Ahad, 30 September 2012
Madanikan Masyarakat kita
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat peminat maya Halaman Santun-Santai. Mat Santai menemani anda lagi setelah Berjaya mengusai halaman ini daripada cengkaman Mat Santun. Baiklah, dalam Segmen Renungan yang sudah ketandusan paparan ini, Mat Santai ingin memanfaatkannya dengan mengonsi sebuah terbitan mengenai Masyarakat madani. Nak tahu apakah itu? Terus layan.
Masyarakat madani, bukanlah sekelompok masyarakat yang diberi nama kepada Sebuah bangsa yang wujud di m ana-mana tempat di dunia ini. Tetapi, perkataan (madani” hanyalah sekadar istilah yang menggambarkan peribadi atau sifat lahiriah dan rohaniah sesebuah masyarakat itu. Masyarakat Madani pada umumnya boleh ditakrifkan sebagai masyarakat yang berada, menjunjung tinggi nilai-nilai kemanusian, maju dalam pengusaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Secara ringkasnya, sebuah masyarakat madani ialah sebuah masyarakat yang memiliki nilai ketamadunan yang tinggi. Jika dikaji dari sifat sejarah, masyarakat ini sebenarnya telah sedia wujud. Malahan, ia telah pun wujud sejak zaman Pemerintahan Nabi Sulaiman lagi iaitu sewaktu kemunculan masyarakat saba’. Kemudian dari situ ia berkembang ke zaman Nabi-nabi Allah yang lain. Malangnya, keruntuhan nilai ketamadunan yang berlaku pada zaman Arab Jahiliyah sebelum kemunculan Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW telah turut sama meruntuhkan nilai madani pada masa itu. Namun setelah perjanjian madinah antara Rasulullah SaW dengan penduduk Madinah iaitu kaum auf dan kazrak, maka masyarakat madani ini dapat dibentuk semula dan terus berkembang. Ini dapat dilihat melalui Negara Madinah umumnya. Piagam Madinah yang digubal telah mewujudkan persamaan taraf serta semangat ukhuwah antara pelbagai masyarakat di situ tanpa mengira perbezaan bangsa dan agama. Seterusnya, ia diwarisi oleh zaman pemerintahan Khulafa Ar-rashidin serta pemerintahan Umaiyah dan abbasiyah khasnya. Berkat pengamalan nilai ketamadunan yang tinggi, lahirlah tokoh-tokoh ilmu yang tersohor di samping mewujudkan pelbagai teknologi moden yang amat membanggakan. Pada masa yang sama, masyarakat ini memiliki nilai keagamaan yang tinggi. Oleh itu, sebuah masyarakat yang dikatakan madani bukan sahaja membangun dalam aspek lahiriah sahaja malar-malar turut membangun dalam aspek rohaniah. Namun, bagaimanakah sesebuah masyarakat itu dikatakan madani? Siapakah yang mengiktirafkan sesebuah masyarakat itu sebagai Madani? Segalanya boleh dibuktikan melalui ciri-ciri di bawah. Antara sebahagian yang dapat dibuktikan adalah seperti: -masyarakat yang terbentuk melalui kontrak social antara pemerintah dengan rakyat. -masyarakat yang mengakui adanya Tuhan. Masyarakat yang mementingkan perdamaian. -Masyarakat yang mengamalakan sikap tolong-menolong dan toleransi. -Masyarakat yang berperadaban tinggi. -Masyarakat yang memiliki kecintaan terhadap ilmu pengetahuan. -Masyarakat yang berakhlak mulia. Jika ciri-ciri di atas terdapat pada sesebuah masyarakat, maka layaklah masyarakat itu bergelar madani, mementingkan dunia dan akhirat. Namun belakangan ini, masyarakat dunia seolah-olah tidak berkemampuan untuk mengimbangi kedua-dua aspek ini”lahiriah dan rohaniah”. Sebagai contoh, terdapat Negara yang maju dari segi teknologi tetapi tidak mengamalkan nilai keagamaan yang sebenar. Begitu juga yang terjadi sebaliknya. Apakah prinsip madani pada sesebuah masyarakat dunia hari ini sudah terkubur. Atau, adakah wujud idealogi masyarakat yang lebih baik daripada pengisian madani hari ini. Jika ada, di mana masyarakat itu berada? Adakah terdapat pada Negara”Malaysia” ini sendiri? Sesungguhnya, pengenalan konsep ini telah lama berputik di hati rakyat Malaysia khususnya. Lihatlah sendiri, sewaktu zaman Abdullah haji Ahmad Badawi”Perdana Menteri ke 5” yang begitu lantang untuk membentuk masyarakat madani di Malaysia agar pembinaan modal insan Berjaya dihasilkan. Tetapi, usaha itu seakan gagal malah semakin kejauhan untuk kita mencapainya. Renungkanlah…
Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan