Salam bahagia Mat Santun ucapkan kepada sesiapa yang masih lagi setia melawati Halaman Santun-Santai. Mat Santun ada terbitan baru untuk anda semua dalam segmen Perkongsian Ilmu. Topik yang bakal diperkatakan ini berkaitan dengan usaha.
Semua sedia maklum bahawa usaha itu merupakan laluan bagi menaiki sebuah tangga kejayaan. Tanpa usaha, kita dikatakan gagal menuju kejayaan. Dengan adanya usaha, kita dikatakan memiliki laluan untuk menghampiri kejayaan. Pendek kata, kejayaan tidak akan datang bergolek jika tidak ada sebarang daya yang membuatkan kejayaan itu bergolek.
Semua sering kali mendengar, di hujung-hujung telinga yang mengatakan “usaha tangga kejayaan”, “berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan, “di mana ada kemahuan, di situ ada jalan” atau bermacam-macam pepatah lagi. Namun, “sekadar pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna” kita tidak boleh menyandarkan kejayaan yang diperoleh itu semata-mata dari hasil usaha sahaja. Sebaliknya, terdapat beberapa factor lagi yang membuatkan seseorang itu mampu mencapai sebuah kejayaan.
Berdasarkan pemikiran yang tidak sempurna ini, terdapat 3 elemen penting yang dikolaberasikan bersama dalam membina sebuah kecermelangan. Pertamanya, anda sedia maklum iaitu usaha. Jika bercakap mengenai factor usaha, kita perlulah mengusahakan usaha itu dengan penuh stratergik serta fleksibel. Usaha yang tidak dirancang akan meraih hasil yang sia-sia di akhir waktu. Misalnya, anda berusaha tetapi tidak memiliki pengetahuan langsung mengenai topik yang anda usahakan itu. Sebanyak mana anda berusaha, sebanyak itulah anda membuang masa. Apa salahnya anda terlebih dahulu mempelajarinya dari orang yang lebih arif. Selepas itu, barulah anda mengusahakan usaha ke atas topik itu secara solo agar mudah difahami. Dalam pada itu, anda juga perlu memeriksa minda serta badan anda. Pastikan minda serta badan anda itu benar-benar mengusahakan perkara yang sama dengan apa yang diri anda usahakan. Jangankan pula anda mahu terus berusaha dalam pelajaran, tetapi minda anda mahu terus berusaha untuk mencari idea-idea bernas untuk mengupdate blog, sementara badan anda pula mahu terus berusaha untuk setia di atas katil. Kesannya, usaha anda akan menjadi sia-sia kerana kedua-dua senjata diri anda itu tidak bergabung bersama-sama anda dalam mengusahakan usaha yang satu.
Semua sedia tahu, selain usaha yang beristiqamah, berkat doa yang dipohon perlu ada. Impaknya, rezeki akan diberikan oleh Ilahi ke atas kecermelangan yang ingin diimpikan. Justeru, factor kejayaan kedua ialah rezeki. Faktor ini merupakan bonus serta pemberian percuma dari Tuhan atas hajat dan amalan-amalan ritual yang hambaNya lakukan. Ini bererti, kejayaan yang diperoleh melalui factor ini merupakan kejayaan hadiah sekiranya kejayaan itu tidak disertakan dengan usaha. Sebagai contoh, sekiranya seseorang itu menjaga hubungannya dengan Tuhan”patuh suruhan tinggalkan larangan”, nescaya seseorang itu akan sentiasa diredai Tuhan sekali gus mendapat rezeki yang baik.
Kadang-kala, seseorang itu hanya memerlukan sedikit sahaja nuclear dari badannya”usaha”, sedangkan keputusan peperiksaan yang diperoleh adalah lebih baik daripada seseorang yang berusaha bersungguh-sungguh. Jarang-jarang berlaku pula, seseorang itu tidak menjaga hubungan dengan Tuhan apatah lagi berusaha menelaah pelajaran, tetapi keputusan peperiksaannya menyamai keputusan seseorang yang mengikut kedua-dua elemen tersebut. Pendek kata, rezeki itu bergantung daripada Tuhan. Dialah yang berhak menentukan nasib hambaNya. Tetapi ingat, ada dalil yang menyatakan:
Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu jika seseorang itu tidak memulakan perubahan ke atas dirinya.
Situasi di atas mungkin merupakan sebahagian bentuk ujian kesenangan yang diturunkan Ilahi kepada hambaNya. Oleh itu, bersyukurlah kita dalam memperoleh rezeki Ilahi dan berdoalah agar diri dimurahkan rezeki. Tegasnya, rezeki juga dikatakan medium untuk penentu kejayaan.
Seterusnya ialah factor kebijaksanaan. Sebuah kebijaksanaan hadirnya dari sebuah akal. Akal yang cerdik merupakan anugerah dari Tuhan kepada seseorang yang dikehendaki. Pemikiran akal juga memainkan peranan penting dalam mengukir sesebuah kejayaan itu. Sesetengah pelajar hanya memerlukan usaha yang sedikit untuk belajar dan sebakinya lagi diserahkan kepada pemikiran akal yang dimiliki bagi menggarap idea-idea sewaktu menjawab soalan peperiksaan. Akhirnya, keputusan peperiksaannya adalah baik. Sesetengah orang juga hanya mensyaratkan dirinya untuk ke kelas tanpa melakukan sebarang ulang kaji setelah tamat persekolahan. Namun, dengan kebijaksanaan akal fikirannya, keputusan peperiksaannya menyamai keputusan peperiksaan yang bertaraf cemerlang. Umumnya, semua orang memiliki pemikiran yang bijak. Jika anda sedar akan kebijaksanaan itu terselit pada akal anda, uruslah akal anda dengan sempurna. Elakkan akal anda dari didedahkan dengan perkara-perkara negatif.
Semua sedia maklum, untuk mengukir sebuah kejayaan, perancangan yang teliti perlu dilakukan. “sekadar pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna”: Di sini, saya menggariskan jumlah peratusan bagi factor usaha, rezeki dan kebijaksanaan. Pada pandangan saya, 70 peratus daripada sebuah kejayaan datang dari usaha, 15 peratus lagi masing-masing diwakili oleh factor rezeki dan kebijaksanaan berfikir.
Sebagai seorang yang pintar, anda boleh merendahkan peratusan usaha anda”cadangan 50 peratus” sekiranya anda memiliki pemikiran yang cerdik dan terurus. Kesannya, beban ke atas target anda dalam menjayakan kejayaan itu akan sedikit keringanan. Sementara anda yang dianugerahkan dengan sifat kerajinan, anda perlulah menggunakan kesempatan itu dengan menggunakan maksimum 70 peratus usaha untuk mengukir kejayaan. Ini ditambah pula dengan sedikit peratusan dari kebijaksanaan, nescaya keputusan peperiksaan anda mampu memaksa anda mengeluarkan air mata gembira. Untuk peratusan rezeki pula, segalanya bergantung kepada Tuhan. Dialah yang menentukan sebanyak mana peratus yang bakal dinikmati oleh hambaNya. Yang penting, seseorang itu perlulah menjaga hubungan baik dengan Tuhan. Ringkasnya, jika anda mahir dalam mencaturkan nisbah peratusan antara ketiga-tiga factor di atas, nescaya kejayaan akan bertandang di hujung waktu.
Setakat ini sahaja perkongsian ilmu yang boleh dipaparkan oleh Mat Santun. Sebarang permainan bahasa dan kesilapan tatabahasa, minta dimaafi. Sekian…
Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti
Tiada ulasan:
Catat Ulasan