Assalamualaikum
dan salam bahagia.
Watak
sebenar seperti orang kebanyakan, nak bercakap tentang badminton Thomas Cup
2014 yang baru sahaja berakhir malam semalam.
Piala
Thomas 2014 yang diadakan di New Delhi telah mencuri tumpuan ramai kerana memperlihatkan
kem badminton Malaysia Berjaya bertarung sehingga layak melangkah ke peringkat
akhir. Terdahulu di peringkat separuh akhir, Malaysia menumpaskan Indonesia 3 –
0 dan bertemu Jepun di peringkat akhir yang sebelum itu telah mengalahkan China
3 – 0.
Aksi
di awal final Malaysia memperlihatkan tiadanya masalah apabila datuk Lee Chong
Wei mudah menewaskan hero Jepun Kinichi Tago dengan straight set dalam kategori
perseorangan.
Selepas
itu, pasangan beregu Negara diturunkan pula, Tan dan Hoon mempamerkan aksi
cemerlang namun dikecewakan oleh lawan dalam rubber game. Mereka hanya kalah
tipis meskipun pasangan beregu ini baru sahaja digandingkan.
Giliran
Chong Wei Feng menunjukkan kemahirannya untuk berusaha meletakkan Malaysia di
depan. Namun, seakan sukar apabila lawannya Berjaya menundukkan Wei Feng dengan
straight set.
Pasangan
beregu Negara Goh dan Tan pula beraksi membawa harapan Negara agar menyinar
kembali. Ternyata peluang Malaysia untuk menjadi juara terbuka semula apabila
pasangan ini Berjaya memperoleh mata kedua Negara.
Setelah
itu, aksi final dalam final pula dipamerkan. Liew Daren menentang Ueda. Ueda
mudah menumpaskan Daren pada set yang pertama. Pada set yang kedua juga
menampakkan kejayaan kepada pemain Jepun itu. Namun, aksi Daren pada saat-saat
terakhir set kedua sungguh dramatic dan menakjubkan. Lebih kurang 5 mata tanpa
henti Berjaya dikutip beliau dan memaksa perlawanan berlarutan ke rubber game. Aksi
itulah yang watak sebenar kira paling menarik dan dramatic dalam final Piala
Thomas 2014.
(kad
kuning dan sorakan “out”, “out”, “out” oleh penyokong-penyokong Jepun) sedikit sebanyak
mempengaruhi permainan Daren pada saat-saat akhir rubber game. Tekanan dan
sikologi, apa boleh buat, memang susah nak atasi apatah lagi lawan yang
terlebih dahulu mendahului di depan, bukan 1 2 mata, tapi 3 mata.
Walau
bagaimanapun, aksi Liew Daren amat-amat menarik pada set yang kedua itu dan Nampak
kesungguhan beliau untuk memberikan saingan kepada Ueda pada rubber game.
Aksi
final Piala Thomas malam tadi akhirnya memberikan kelebihan kepada Jepun
apabila berhempas-pulas memenangi perlawanan itu dengan 3 - 2 menentang
Malaysia. Terima kasih kem badminton Malaysia kerana memberikan persembahan
dalam permainan yang begitu menarik serta dramatic sekali. Diharapkan kem
badminton Negara dapat melangkah maju ke hadapan pada masa akan datang. Bagi
anda, part mana yang menarik dirasakan untuk aksi semalam?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan