Selamat sejahtera dan menemui kembali Mat Santai dalam
Halaman Maya ini. Sudah lama agaknya anda berada bersama Mat Santun, si sotong serius
itu. Untuk kali ini, kita akan dilayani dengan Segmen 5 tak boleh bla yang
berkaitan dengan Ponteng Sekolah.
Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur
ayatnya tidak menggunakan tatabahasa yang betul. Dengan erti kata lain, ayatnya
pun tak boleh bla juga.
Gejala
ponteng sekolah dalam kalangan pelajar dikatakan serius dan amat membimbangkan.
Kadar peningkatan kes ini tidak mengira sama ada sekolah Bandar mahu pun di
luar Bandar. Malahan, kes-kes ponteng sekolah yang dilaporkan belakangan ini
semakin bertambah dari tahun ke tahun. Berdasarkan laporan STAR yang bertarikh
26 February 2008, sebahagian pelajar khususnya di sekolah menengah yang terbabit
kebiasaannya akan melakukan perbuatan yang tidak bermoral di tempat-tempat
tertentu. Misalnya, mereka melibatkan diri dengan perbuatan menghidu gam,
mengambil minuman beralcohol, terjebak dengan kumpulan haram dan sebagainya. Kegiatan
seperti ini telah membuatkan mereka yang terbabit tidak gemar untuk menghadiri
sesi pengajaran dan pembelajaran”PNP” di sekolah.
Sementara
itu, Akhbar New Street Time”NST” pula menyebut bahawa sejumlah 21000 kes
ponteng sekolah telah direkodkan pada tahun 2008. Fenomena ini jelas
menunjukkan bahawa kerajaan melalui Kementerian Pelajaran perlu membuka mata
serta bertindak tegas untuk mengatasi gejala ini dengan penuh efektif. Namun,
sebelum mengkaji pendekatan yang harus dilaksanakan, pihak bertanggungjawab
sebaiknya perlu mengetahui punca-punca mengapa berlakunya gejala ponteng
sekolah ini. Di bawah ini adalah sebahagian daripada punca-punca gejala ini
berlaku.
5 sebab kenapa pelajar sekolah ponteng sekolah
Ranking 5: Nak dapatkan experience sendiri
Faktor ni berpunca dari diri sendiri. Tak ada influence dari
sape-sape pun. Maybe influence dari iblis yang suruh buat cam tu. Mereka
terbabit nak raih popularity kat
sekolah. Nak cikgu pandang, nak pengetua pandang, nak member pandang. Bila dah
panggil nama kat assembly tu, baru rasa popular. Popular atas nama sebagai
pesalah. One thing lagi mereka impikan pengalaman rasa bersalah. Barulah mereka
akan rasa serba salah. Pas tu, timbul la perasaan insaf. Waktu tu ada la prinsip
kegagalan pintu kejayaan. Bak kata masyarakat, macam “sejarah mengajar kita”.
Rangking 4: Nak follow tradisi parents
Yang ni juga ada logiknya. Mereka mengekalkan konsep “one
family”. Ibu bapa jadi guru, anak jadi guru. Ibu bapa jadi lawyer, anak pun nak
jadi lawyer. Ibu dan bapa buat bisness, anak pun ikut sekali. Jadi, apa
salahnya parents dulu pernah ponteng sekolah. Anak pun teringin nak buat. Semua
atas alas an amalan tradisi turun-temurun. Maybe nak kekalkan idealogi family
berkenaan ponteng sekolah ini. Kan bagus kalau ikut orang yang lebih tua.
Bukankah mereka terlebih dahulu yang makan garam.
Ranking 3: nak bagi peluang kat member belajar.
Faktor ni kebiasaannya dibuat oleh pelajar depan. Ye la,
satu kelas tu ada 50 orang. Yang depan-depan tu beri fokus, yang
belakang-belakang tu mengumpat cikgu. Cuba kalau group depan semuanya ponteng
sekolah, mesti yang belakang tu kena lepak depan. Lagi pun lebih berkat dan
afdhal. Waktu tu, tak ada perkataan mengumpat lagi sebab semuanya didengar oleh
cikgu. Waktu tu, kena fokus belajar sebab pelajar sikit dan kawalan oleh cikgu
senang. Kalau yang depan-depan tu selalu ponteng, maybe yang belakang tu boleh
jadi pandai dan banyak menguap. Apa-apa pun, wish thank kat pelajar yang lepak
depan kerana membantu secara tak langsung dalam pelajaran.
Ranking 2: nak ringankan bebancikgu.
Selalunya bila pelajar banyak ponteng, cikgu akan depressed
sebab nak kena back up balik pelajaran. Cikgu akan marah bila tengok pelajar
sikit. Tapi, bukan marah kat pelajar yang ponteng tu. Sebaliknya, marah dan
membebel kat pelajar yang ada kat kelas. Apa salahnya, cikgu ubah amalan.
Bukankah mengajar pelajar yang sikit lebih mudah. Mereka lebih fokus dan cepat
catch out. Cikgu ajar yang ni, mereka dah faham sampai yang tu. Pelajar jadi
smilely cikgu jadi happy. Lagi pun, yang tak ponteng tu la sebenarnya
betul-betul nak belajar. Kalau ramai, macam kerenah. Belum sempat nak masuk
page baru, dah ada soalan mengarut. Mengganggu betul pelajar yang lain. Buat
apa cikgu nak worry, gaji tetap masuk every month.
Ranking 1: Nak elakkan pengangguran
Yang ni macam pelik sikit. Tapi, logic jugak la. Bila dah
banyak pelajar ponteng, kerajaan akan melaksanakan bermacam-macam pendekatan.
Sape nak buat tu? Mestilah orang”sumber manusia”. Oleh itu, tambahkan
pekerja-pekerja yang terlibat. Guru ke, badan pemantau ke, anggota polis ke,
dan banyak lagi. Secara tak langsung, rakyat yang
menganggur/mengepal/mengoren dapat
diserapkan ke dalam bidang pekerjaan-pekerjaan yang terlibat. Rakyat ada
pendapatan. Berlakulah aktiviti jual beli dalam pasaran kerana rakyat ada duit.
Tak ada la jadi kemelesetan. Cuba kalau tak ada langsung kes pelajar ponteng,
nescaya kaunselor khususnya boleh relax. Silap-silap newspaper pun ketandusan
idea sebab tiada paparan mengenai kes ponteng sekolah. Untuk Lembaga
peperiksaan pula, mereka dah hilang satu soalan popular berkaitan ponteng
sekolah.
Demikianlah saja bahan titisan 5 tak boleh bla yang Mat
Santai dapat berikan kepada anda. Sebagai pelajar yang pintar, wajarlah kita
mengelakkan diri daripada melakukan ponteng sekolah ini. Terima kasih buat anda
sekali lagi yang sudi berkongsi masa bersama-sama Mat Santai. Sekian…
Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan