WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Khamis, 22 November 2012

3 Penipuan Ibrahim AS

·         “Ibrahim, kau pergilah menemui Allah untuk mengusulkan permintaan ini”
·          “Aku tersangat malu menemui Allah kerana aku telah berbuat tipu pada dunia. Tak mungkin Allah akan mendengar perkhabaranku mengenai permintaan itu. Tak mungkin, kerana aku telah membuat kemungkaran di muka bumiNya.”
·          “kau pergilah sahaja menemui Musa AS. Dialah yang lebih layak bertemu dengan Allah berbanding aku.”



Assalamualaikum semua Mat Santun ucapkan. Diharapkan ketika ini anda tetamu maya halaman ini masih berbahagia dan sihat hendaknya. Segmen Renungan akan menyusur hari ini dengan tajuk 3 penipuan Nabi Ibrahim. 3 penipuan yang dibuat oleh Nabi Allah itu membuatkan dirinya malu untuk bertemu dengan Allah.



Ketika diminta oleh salah seorang daripada pengikut ajaran dakwahnya untuk mengusulkan sesuatu permintaan kepada Allah Taala, Nabi Ibrahim tidak sanggup untuk melakukannya. Dia mengatakan bahawa dirinya malu untuk menemui Allah kerana perbuatannya yang mungkar iaitu dengan membuat tipu. Lalu, mencadangkan supaya usul itu disampaikan kepada Nabi Musa AS untuk bertindak selanjutnya.


Persoalannya, Bukankah Ibrahim   AS ialah salah seorang utusan Allah yang digelar Nabi? Apakah Nabi melakukan perbuatan mungkar? Apakah ini benar Nabi Ibrahim AS yang kita sedia ketahui?
Jauh dari maksud tersiratnya, penipuan yang dibuat oleh Nabi Ibrahim AS adalah bertujuan untuk membina idea, menyelamatkan akidah,  membela serta menyampaikan dakwah. Menyingkap sejarah silamnya, terdapat 3 lafaz penipuan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim sepanjang hayatnya. Antaranya ialah:


Penipuan pertama:
raja “pemerintah ketika itu” mengumumkan kepada segala rakyat jelata supaya berkumpul di suatu kawasan lapang untuk mengadakan upucara keagamaan. raja itu juga mengatakan di sana terdapat patung-patung berhala yang diakui sebagai tuhan yang perlu mereka sembah setelah menghadiri majlis upucara di sana.
Ada pun ketika itu Nabi Ibrahim enggan ke sana demi menyelamatkan akidahnya daripada menyekutukan Allah Taala. Lalu menipu dengan mengatakan bahawa dirinya ditimpa penyakit kusta, sejenis  penyakit kulit yang dibenci ketika itu. Lalu terlepaslah Nabi Ibrahim daripada menghadiri upucara syirik itu kerana dikhuatiri oleh raja bahawa Nabi Ibrahim akan berbuat bala kepada orang lain disebabkan  penyebaran penyakit kusta tersebut.


Penipuan kedua:
Tatkala orang ramai semuanya berkumpul di kawasan lapang tersebut seperti yang dititah oleh raja mereka, Nabi Ibrahim mendapat sesuatu buah fikiran setelah melihat banyaknya patung-patung berhala yang tersergam kaku itu. Lalu memerhatikan sebuah patung berhala yang paling besar antara yang lain. Lalu diambilnya sebuah kapak dan dipecahkan patung-patung berhala yang kecil. Lalu menggantungkan kapak itu pada tangan patung yang paling besar itu yang tidak dipecahkan.
Ada pun ketika itu raja menjadi murka disebabkan perbuatan itu. Lalu ditanya kepada sekalian rakyat jelata. Lalu salah Seorang berkata bahawa Ibrahim yang melakukannya dengan alasan hanya dia seorang sahaja yang tidak menghadiri upucara keagamaan tersebut kerana penyakit kusta yang dialami. Lalu raja berasa wajar atas dakwaan itu dan memanggil Ibrahim untuk menghadapnya. Lalu Nabi Ibrahim menafikan tuduhan itu dan mengatakan bahawa si penegang kapak itu yang melakukannya. Lalu raja berasa sangsi kerana alasan yang diberi Nabi Ibrahim tidak rasional kerana si penegang kapak itu ialah patung berhala yang paling besar. Raja berpendapat bahawa tidak mungkin patung yang tidak bernyawa itu dapat menumbangkan patung-patung kecil di sekitarnya.


Penipuan ketiga:
Nabi Ibrahim AS dituduh melakukan perbuatan di atas dan bertindak menghina patung berhala yang diakui sebagai tuhan oleh raja Negara itu, Lalu segala pengikut raja pergi memburu Ibrahim untuk dikenakan hukuman. Lalu Nabi Ibrahim berusaha melarikan diri dengan berpindah ke Negara sempadan. Lalu Nabi Ibrahim membawa isterinya untuk berpindah sekali.
Ada pun Negara yang dimaksudkan itu zalim lagi fasik rajanya. Segala perempuan yang cantik-cantik yang berada di dalam Negara mahu pun memasuki sempadan negaranya akan dirampasnya untuk dibuat gundik sekiranya perempuan itu ialah isteri orang. Lalu Nabi Ibrahim menafikan bahawa isterinya itu ialah adik kandung perempuannya tatkala ditahan oleh kastam Negara itu yang melihatkan kecantikan isteri Nabi   Ibrahim. Lalu terlepaslah isteri Nabi Ibrahim AS daripada dianiaya oleh raja Negara itu.


Demikianlah 3 penipuan yang dilafazkan oleh Nabi Ibrahim AS sepanjang hayatnya. Penipuan yang bukan bertujuan untuk merosakkan sesama umat manusia, malahan lebih bersifat positif iaitu membina idea, menyelamatkan akidah, membela dan menyampaikan dakwah. Sepastinya, semestinya dan sememangnya, 3 penipuan ini cukup membuatkan Nabi Ibrahim AS berasa malu dan hina diri untuk menemui Allah. Sedang hakikatnya, penipuan yang dilakukan itu bersifat baik dan tidak memudaratkan serta membinasakan orang lain. Begitu sekali perasaan malu Nabi Ibrahim AS terhadap Allah dan jauh sekali untuk dia meninggalkan apa yang disuruh oleh Allah Taala apatah lagi untuk melakukan kemungkaran di muka bumiNya.


Jika dikaji semula, penipuan yang pertama dilakukan adalah untuk menyelamatkan akidah daripada mengsyirikkan Allah. Penipuan kedua pula dilakukan untuk membina idea pada minda masyarakat setempat dan raja supaya sedar bahawa patung berhala bukannya tuhan kerana ianya tidak bernyawa”hidup” jauh sekali boleh bergerak. Ini sekali gus dapat memberi dakwah kepada mereka  bahawa tuhan yang sebenar ialah Allah SWT yang memiliki sekalian alam raya. Penipuan ketiga pula dilakukan bertujuan untuk membela hak asasi isterinya dari dieksploitasi oleh raja yang ingin merampas mana-mana perempuan yang cantik yang bergelar isteri orang untuk dibuat gundik.


Jika Nabi Ibrahim AS berasa malu terhadap Allah akan perbuatannya itu. Apatah lagi kita umat Islam sedunia hari ini? Jika difikirkan, berapa banyakkah penipuan yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita?
Satu? Tiga? Lima puluh? Atau Seratus? Dan sepastinya jauh sekali bagi kita untuk tidak menipu di muka bumi ini sepanjang usia kita.
Renunglah sejenak, apakah kita berasa layak menemui Allah dengan keadaan kita yang saban hari melakukan perbuatan menipu? Apakah kita sudah layak menemui Allah sedang kita membuat fana di atas muka bumiNya? Sesungguhnya, seorang nabi pun tidak sanggup untuk menemui Allah kerana berasa malu akan 3 penipuan yang dilakukan sepanjang hayatnya. Apa pula kita di sisi Allah? Nabi? Wali? Ulama? Atau seorang hamba Allah yang biasa?



Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti

Selasa, 20 November 2012

Buat apa nak kedekut?

Assalamualaikum Mat Santai ucapkan kepada anda tetamu maya halaman ini. Pertemuan kita kali ini menemukan segmen Sembang Santai yang berkisar mengenai perbuatan buruk manusia. Perbuatan yang dimaksudkan ialah sifat kedekut.

Assalamualaikum semua, Buat apa kita nak kedekut? Bukankah itu ialah salah satu daripada sifat-sifat mazmumah. Sifat buruk manusia yang dibenci masyarakat serta dimurkai Allah. Sifat yang boleh mengheret kita ke lembah neraka jika dipelihara, disayangi, dibela, diagongi.


Masih nak kedekut lagi?
Sedankan apa yang dikedekutkan itu bukan hak milik sebenar.
Harta! Wang! Ilmu!
Bukankah itu semuanya hak milik sebenar Allah?
Allah yang menganugerahkan semua nikmat itu kepada hamba-hambaNya.
Mengapa masih berdegil lagi?


Banyaknya orang kedekut harta dengan enggan menghibahkan hartanya yang berlebihan terutamanya kepada golongan yang memerlukan. Lebih malang lagi, ada juga yang berdegil daripada membayar zakat ke atas hartanya yang berlebihan sebagai tuntutan agama. Perlu diingat! sebanyak mana kau mengumpul harta itu, banyak lagi azab di akhirat sana yang bakal menjerat tubuhmu sekiranya nikmat Allah itu tidak diuruskan dengan cara yang diharuskan syarak. Perlu diingat juga! Seseorang manusia ini memiliki 2 jenis harta. Pertamanya ialah harta dunia dan keduanya ialah harta akhirat.


Tidak perlu kau bangga-banggakan dengan harta dunia seperti wang tunai, hartanah, simpanan bank, saham, atau barangan mewah. Ini kerana harta itu tidak mampu membantu kau setelah kau dikebumikan di alam barzah. Harta itu hanya bermunafaat tatkala kau masih hidup di dunia. Bermewah-mewahan tinggal di istana besar bersama seisi keluarga, memiliki kereta mewah atau melancong ke luar Negara. Kadang-kadang kau belum sempat pun memunafaatkan harta yang kaukatakan sebagai milik kau  dek kerana kematian. Misalnya, simpanan wang di bank,  saham pelaburan, atau faedah-faedah sewa. Kau hanya mampu menatap angka nilai hartamu itu di buku-buku akaun tanpa dapat menyentuh nikmatnya apatah lagi dapat menggunakannya sebagai sebuah munafaat.


Oleh itu, segala harta yang kau ada hendaklah kau gunakan sebaik-baiknya. Jika tidak, nikmat harta  itu akan berpindah milik setelah tubuhmu terperosok di rumah bertiang dua yakni liang lahat. Jika itu berlaku, 50-50 roh kau akan dijerat seksa. Sekiranya harta pusaka itu difaraidkan dengan cara yang berlandaskan syarak oleh ahli waris, maka terlepaslah seksaan kau. Jika tidak, Nauzubillah.
Oleh itu, lebih baik kau menghibahkan harta kau yang berlebihan itu pada jalan Allah. Sebagai contoh seperti bersedekah, menunaikan Haji dan Umrah, mengadakan jamuan makan atau memberi sumbangan kepada fakir miskin, anak-anak yatim, golongan warga emas atau saudara terdekat yang memerlukan. Perbuatan murni ini dikira sebagai harta akhirat. Harta yang bakal menyelamatkan kau daripada dibakar api neraka. Ini kerana, membelanjakan harta pada jalan Allah merupakan perbuatan yang dituntut syarak dan sebagai suatu ibadah. Jika ibadah, sudah tentulah akan dikurniakan pahala yang akan memberatkan timbanganmu di sebelah kanan. Insyaallah.


Banyaknya orang kedekut ilmu, menganggap  ilmu yang dicari itu sebagai ilmu mutlak disebabkan dirinya bersusah-payah mendapatkan ilmu tersebut. Lalu, enggan mengongsi pengetahuan yang dimiliki itu kepada orang lain.
Mengapa masih berlagak menggelarkan diri sebagai wira peneroka ilmu? Mengapa perlu dibangga-banggakan semua itu?
“kau bersuara megah mengaatakan itu ilmu aku dan perlu meminta pengizinan daripada aku jika ingin mengaplikasikannya.”
 Sedangkan siapa yang mengurniakan ilmu tersebut?
Bukankah ilmu milik bersama?
Jika sesuatu ilmu itu kita peroleh, wajiblah kita menyampaikan selagi mana ilmu itu bermanfaat kepada manusia. Inikan cirri ketiga yang perlu ada pada diri pengelana ilmu yang sejati. Menuntut, mengamalkan dan seterusnya menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain.


Ilmu bukanlah seperti harta peninggalan. Bukan juga seperti wang tunai yang saban hari hangus terbakar kerana perbuatan berjual-beli. Sebaliknya, sebanyak mana kau mencurahkan ilmu kepada orang lain, banyak lagi ilmu-ilmu baru yang mendatang. Tambahan lagi, kau akan terus ingat tentang sesuatu ilmu itu jika menyampaikan ilmu tersebut kepada orang lain. Pendek kata, 1 kau beri, 10 yang menanti. Oleh itu, profession perguruan dikatakan pekerjaan yang amat mulia kerana tugasnya mencurahkan ilmu kepada anak bangsa.



Buat apa nak kedekut ilmu?
Jika kau fikirkan,  apa faedahnya atas perbuatan itu. Dan jika kau fikirkan lagi, apa pula faedahnya atas pengongsian ilmu kau kepada orang lain. Jadilah pengamal ilmu yang disanjung tinggi oleh masyarakat serta diredai Allah. Kerana itu kau akan dihormati, disayang, dihargai serta dikenang. Sepastinya, ilmu itu unik sifatnya. sebanyak mana kau meneroka ilmu, banyak lagi ilmu yang perlu kau pelajari. Lalu, kau tunduk malu sebagai seorang yang ketandusan ilmu dek kerana kecetekan ilmu yang diterokai. Akhirnya kau mengakui bahawa kehidupan padi yang semakin berisi semakin menunduk itu perlu dijadikan panduan, nasihat, bimbingan serta azimat.


Kesimpulannya, buat  apa nak kedekut lagi? Kedekut itu hanya untuk perkara-perkara yang diharuskan sahaja. Jangan gunakan kuasa kedekut itu sewenang-wenangnya. Ini kerana, apa yang dikedekutkan itu adalah merupakan harta Allah. Buat apa nak kedekut dengan harta yang bukan milik sebenar?


“tidak perlu nak terasa hati kerana ini perkara realiti dan bersifat benar. Hampir semua orang buat termasuk pemilik blog ini. Akhir kata, harap maaf jika terkasar bahasa.”



Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai

Selasa, 13 November 2012

teka-teki 5



Walau apa-apa pun, untuk terbitan seterusnya semasa cuti persekolahan ini, Halaman Santun-Santai ingin memaparkan segmen Karya oh Karya di mana pengisian seterusnya ini ialah berkaitan dengan teka-teki.


Teka-teki berbentuk pantun 4 kerat ini bertemakan angka/nombor, yakni apa-apa yang berkaitan dengan sesuatu angka/nombor itu adalah jawapannya. Sebagai contoh, jika anda menduga angka 2 mempunyai perkaitan dengan jawapan kepada soalan teka-teki ini, maka angka/Nombor yang anda duga itu adalah sama dan boleh digunakan pada setiap rangkap soalan teka-teki dalam mencari jawapannya. Sebagai contoh, jika angka 2 dikesan mempunyai perkaitan dengan jawapan, maka angka tersebut sahaja yang turut juga digunakan untuk memperoleh jawapan dalam rangkap soalan yang seterusnya. Menarik? Selamat Mencuba!
“untuk memudahkan anda, Mat Santun telah menyediakan cadangan angka/nombor yang dikesan mempunyai perkaitan dengan jawapan iaitu -2 > jawapan < 12. Pilihlah mana-mana angka/nombor dalam mana-mana cadangan itu.”


Pantun Teka-teki:

Hijaunya sawah menganjur ke laut,
Anginnya nyaman menenangkan jiwa,
Yang tengah menunduk yang lain mengikut,
Menjadi alatan untuk mengira.                                                                   


Cengal dan jati kayu berharga,
Dibawa ke kilang bermacam dibuat,
Awal dan akhir membawa ke Syurga,,
Sekiranya dipegang Muslim sejagat.                                                          


Pucuk rawan tumbuh melata,
Dipetik Si Dara dibuat kerabu,
Anggota badan bergabung angka,
Pendengar setia derapan sepatu.


Membeli cincin di Kedai Mewah,
Cincinnya hilang malang tak berbau,
Yang lain menyokong yang dia membantah,
Usaha dirancang gagal begitu.                                                


Dari Jawa ke Kota Melaka,
Meredah lautan membawa simpai,
Juara antara juara dunia,
Sukan berprestej digilai ramai.                                                                     



Nantikan jawapan-jawapannya dari Halaman Santun-Santai dalam terbitan yang seterusnya. Mat Santun mengundurkan diri. Terima kasih kepada anda yang sudi mengaktifan minda untuk menyertai teka-teki ini.


Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti         

Isnin, 12 November 2012

selamat diucapkan

Assalamualaikum dan salam Santun-Santai buat anda semua tetamu maya halaman ini. Diharapkan anda sentiasa bahagia dan sihat hendaknya dalam meniti hari yang penuh onak duri ini. Hanya sebagai pengetahuan umum, dalam masa yang terdekat ini Mat Santai dan Mat Santun masih belum menyiapkan apa-apa terbitan yang bersegmen lagi. Semuanya masih dalam pembikinan dan insyaallah akan menemui anda satu per satu pada penghujung November ini. Tidak kira terbitan dalam Segmen Karya Oh karya, Segmen 5 tak boleh bla, Segmen Perkongsian Ilmu, Segmen Renungan atau Segmen Sembang Santai, semuanya akan digarap dalam konteks yang terbaik khas untuk anda.


Tidak perlu nak berbicara omong kosong lagi,  Sebenarnya Mat Santai dan mat Santun berbesar hati ingin menyampaikan beberapa ucapan buat anda semua. Biasalah, dalam tempoh ini banyak perkataan “selamat” yang sering didengari di hujung-hujung telinga kita. Pertama sekali, kami mengucapkan selamat bercuti sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah serta guru-guru yang bercuti. Kepada para pelajar, ingatlah pesanan guru kamu yang sentiasa menasihati kamu dengan perkataan yang baik-baik. Jika tidak baik, bukan guru namanya.  Lagi bagus jika kamu mengingati ayat terakhir pesanan guru kamu semasa di penghujung sesi persekolahan yang lalu. Kerana, ayat yang terakhir itulah yang biasanya benar-benar diberi penegasan kepada anda. Jangan mandi sungai jika tempat anda berlaku banjir. Kerana, buaya pun tidak sanggup mendiami sungai kerana dicemari dengan air bah. Lalu, mencari mangsanya yang bermain-main berhampiran sungai. Kepada guru semua, selamat memulihkan semula wajah anda yang berkedut akibat sering memarahi anak muridmu. Bagi guru yang menjadi pemeriksa kertas peperiksaan pula, berilah markah dengan mengikut aturan yang betul serta ditemani dengan kesabaran.


Kami juga ingin mengucapkan selamat hari deepavali kepada anda yang menganut agama Hindu khususnya dan anda yang menjadi penduduk dunia amnya. Sememangnya, Deepavali yang disambut pada hari ini mengindahkan lagi Malaysia sebagai sebuah Negara yang bermasyarakat majmuk dan memiliki variasi kebudayaan. Semasa meraikan perayaan ini, kunjungilah rumah terbuka dengan penuh kesopanan serta adab sebagai tetamu. Jangankan pula anda berbuat semacam tetamu maya sedangkan anda berada di dunia reality. Kami juga mengirimkan ucapan selamat hari Deepavali oleh watak sebenar yang ditujukan kepada rakan-rakannya yang berbangsa India.
Sememangnya, meraikan sesebuah perayaan merupakan medium untuk mewujudkan integrasi antara kaum dan ini penting jika diamalkan oleh rakyat Malaysia khususnya.


Seterusnya pula kami ingin mengucapkan selamat mengakhirkan tahun Hijrah 1433 dan selamat menyambut maal hijrah pada hari Khamis ini. Segala kesalahan lalu harap disesali dan berazam untuk beristiqamah dalam memperbaiki diri. Terima kasih kepada 1433 hijrah yang telah memberikan banyak peluang, ruang dan masa kepada kami dalam menjayakan terbitan-terbitan blog yang tidak seberapa ini. Bagi lumrah manusia, apa-apa hajat yang gagal disempurnakan pada tahun ini akan dibawa ke tahun hadapan. Namun, ada juga yang akan menambah hajat-hajat baru untuk mengalami semangat maal hijrah itu sendiri tanpa menyempurnakan hajat-hajat yang lepas. Tidak kisahlah, yang penting hubungan dengan Allah serta hubungan dengan manusia dijaga dengan sebaik-baiknya. Yang penting lagi, anda semua  juga faham erti dan penghayatan hijrah yang sebenarnya.


Yang terakhir untuk ucapan selamat ini, kami ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat anda yang telah Berjaya mendirikan rumah tangga. Sememangnya, musim cuti persekolahan  ini banyak keluarga-keluarga yang akan mengadakan walimatul urus seperti yang diadakan di sini pada hari ini. Buat anak kepada jiran kami, selamat pengantin baru. Pastikan hidangan anda sentiasa ok dan nasinya tidak mantah serta lauk-pauknya dimasak dengan betul. Kami tidak mahu mengalami istiria lagi dek kerana sakit-perut termakan lauk kenduri yang mungkin keracunan. Biar tak canggih asalkan diredai Allah dan disukai masyarakat setempat. Sabar kepada anda yang mendirikan walimatul urus di pusat-pusat pemindahan banjir. Ujian satu kelebihan.


Buat anda semua dalam semua tadi, moga selamat  dan selamat sejahtera sekali lagi. Akhir sekali, selamat menantikan terbitan-terbitan blog Halaman Santun-Santai yang bakal selamat diterbitkan sedikit masa lagi. Selamat berbahagia, selamat sihat semuanya dan selamat berjumpa lagi. 

Ahad, 11 November 2012

sebuah pengorbanan di hujung kasih sayang

“kau tak perlu ikut ke mana bapa kau pergi. Sebab, bapa kau pergi ke suatu tempat yang jauh dari lapangan manusia. Lalu, dia akan membunuh kau. Akan membunuh kau. Seorang bapa yang sayang kepada anaknya sanggup berbuat sebegitu.”:                                                        
“tak mungkin bapaku sanggup berbuat onak pada diri puteranya yang dicintai. Tak mungkin, kerana dia itu merupakan seorang Nabi. Apakah ayahandaku sudah gila.”:                                                                                                      
“Dia gila kerana taksub akan suruhan Tuhannya. Atas suruhan itu dia sanggup berbuat gila melakukan segalanya termasuk membunuh engkau.”:                                                                                                    
“jikalau itulah sebabnya, aku rela menyrahkan diri. Menyerah diri kepada bapaku bererti aku menyerah diri pada Tuhanku juga. Tidak usahlah kau memperdayakan aku lagi. Sesungguhnya, kau tidak akan menang ke atas diriku.”:                                                                

Kegagalan iblis menghasut Nabi Ismail AS menyebabkan dia seakan gagal dalam usahanya. Apatah lagi, Siti Hajar dan Nabi Ibrahim AS yang digoda sebelumnya supaya tidak melakukan suruhan Allah itu juga gagal. Tiga beranak ini sungguh taat kepada Allah. Apa sahaja suruhan Allah, mereka sanggup mentaatinya. Lebih memalangkan lagi, iblis durjana yang cuba menghasut mereka itu telah direjam oleh Nabi Ibrahim As dengan sebiji batu. Iblis itu rebah ke bumi. Ata peristiwa itulah, maka diadakan ibadah melontar yang menjadi salah satu rukun Haji dan Umrah kepada Umat Islam:                                                                                                                                                        .


(Assalamualaikum dan salam  sejahtera. Bertemu semula dalam Halaman Santun-Santai. Watak sebenar ingin memohon maaf atas kelewatan terbitan yang dijanjikan ini. Semua atas perkara yang tidak dapat dielakkan. Watak sebenar terlalu sibuk dengan urusan dunia reality sehinggakan tiada berpeluang mengenguk dunia maya ini. Alhamdulillah, peperiksaan penggal watak sebenar baru sahaja berakhir. Segalanya dapat dilakukan dengan baik. Insyaallah.


Seperti yang dijanjikan dan berdasarkan gambaran dialog di atas, watak sebenar akan mengolah kembali peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Walau pun, Takwim Islam sekarang ini hamper memasuki tahun baru, namun tiada masalah rasanya sekiranya kita berbicara mengenai kisah pengorbanan ini yang sepatutnya dibicarakan semasa Aidiladha tempoh hari.):                                                                              

                Setelah iblis menggoda Siti Hajar dan Nabi Ibrahim As, namun berakhir dengan kegagalan. Iblis durjana pergi menemui Nabi Ismail yang ketika itu berumur sekitar 8 hingga 12 tahun. Namun, sekali lagi usaha iblis itu gagal seperti yang digambarkan dalam dialog di atas. Ternyata, mereka anak-beranak lebih mentaati Allah daripada perasaan kasih-sayang antara keluarga yang mendalam. Suruhan Allah yang meminta Nabi Ibrahim menyembelih puteranya, Nabi Ismail As yang digambarkan dalam mimpi Nabi Ibrahim benar-benar diterjemahkan sebagai suatu perbuatan yang pasti.


Nabi Ibrahim mengerjemahkan tuntutan Allah melalui mimpi itu di sebuah tempat berhampiran Mina. Dan ketika itu, Nabi Ismail mengenakan syarat kepada bapanya sebelum melakukan suruhan Allah itu. Dan, di antara syarat-syaratnya ialah:::                                                                  

Sebagai syaratnya:

“-hendaklah ayahanda merebahkan wajahku ke tanah dan ayahanda pula mendongak ke langit supaya tiada dapat ayahanda menatap wajah ini. Kerana disangka itu berlaku, maka terbitlah rasa kasihan ayahanda terhadap diriku. Maka, tiadalah sempurna  ibadah ini kerana masih ada kasih-sayang di antara kita yang boleh menggugat kesempurnaan suruhan ini.”                                                                   

Seterusnya:
“-Hendaklah ayahanda  mengikat tubuh ini dengan kuat lagi kukuh. Kerana dikhuatiri anakanda ini akan meronta-ronta kesakitan. Lalu, ayahanda melepaskan ikatan kerana terlalu masygul melihat anakanda sendiri terseksa. Maka, tiadalah anakanda rasakan baik ibadah ini ke atas Allah SWT.”                                       

Selanjutnya:
“-hendaklah ayahanda menajamkan pisau yang melalui leher ini. Hal demikian, anakanda tidak sanggup menahan kesakitan yang panjang. Apatah lagi pengorbanan ini amat-amat memedihkan dan perlu dilakukan dengan sempurna.”                                                                                      

Berikutnya:
“-Hendaklah ayahanda meninggikan tubuh tatkala melalukan pisau itu ke leher anakanda. Demikianlah kerana darah-darah yang memancut keluar itu akan menompok di pakaian ayahanda. Maka, apabila ayahanda pulang ke rumah, bonda akan menangis kerana ternampak akan darah itu. Lalu, terbantutlah akan ibadah ini kerana terbit perasaan kasih-sayang antara kita. Sedang ibadah ini perlu dilakukan dengan seikhlas hati.”                                                                                                                

Akhirnya:
“-Hendaklah ayahanda membawa pulang baju ini selepas ayahanda melakukan suruhan Allah ini. Anakanda ini terlalu saying lagi mengasihi bonda. Ambillah baju ini tanda kasih-sayang anakanda terhadap bonda yang telah memelihara sejak kecil. Semoga bonda dirahmati Allah.”


“”“maksudnya adalah tepat dan benar, hanya olahan ayatnya sahaja yang tidak mengikut apa yang terkandung dalam kitab sebenar…”””

                                                                                                                                                                                                              
Namun, apabila Nabi Ibrahim  AS  mengenakan syarat yang dipinta oleh Anakandanya supaya melalui leher dengan pisau yang tajam, tetapi pisau itu tidak terpotong daging pada leher Nabi Ismail. Dicuba Nabi Ibrahim AS sekali lagi. Namun tetap gagal. Ditukarnya pula posisi supaya Nabi Ismail mendongak ke langit dan Nabi Ibrahim menundukkan wajah ke bumi agar tidak bertentang mata. Namun, penghujungnya tetap sama. Dicubanya pula menyembelih anaknya tanpa berikat sepasang tali pun, namun usaha itu tetap gagal.
Nabi Ibrahim mengambil sebiji batu lalu dilalukan pada pisau  yang digunakan. Ternyata, batu yang keras itu terbelah dua. Nabi Ibrahim bersuara:
“pisau, mengapalah batu yang keras itu mampu kau belahnya? Dan mengapa pula leher anakandaku yang lembut ini gagal kau belahnya? Sedang ini adalah suruhan Allah Taala.”
Ditakdirkan bahawa batu itu boleh berkata-kata:
“wahai Nabi Allah! Allah SWT melarang aku daripada mencederakan leher Nabi Ismail, Apatah lagi ingin menyembelih anakanda kau itu.”

                                                                                           
Selang beberapa ketika, muncul Jibril membawa khimar dari syurga. Binatang itulah yang menggantikan diri Nabi Ismail AS untuk disembelih. Sesungguhnya, Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui. Ternyata ujian Allah melalui mimpi Nabi Ibrahim benar-benar dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Dan, lebih bermakna adalah pengorbanan antara tiga-beranak iaitu Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail dalam menunaikan suruhan Allah Taala itu.


Lalu Malaikat Jibril memuji Allah:
“Allah Hu akbar Allah  Hu  akbar Allah hu akbar.”
Dan disambung oleh Nabi Ibrahim:
“La ila ha illa allah hu  wallah hu akbar.”
 Nabi Ismail menghabiskannya:
“Allah hu akbar walillah ilham.”