WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 14 September 2012

Rahsia Belajar

Terima kasih buat anda semua yang masih lagi setia melawati Halaman Santun-Santai. Menemui Mat Santun di sini akan membawakan anda segmen Perkongsian Ilmu yang jarang-jarang disertakan. Untuk kali ini, Mat Santun akan berkongsi kepada anda mengenai rahsia belajar. Dengan kata lain, Mat Santun berhasrat untuk memberi satu kaedah pembelajaran yang boleh dikatakan berkesan jika diamalkan.

                Apabila anda mempunyai waktu senggang dan bercadang untuk menggunakan masa itu dengan mengulang kaji pelajaran, Bagaimanakah anda memulakan pekerjaan itu? Banyak yang berkata, “saya” akan mengambil sebuah buku dan terus membacanya. Banyak juga yang verpendapat, “saya” akan memeriksa jadual belajar “saya” kemudian mengikuti jadual itu dengan sebaik mungkin. Tidak kurang juga yang berkata, “saya” tidak akan memandang jadual belajar tetapi akan memeriksa otak “saya” terlebih dahulu sama ada bersedia untuk belajar mahu pun sebaliknya.

                Tidak kira apa-apa kaedah yang anda lakukan sebagai langkah permulaan untuk mengulang kaji pelajaran, yang penting di sini anda perlu berfikir terlebih dahulu sebelum memulakannya. Dengan kata lain, anda perlu merancang “apa yang hendak anda baca” ketika itu serta memastikan kesedian fizikal dan mental anda untuk belajar bersama-sama anda”. Tidak berguna jika ketika masa lapang anda itu bukan masa lapang untuk otak dan badan anda belajar. Tidak berguna juga jika masa lapang otak dan badan anda itu bukan masa lapang anda untuk belajar. Jika anda menelaah ilmu sewaktu mental anda khususnya tidak berada dalam tahap yang bersedia, hasilnya mungkin kurang produktif. Kesannya, apa yang and abaca itu mungkin tidak setimpal dengan usaha dan kegigihan anda. Pendek kata, “study smart is more possible then study hard”.

                Dalam anda memulakan pembacaan sebuah buku, lebih baik jika anda melihat dahulu keseluruhan isi atau ringkasan topik/bab/peta konsep ”apa yang bakal anda baca”. Kebiasaannya, perkara ini akan berada pada akhir halaman sesuatu topic itu. Misalnya, pelajar tingkatan 5 membaca buku teks Sejarah yang berkaitan dengan topik terakhir. Pelajar itu digalakkan untuk mengetahui keseluruhan topik terlebih dahulu sebelum memulakan pembacaan di halaman pertama. Bererti di sini, pelajar itu dikehendaki mengenalpasti serta menghubungkaitkan setiap pecahan topik “perang dunia, blok kapitalis dan blok komunis, hubungan bilateral dan multilateral Malaysia dan cabaran Malaysia” dengan pokok cerita yakni tajuk topik. Dengan ini, anda akan mendapat”

a.       gambaran awal mengenai isi-isi topic yang bakal anda baca.
b.      Mudah untuk menguasai sesuatu topik itu secara satu per satu.
c.       Mengelakkan minda anda tersasar daripada isi-isi topik yang anda baca.
d.      Memastikan fokus minda anda berkisar dalam topik yang anda baca sahaja.

“sekadar pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna”
Mungkin konsep pembacaan/mengulang kaji pelajaran seperti ini boleh disamakan dengan konsep perjalanan sebuah kereta ke destinasi tertentu. Analoginya dapat dibuktikan apabila sebuah kereta bergerak ke sesuatu destinasi yang baru yang belum dilawati sebelum ini, pemandunya terlebih dahulu akan melihat, mengenalpasti serta mentaksir peta perjalanan dengan teliti. Dengan kata lain, pemandu itu perlu mendapat gambaran awal mengenai keseluruhan liputan kawasan yang bakal dilalui oleh keretanya bagi menjejaki destinasi baru itu. Dengan itu, destinasi yang bakal ditujui itu akan lebih lancer serta teratur. Seperti konteks pembacaan juga, kaedah ini mampu membuatkan ingatan minda anda terhadap apa yang anda baca menjadi lebih lancar serta teratur.

                Oleh itu, kita perlu mengetahui isi-isi yang terkandung dalam sesebuah topik yang bakal dibaca. Sekiranya tidak, kita tidak dapat menduga apa sebenarnya yang ingin dibincangkan serta disampaikan dalam sesebuah topik itu. Kita juga gagal mengetahui sebanyak mana perkara yang tersurat di dalam topik tersebut. Seperti sebatang sungai. Mustahil untuk kita bermandi-manda di situ tanpa memeriksa terlebih dahulu bahaya dan ancaman kepada kita.

Memang benar di permulaan topik telah disediakan objektif pelajaran,  namun adalah lebih baik jika kita melihat ringkasan sesuatu bab itu.
“sekadar pendapat dan pemikiran yang tidak sempurna”

Selamat mencuba…
“sebarang kegagalan adalah tidak dipertanggungjawabkan”


Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti

1 ulasan:

  1. Wow, Selamat sejahtera saudara santun santai. Ini artikal yang bagus bagi mereka yang bakal menempuh SPM kelak. Mungkin untuk kaedah pembelajaran di peringkat lebih tinggi juga. Untuk anda yang membaca artical ini, berilah peluang kepada diri anda untuk mencuba kaedah ini dan anda akan perasan bahawa kaedah ini kurang memenatkan. (Sebarang kegagalan tiada kaitan dengan penulis (penconting) artikal ini. Blog master Enciksantai tidak akan bertanggungjawab atasnya sepenuhnya. Tapi cuba tak salah, bukan?

    BalasPadam