WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Selasa, 13 November 2012

teka-teki 5



Walau apa-apa pun, untuk terbitan seterusnya semasa cuti persekolahan ini, Halaman Santun-Santai ingin memaparkan segmen Karya oh Karya di mana pengisian seterusnya ini ialah berkaitan dengan teka-teki.


Teka-teki berbentuk pantun 4 kerat ini bertemakan angka/nombor, yakni apa-apa yang berkaitan dengan sesuatu angka/nombor itu adalah jawapannya. Sebagai contoh, jika anda menduga angka 2 mempunyai perkaitan dengan jawapan kepada soalan teka-teki ini, maka angka/Nombor yang anda duga itu adalah sama dan boleh digunakan pada setiap rangkap soalan teka-teki dalam mencari jawapannya. Sebagai contoh, jika angka 2 dikesan mempunyai perkaitan dengan jawapan, maka angka tersebut sahaja yang turut juga digunakan untuk memperoleh jawapan dalam rangkap soalan yang seterusnya. Menarik? Selamat Mencuba!
“untuk memudahkan anda, Mat Santun telah menyediakan cadangan angka/nombor yang dikesan mempunyai perkaitan dengan jawapan iaitu -2 > jawapan < 12. Pilihlah mana-mana angka/nombor dalam mana-mana cadangan itu.”


Pantun Teka-teki:

Hijaunya sawah menganjur ke laut,
Anginnya nyaman menenangkan jiwa,
Yang tengah menunduk yang lain mengikut,
Menjadi alatan untuk mengira.                                                                   


Cengal dan jati kayu berharga,
Dibawa ke kilang bermacam dibuat,
Awal dan akhir membawa ke Syurga,,
Sekiranya dipegang Muslim sejagat.                                                          


Pucuk rawan tumbuh melata,
Dipetik Si Dara dibuat kerabu,
Anggota badan bergabung angka,
Pendengar setia derapan sepatu.


Membeli cincin di Kedai Mewah,
Cincinnya hilang malang tak berbau,
Yang lain menyokong yang dia membantah,
Usaha dirancang gagal begitu.                                                


Dari Jawa ke Kota Melaka,
Meredah lautan membawa simpai,
Juara antara juara dunia,
Sukan berprestej digilai ramai.                                                                     



Nantikan jawapan-jawapannya dari Halaman Santun-Santai dalam terbitan yang seterusnya. Mat Santun mengundurkan diri. Terima kasih kepada anda yang sudi mengaktifan minda untuk menyertai teka-teki ini.


Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan