Assalamualaikum
dan salam bahagia.
Bertemu
semula bersama Mat Santai di laman blog ini. Untuk pertemuan kita kali ini, Mat
Santai nak bawakan segmen 5 tak boleh bla. Terbitannya adalah berkaitan dengan hal-hal
temu duga.
Oleh
sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur penggunaan ayatnya tidak
mengikut tatabahasa yang betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh bla
juga.
Ramai
di antara kita sekarang ni sibuk dengan interview, interview kerja, interview
scholarship bahkan interview pasal masa depan pendidikan. Lagi-lagi x-student SPM,
sTPm, STAM, Diploma, ASASI, Matrik kat Malaysia sekarang, bersemangat nak
melangkah 1 step lagi kat IPT. Antara mereka
termasuklah watak sebenar tu. Banyak kali dah Mat Santai tgk dia pergi sana
sini, jap dia kata pergi jemputan sklh n jabatan, jap dia kata pergi interview.
Dia
kata, bab-bab interview ni remeh, sebab dia malas nak kena prepare macam-macam.
Tapi pa boleh buat, dah banyak course kat U tu kena wat interview dulu. Tak hairan
akan datang benda ni boleh jadi wajib. Malaysia dah maju kot.
Pa
pa hal, inilah 5 perkara yang watak sebenar rasa malas dan tak suka bila nak interview.
Maybe student lain pun ada yang jenis macam ni.
No.
5: rasa malas wat prepare dokumen yang perlu dibawa
Dokumen
yang kena bawak tu bukan sikit, banyak jugak, sijil akademik n kokurikulum dah
tentu, tambah dengan testimony la dokumen butiran peribadi la macam-macam. Ada
sesetengah diorang tu mintak salinan fotostat gak. Dah tu, kena pulak wat
pengesahan. Banyak keja woi… berapa dah bajek kat situ.
Bila
dah siap satu file yang ori dan salinan, rasa lega. Bila pi interview pulak,
ada dengar kes-kes member ni, kadang-kadang, diorang tu tak belek sgt pun fail yang dibuat. Tapi, apa boleh
buat, kita di pihak yang meminta, bukan di pihak yang menawar.
No.
4: Rasa malas nak buat study n research.
Sebelum
nak interview, biasa la student tu buat
study sikit pasal perkara yang nak ditemuduga tu. Tapi, masalahnya, otak waktu
tu dah beku. Tak melted macam study waktu sekolah dulu.
Dah
cuti banyak bulan, dah tak sentuh buku. Mana tak beku.
Memang
susah la kalau tak ada semangat. Lagi-lagi kalau penyakit malas duduk sekali.
Berkali-kali la fikir nak pi ke tak interview.
Bila
dah nak interview pulak, rasa lega sebab dah cukup buat research. Tu pun
kadang-kadang dok ingat-ingat lagi kat otak supaya tak hilang waktu tunggu turn
tu.
Bila
masuk interview pulak, dia tanya benda lain. Lagi teruk kalau benda yang kita
study tu tak digunakan langsung. So, pandai-pandai ye.
No. 3:
Rasa malas kena pakai pakaian formal.
Ingat
tak kat sekolah dulu? pakai baju kemeja lengan panjang, pakai tie, pakai coat
waktu perhimpunan rasmi, huh rimasnya, lagi-lagi di hari panas. Nak study pun
dah layu macam pokok kering.
Dah
habis sekolah, suka hati la pakai apa asalkan tutup aurat. Tapi, bila interview
kena ulang benda yang sama. Walaupun sehari, still remeh. Kena iron baju, kena cari tie yang dah campak kat mana, kena
kiwi kasut, macam-macam la. Kalau interview jadi cikgu, lagi la skema penuh
penipuan. Tahun ni pun, dah 3 kali interview, dah berapa kali jemputan. Penat
dengan pakaian hipokrit.
Apa
boleh buat, tu kan protokal berpakaian. Katanya, lebih Nampak profesional. Tapi,
lagi bagus kalau diri mempengaruhi persekitaran bukan persekitaran mempengaruhi
diri. Diri boleh menyerlah tanpa bantuan persekitaran. Tak ramai orang boleh
buat macam ni.
No.
2: tak suka tunggu lama-lama
Yang
ni benda biasa la sebenarnya dlm bab-bab interview ni. Menanti memang suatu
lumrah. Penantian juga satu penyeksaan.
Yang
penting, kesabaran diri. Tapi, kalau dah lama sgt rasa macam dah tak sabar.
Badan pun dah jadi penat, rasa panas, kurang selesa dengan berpakaian penuh
formal. Kalau dok kat bilik sejuk, Alhamdulillah. Kalau sebaliknya? Otak pun
dah tak secerdas waktu mula-mula masuk bangunan interview. Perlu Minum air
tambahkan oksigen, takut-takut nanti time interview la toilet jemput pergi melawat
kat dia.
No.
1: Rasa takut nak buang duit
Oh
yang ni ada yang ambik kisah kalau dia tu jenis ekonomi. Tapi, kalau tempat
interview tu jauh sgt, yang bukan ekonomi pun memikirkan juga soalnya.
Pergi
interview naik apa? kereta, bas, teksi, tetap guna duit jugak. Kalau interview
tu Berjaya untuk ke step seterusnya, Alhamdulillah. Macam mana pula dengan
mereka yang tidak Berjaya? Pengorbanan atau aniaya?
Tak
semua student atau peserta tu datang dari keluarga yang kaya. Mereka hadir
dengan penuh harapan, namun berakhir dengan kekecewaan. Salah sendiri kalau tak
prepare betul-betul interview tu. Kalau sebaliknya? Takdir atau apa?
Hahaha,
Mat santai bukan nak mencalarkan hati
mana-mana pihak pun. Sekadar berkongsi perasaan dan pandangan hati sebelah
jahat watak sebenar je terhadap temu duga ni. Watak sebenar cakap kat Mat
Santai pun, dia tak ada apa-apa masalah pun bila interview tu. Semua yang dia
jumpa, semua kind n friendly, Alhamdulillah. Tapi tu la, persediannya kena hipokrit
sikit.
5
perkara kat atas tu benda negative. Anda boleh ambik transform dia jadi
positif, InsyaAllah tak akan ada problem bila anda masuk interview. Barang
siapa yang belum hadir interview lagi, tak kiralah interview scholarship ke, interview kerja ke, interview pendidikan
ke, Mat Santai mengucapkan good luck kepada anda. Bersedia dengan sepenuhnya.
Ingat, usaha di tangan kita. Rezeki di tangan Tuhan. Biarpun begitu, Allah tu
kan Maha adil. Bukankah ada orang berkata, usaha tangga kejayaan. Tambah lagi
satu gabungan iaitu doa, kejayaan akan berganda-ganda menerpa. Jumpa lagi,
sekian.
Mat
Santai, bukan sekadar lepak tepi pantai
Tiada ulasan:
Catat Ulasan