· “Ibrahim, kau pergilah menemui Allah untuk mengusulkan permintaan ini”
· “Aku tersangat malu menemui Allah kerana aku telah berbuat tipu pada dunia. Tak mungkin Allah akan mendengar perkhabaranku mengenai permintaan itu. Tak mungkin, kerana aku telah membuat kemungkaran di muka bumiNya.”
· “kau pergilah sahaja menemui Musa AS. Dialah yang lebih layak bertemu dengan Allah berbanding aku.”
Assalamualaikum semua Mat Santun ucapkan. Diharapkan ketika ini anda tetamu maya halaman ini masih berbahagia dan sihat hendaknya. Segmen Renungan akan menyusur hari ini dengan tajuk 3 penipuan Nabi Ibrahim. 3 penipuan yang dibuat oleh Nabi Allah itu membuatkan dirinya malu untuk bertemu dengan Allah.
Ketika diminta oleh salah seorang daripada pengikut ajaran dakwahnya untuk mengusulkan sesuatu permintaan kepada Allah Taala, Nabi Ibrahim tidak sanggup untuk melakukannya. Dia mengatakan bahawa dirinya malu untuk menemui Allah kerana perbuatannya yang mungkar iaitu dengan membuat tipu. Lalu, mencadangkan supaya usul itu disampaikan kepada Nabi Musa AS untuk bertindak selanjutnya.
Persoalannya, Bukankah Ibrahim AS ialah salah seorang utusan Allah yang digelar Nabi? Apakah Nabi melakukan perbuatan mungkar? Apakah ini benar Nabi Ibrahim AS yang kita sedia ketahui?
Jauh dari maksud tersiratnya, penipuan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim AS adalah bertujuan untuk membina idea, menyelamatkan akidah, membela serta menyampaikan dakwah. Menyingkap sejarah silamnya, terdapat 3 lafaz penipuan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim sepanjang hayatnya. Antaranya ialah:
Penipuan pertama:
raja “pemerintah ketika itu” mengumumkan kepada segala rakyat jelata supaya berkumpul di suatu kawasan lapang untuk mengadakan upucara keagamaan. raja itu juga mengatakan di sana terdapat patung-patung berhala yang diakui sebagai tuhan yang perlu mereka sembah setelah menghadiri majlis upucara di sana.
Ada pun ketika itu Nabi Ibrahim enggan ke sana demi menyelamatkan akidahnya daripada menyekutukan Allah Taala. Lalu menipu dengan mengatakan bahawa dirinya ditimpa penyakit kusta, sejenis penyakit kulit yang dibenci ketika itu. Lalu terlepaslah Nabi Ibrahim daripada menghadiri upucara syirik itu kerana dikhuatiri oleh raja bahawa Nabi Ibrahim akan berbuat bala kepada orang lain disebabkan penyebaran penyakit kusta tersebut.
Penipuan kedua:
Tatkala orang ramai semuanya berkumpul di kawasan lapang tersebut seperti yang dititah oleh raja mereka, Nabi Ibrahim mendapat sesuatu buah fikiran setelah melihat banyaknya patung-patung berhala yang tersergam kaku itu. Lalu memerhatikan sebuah patung berhala yang paling besar antara yang lain. Lalu diambilnya sebuah kapak dan dipecahkan patung-patung berhala yang kecil. Lalu menggantungkan kapak itu pada tangan patung yang paling besar itu yang tidak dipecahkan.
Ada pun ketika itu raja menjadi murka disebabkan perbuatan itu. Lalu ditanya kepada sekalian rakyat jelata. Lalu salah Seorang berkata bahawa Ibrahim yang melakukannya dengan alasan hanya dia seorang sahaja yang tidak menghadiri upucara keagamaan tersebut kerana penyakit kusta yang dialami. Lalu raja berasa wajar atas dakwaan itu dan memanggil Ibrahim untuk menghadapnya. Lalu Nabi Ibrahim menafikan tuduhan itu dan mengatakan bahawa si penegang kapak itu yang melakukannya. Lalu raja berasa sangsi kerana alasan yang diberi Nabi Ibrahim tidak rasional kerana si penegang kapak itu ialah patung berhala yang paling besar. Raja berpendapat bahawa tidak mungkin patung yang tidak bernyawa itu dapat menumbangkan patung-patung kecil di sekitarnya.
Penipuan ketiga:
Nabi Ibrahim AS dituduh melakukan perbuatan di atas dan bertindak menghina patung berhala yang diakui sebagai tuhan oleh raja Negara itu, Lalu segala pengikut raja pergi memburu Ibrahim untuk dikenakan hukuman. Lalu Nabi Ibrahim berusaha melarikan diri dengan berpindah ke Negara sempadan. Lalu Nabi Ibrahim membawa isterinya untuk berpindah sekali.
Ada pun Negara yang dimaksudkan itu zalim lagi fasik rajanya. Segala perempuan yang cantik-cantik yang berada di dalam Negara mahu pun memasuki sempadan negaranya akan dirampasnya untuk dibuat gundik sekiranya perempuan itu ialah isteri orang. Lalu Nabi Ibrahim menafikan bahawa isterinya itu ialah adik kandung perempuannya tatkala ditahan oleh kastam Negara itu yang melihatkan kecantikan isteri Nabi Ibrahim. Lalu terlepaslah isteri Nabi Ibrahim AS daripada dianiaya oleh raja Negara itu.
Demikianlah 3 penipuan yang dilafazkan oleh Nabi Ibrahim AS sepanjang hayatnya. Penipuan yang bukan bertujuan untuk merosakkan sesama umat manusia, malahan lebih bersifat positif iaitu membina idea, menyelamatkan akidah, membela dan menyampaikan dakwah. Sepastinya, semestinya dan sememangnya, 3 penipuan ini cukup membuatkan Nabi Ibrahim AS berasa malu dan hina diri untuk menemui Allah. Sedang hakikatnya, penipuan yang dilakukan itu bersifat baik dan tidak memudaratkan serta membinasakan orang lain. Begitu sekali perasaan malu Nabi Ibrahim AS terhadap Allah dan jauh sekali untuk dia meninggalkan apa yang disuruh oleh Allah Taala apatah lagi untuk melakukan kemungkaran di muka bumiNya.
Jika dikaji semula, penipuan yang pertama dilakukan adalah untuk menyelamatkan akidah daripada mengsyirikkan Allah. Penipuan kedua pula dilakukan untuk membina idea pada minda masyarakat setempat dan raja supaya sedar bahawa patung berhala bukannya tuhan kerana ianya tidak bernyawa”hidup” jauh sekali boleh bergerak. Ini sekali gus dapat memberi dakwah kepada mereka bahawa tuhan yang sebenar ialah Allah SWT yang memiliki sekalian alam raya. Penipuan ketiga pula dilakukan bertujuan untuk membela hak asasi isterinya dari dieksploitasi oleh raja yang ingin merampas mana-mana perempuan yang cantik yang bergelar isteri orang untuk dibuat gundik.
Jika Nabi Ibrahim AS berasa malu terhadap Allah akan perbuatannya itu. Apatah lagi kita umat Islam sedunia hari ini? Jika difikirkan, berapa banyakkah penipuan yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita?
Satu? Tiga? Lima puluh? Atau Seratus? Dan sepastinya jauh sekali bagi kita untuk tidak menipu di muka bumi ini sepanjang usia kita.
Renunglah sejenak, apakah kita berasa layak menemui Allah dengan keadaan kita yang saban hari melakukan perbuatan menipu? Apakah kita sudah layak menemui Allah sedang kita membuat fana di atas muka bumiNya? Sesungguhnya, seorang nabi pun tidak sanggup untuk menemui Allah kerana berasa malu akan 3 penipuan yang dilakukan sepanjang hayatnya. Apa pula kita di sisi Allah? Nabi? Wali? Ulama? Atau seorang hamba Allah yang biasa?
Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti
Ok... it reasonable...
BalasPadam