A juga tidak meletakkan kesebelasan utama. Jurulatih OKS banyak merehatkan pemain-pemain utama seperti Wan Zack, Irfan dan Nazmi sebagai bekalan senjata beraksi di final Sabtu ini. Sebaliknya, percaturan OKS pada malam tadi banyak meletakkan pemain-pemain baru di bangku simpanan. Hampir 5 6 pemain baru diberi peluang untuk beraksi menentang Thailand yang mana perlawanan itu tidak menjamin halangan untuk Harimau Muda A beraksi di final. Hal ini kerana, setelah menamatkan 2 perlawanan dan mengutip 6 mata penuh, Malaysia sudah dikatakan layak untuk ke final ekoran prestasi yang tidak menentu ditunjukkan oleh pasukan-pasukan Negara yang lain.


Lebih membanggakan, pemain-pemain Harimau Muda A yang bukan diletakkan sebagai kesebelasan utama berupaya mengekang gerakan lawan dan memperoleh gol yang banyak tanpa dibolosi. Sekalung tahniah kepada anak-anak buah OKS u23 yang beraksi dengan penuh bertenaga dan mempamerkan aksi yang menghiburkan. Watak sebenar pasti prestasi seperti ini sekiranya dikekalkan,  Malaysia tidak menghadapi laluan sukar untuk beraksi di Temasya Sukan Sea di Myanmar pada penghujung tahun ini. Malahan, watak sebenar mengatakan Malaysia sebagai calon utama untuk Berjaya beraksi di final Sukan Sea Myanmar. Seterusnya, mencatatkan kejuaraan pingat emas untuk 3 kali  berturut-turut selepas di Vietnam dan Indonesia.


Apa-apa pun, Harimau Muda A berada pada landasan terbaik untuk menghadapi sepak bola Sukan Sea kelak. Prestasi tersebut perlu dikekalkan dan percaturan formasi perlu berada dalam keadaan terbaik dan serasi agar dapat merobek gawang lawan yang akhirnya menyudahkan gol kepada Malaysia.



Rabu, 11 September 2013

Kerja PBS Terakhir



Assalamualaikum dan salam bahagia. Watak sebenar saja nak kongsi cerita dengan anda semua. Kisah ini berkenaan dengan kisah study watak sebenar la.


Minggu lepas ialah minggu terakhir watak sebenar perlu menghantar tugasan assignment Kesusteraan Melayu Komunikatif setelah dibuat pembetulan buat beberapa kali seperti yang diminta oleh guru terlibat. Minggu ini pula ialah minggu ppembentangan esei yang telah dibuat dengan menggunakan bantuan perisian power point. Alhamdulillah, akhirnya siap juga kerja yang paling remeh ini. Kerja yang dianggap biasa, hakikatnya luar biasa.


Sebelum ini, watak sebenar telah menyempurnakan tiga buah kerja kursus secara serentak dalam penggal 2. Syukurlah, keputusannya telah pun diberitahu oleh pihak MPM baru-baru ini.


Tetapi, assignment sastera ini agak susah sedikit. Malahan, yang paling susah di antara keempat-empat tugasan yang perlu dilakukan. Ini sebab tugasan itu lebih kepada esei ilmiyah, bukannya kajian ilmiyah. Kalau sebut pasal esei ilmiyah ini, banyaklah buku-buku ilmiyah perlu dijadikan rujukan. Banyaklah kajian-kajian lepas pelajar-pelajar universiti  perlu dijadikan panduan. Berbanding dengan kajian ilmiyah, tugasan seperti itu memerlukan kajian lapangan di sesuatu lokasi kajian yang telah dipilih. Perlu ada kemahiran insaniah termasuk kemahiran berkomunikasi, tatatertib dan perlu tahu prosedur temu bual lebih-lebih lagi berhubung dengan orang-orang ternama atau jabatan-jabatan kerajaan. Itu paling kuat pun, tebal muka ja. Sikit-sikit la, perlu ada buku-buku ilmiyah dan kajian lepas pelajar U untuk dijadikan slot kajian lepas atau pun sokongan oleh pendapat sarjana berkaitan fakta yang kita kemukakan.


Kalau esei ilmiyah, banyaklah watak sebenar kena cari buku-buku. Buku yang tidak pernah orang usik pun watak sebenar usik jugak. Ye la, esei yang panjangnya lebih kurang 3000 patah perkataan. Esei yang bertemakan perpaduan. Luas betul tema yang diberi. Mula-mula tengok tu macam nak koyak ja kertas soalan.


Tambahan pula, watak sebenar sahaja yang memilih soalan itu. Member-member yang lain pilih soalan lain iaitu soalan yang berkaitan dengan multimedia. Untuk pengetahuan sahaja, multimedia project ini mengkehendaki calon menyempurnakan lima elemen multimedia seperti grafik, audio, teks, audio-visual dan animasi dalam satu persembahan multimedia. Antara perisian yang boleh digunakan termasuk movie maker. Ianya Nampak menarik dan melibatkan gambar dan vedio yang banyak.


Sekarang, syukur Alhamdulillah. Penantian selama lebih kurang hamper 2 bulan telah ditamatkan. Lebih bermakna, inilah penutup segala assignment sepanjang watak sebenar belajar di tingkatan 6 tahun 2013. Masih berbaki 2 bulan lebih, giliran watak sebenar menumpukan kepada peperiksaan bertulis penggal 3 yang bakal menyusur awal November ini. Diharapkan tiada lagi gangguan daripada pbs-pbs yang meremehkan ini.


Soal permarkahan, biarlah Allah SWT yang tentukan. Yang penting, telah sempurna tugasan yang telah diberikan. Soal exam sem 3 pula, itulah yang menjadi focus utama bagi semua pelajar tingkatan 6 di sini.


Sekian saja cerita watak sebenar. Lain kali watak sebenar share lagi kisah-kisah study di sini.

Sabtu, 7 September 2013

Syair Tema Kemerdekaan



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Diharapkan anda masih setia menantikan terbitan-terbitan daripada laman blog enciksantai.blogspot. Hari ini watak sebenar akan berkongsi kepada anda mengenai sebuah puisi tradisional iaitu syair. Tema syair ini berkaitan kemerdekaan. Penghasilan puisi ini juga merupakan latihan pengukuhan watak sebenar sebagai persedian menghadapi kertas 3 Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang meminta calon menulis puisi yang telah ditetapkan.


Oleh itu, bertetapan dengan arus masa ketika ini yang sedang rancak meraikan hari sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke 56 serta hari Malaysia yang bakal ditempuh pada 16 September nanti, puisi tema kemerdekaan ini dianggap sesuai untuk diutarakan. Terus layan.


Salam dihulur kata aluan,
Syair disembah tema kemerdekaan,
Aman Negara kerana perpaduan,
Syair didengar kerana kesukaan.


Para pejuang menumpahkan darah,
Di bumi jati berjuang ghairah,
Melawan penjajah biar pun parah,
Syukurlah kita kerana sejarah.


Rombongan peroleh gelaran merdeka,
Bekerjasama di setiap ketika,
Kerana merdeka sanggup terluka,
Toleransi kaum sedia dirangka.


Lepas merdeka semakin berubah,
Negara membangun tidak lagi rebah,
Rakyatnya matang tidak lagi gelabah,
Berdepan rintangan di gunung dan lembah.


Nikmat merdeka perlu dikongsi,
Peminpin dan rakyat jangan bersangsi,
Anugerah alam indah menghiasi,
Pelabur pun datang mencari nasi.


Mari kita tunjukkan betapa,
Hebatnya Malaysia kerana apa,
Perpaduan kaum tidak dilupa,
Semoga Negara tidak dihampa.


Diharapkan agar perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama dalam kalangan calon kertas Kesusteraan Melayu bagi tingkatan 6.
Selamat berkongsi!