Assalamualaikum
dan salam sejahtera kepada anda yang masih mengikuti laman enciksantai.blogspot
16 Mei, itulah
tarikh keramat saban tahun bagi mereka yang digelar seorang pendidik. Insan
yang digelar guru ini akan diraikan dalam sebuah majlis bagi menghargai jasa
dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak-anak bangsa. Tarikh ini juga
merupakan hari bermakna bagi seseorang anak murid untuk meluahkan isi hatinya
terhadap guru-guru yang dicintai dengan pelbagai cara.
(guru
pencetus kreativiti, penjana inovasi), itulah tema sambutan perayaan hari guru yang
ke 43 pada tahun ini. Cabaran para guru abad ini menjadi semakin sukar kerana
mereka bukan sahaja diberi tanggungjawab untuk mencurahkan ilmu kepada para
pelajar, malahan turut diberi tugas bagi membentuk sasiah diri para pelajar supaya
menjadi orang berguna seimbang pada akademik serta rohaninya. Apatah lagi dalam
menyusuri arus dunia yang bersifat globalisasi ini. Maka itulah wajarnya
seorang guru diberikan penganugerahan khususnya dalam sambutan hari guru saban
tahun.
Kesempatan
ini juga watak sebenar ingin mengucapkan selamat hari guru kepada guru-guru di
Malaysia. Selamat hari guru juga ditujukan khas kepada cikgu-cikgu watak sebenar
di SKTI, SKPK Alma, SMPK Setapak dan SMK Tunku Abd Malik kerana mengajar dan
mendidik diri ini sehingga Berjaya menamatkan alam persekolahan dengan baik.
Terima kasih cikgu. Doakan diri ini untuk Berjaya dengan baik untuk mmenamatkan
alam pendidikan di institute pengajian tinggi pula.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan