Hai semua yang membaca, segmen renungan kali ini membawakan kisah hidup seseorang. Mat Santun ingin bawakan sebuah cerita daripada seorang rakan Mat Santun. Dikhaberkannya, ibunya seorang yang gemar menipu. Emm, memang sukar dipercayai. Kalau hendak tahu, sama-samalah baca kisahnya.
Apa khabar, aku Farid Imran bin Razali. Umurku entah siapa yang tahu. Aku bekerja sebagai pegawai bank di Singapura. Untuk pengetahuan anda, ibuku seorang penipu. Sepanjang hidupnya, dia sering menipu aku. Bacalah cerita di bawah.
Farid Imran bin Razali, itulah namaku diberi. Aku tidak mempunyai adik-beradik. Sebab itulah sepanjang zaman kanak-kanakku hanyalah bermanja dengan ibu dan bapaku. Tetapi malangnya, bapaku telah meninggal dunia seawall umurku 2 tahun. Selepas itu, ibuku membawaku berpindah ke Perak, tanah tumpahnya ibuku dulu. Namun di situ, saudara-mara ibuku sudah tiada lagi. Di Perak inilah aku memulakan hidup baru.
Pada suatu hari, ketika aku berumurr 7 tahun. Di tengah malam yang sunyi yang dihiasi dengan bunyi cengkerik kampong, aku telah bangun dari tidur untuk ke tandas. Aku ternampak ibuku tersengguk-sengguk sambil menanak nasi untuk dibuat nasi lemak bagi dijual esok harinya. Lalu aku bertanya, kenapa ibu tak tidur lagi? Tak mengantuk lagikah? Ibuku menjawab, Belum lagi nak. Imran perfgilah tidur, esok nak bangun awal pergi sekolah. (Penipuan ibuku yang pertama.)
Di sekolah, aku belajar bersungguh-sungguh. Aku ingat pesanan arwah bapaku agar rajin berusaha sehingga Berjaya pada masa depan. Segala-galanya terbukti apabila aku tidak pernah mendapat nombor lain selain nombor 1 dalam kelas. Pencapaian itu Berjaya aku kekalkan sehingga darjah 5. Namun, ibuku sekali lagi menipu. Ketika aku telah membesar, sudah berumur 11 tahun. Aku terlalu lapar selepas pulang dari sekolah itu. Ibuku memberi makan dengan sebelah daripada seekor ikan haruan. Aku tahu, sudah beberapa hari hujan turun sehinggakan ibu tidak ke sungai mencari ikan baru. Aku berasa hairann melihat raut wajah ibuku. Lalu aku bertanya, kenapa ibu tak makan? Tak lapar lagikah? Makanlah Imran. Ibu dah makan di sawah tadi. Jawab ibuku ringkas. (penipuan ibuku yang kedua.)
Kini aku sudah remaja. Sudah berusia 16 tahun dan belajar di tingkatan 4. Keputusan SRP aku sangat bagus dan boleh dibanggakan ibuku. Namun masalah baru terjadi apabila sudah berada di hujung tahun. Aku memerlukan wang yang banyak untuk membayar yuran sekolah serta yuran peperiksaan SPM. Ibuku mengambil keputusan untuk menjual nasi lemak di waktu pagi dan menjaja kuih di sebelah petangnya. Petang hari itu, cuaca sungguh terik. Aku berasa lesu untuk mengulang kaji pelajaran. Aku ke dapur untuk meneguk sedikit minuman. Kelihatan di situ ibuku tercungap-cungap meletakkan jualannya ke sebuah raga besar untuk dijaja pada hari itu. Lalu aku bertanya, Ibu penatkah? Kalau gitu, biar Imran yang jaja kuih ini. Ibu menjawab, tak usahlah Imran. Pergilah sambung belajar. Ibu masih kuat lagi. (penipuan ibuku yang ketiga.)
Hari demi hari, tibalah SPM yang aku nanti selama ini. Bagi aku, hanyalah 2 formula yang boleh aku gunakann untuk persedian itu. Dengan gabungan antara usaha dan doa kepada ilahi, moga-moga cemerlang seperti apa yang ibuku harapkan. Ibuku sentiasa menunggu di luar dewan peperiksaan menemani semangatku. Tibalah waktu rehat, semua pelajar keluar dewan. Bagi rakan-rakan yang lain, waktu keluar dewan ialah waktu mencari makan. Namun bagi aku, belum tentu lagi. Tetapi aku bernasib baik kerana ibuku membawakan makanan. Aku makan dengan lahap. Beberapa ketika aku berhenti, aku bertanya kepada ibu, ibu tak laparkah? Ibu tak makan sekali? Ibuku tersenyum lalu menjawab, tak apalah, Imran. Ibu dah makan di rumah. (penipuan ibuku yang keempat.)
Alhamdulillah, semua seperti yang aku, ibuku dan arwah bapa mahukan apabila keputusan SPM aku menterjemahkan apa yang diharapkan. Kecermelangan itu telah menjadikan aku layak ke universiti. Di sana, aku mengambil bidang perakaunan kerana impianku ingin menjadi seorang pegawai bank. 3 tahun setengah aku berada di sana. Aku jarang-jarang pulang ke rumah kerana kos perjalanan menelan belanja yang mahal. Pernah jugaa aku pulang untuk menziarah ibu. Itu pun apabila raya menjelma. Namun aku bersyukur, ibuku masih sihat seperti biasa. Tetapi timbul pula masalah lain. Ibuku semakin tua, dia tidak mampu untuk menjual nasi lemak dan kuih lagi. Aku menjadi risau, bagai mana ingin menyara hidup ibu dan aku kerana dia dirasakan tidak mampu lagi untuk bekerja. Lalu aku mencadangkan sesuatu kepada ibu. Di suatu petang, aku memulakan pertanyaan. Ibu, bolehkah Imran bekerja di Johor sana? Bekerja separuh masa sambil belajar di university itu. Ibuku serta-merta menolak hajat murniku itu. Katanya, Imran belajarlah bersungguhh-sungguh selepas itu barulah bekerja. Ibu di sini masih kuat untuk menjual kuih. (penipuan ibuku yang kelima.)
Akhirnya, aku Berjaya menamatkan pengajian di university Johor itu. Aku terus ditawarkan bekerja di sebuah bank yang terletak di Singapura. Memang itu yang harapkan kerana cita-cita ingin begitu. Gajinya memang lumayan, memang cukup untuk menampung kos hidup diriku dan ibuku di kampong. Disebabkan kampungku terlalu jauh dengan tempat bekerja, aku mengambil keputusan untuk berpindah ke Singapura itu. Tidak ada penderitaan hidup yang aku rasakan sekarang ini, ibuku juga sudah senang dan mula duduk di rumah berehat sambil memperbanyakkan ibadahnya. Namun hari demi hari, ibuku menjadi lanjut usia dan mula menghidap penyakit batuk yang berpanjangan. Doktor mengatakan ibuku begitu adalah disebabkan terlalu kuat bekerja mengerah tenaga. Yang itu aku akui, ibuku memang membanting tulang untuk membesarkan aku ketika dulu. Aku terpaksa meninggalkan ibu lebih awal kerana ingin pulang ke Singapura. Selepas bersalam dengan ibu, aku berjalan menuju perhentian bas. Ketika di rumah, aku sempat bertanya kepada ibu. Ibu, Imran cadang nak bekerja di sekitar Perak ini. Senang nak jaga ibu. Ibuku menolak hasratku. Dia berkata, biarlah Imran kerja di sana. Lagi pun gajinya lumayan dan sudah tetap. Ibu di sini masih boleh uruskan diri. (Penipuan ibuku yang keenam.) Selepas beberapa hari aku di Singapura, aku mendapat panggilan bahawa ibuku berada di hospital. Aku menjadi serba-salah. Kerjaku di sini terlalu banyak, namun aku ingin melawat ibuku. Aku mengambil keputusan untuk menelefon ibuku bertanya khabar. Ibu, ini Imran. Ibu makanlah ubat betul-betul. Minggu depan Imran pulang. Minggu ini, Imran banyak kerja yang ingin dibuat. Ibuku menjawab, Selesaikanlah tugas Imran itu dahulu. Ibu di sini sihat-sihat saja. (penipuan ibuku yang ketujuh.)
Aku tidak menyangka. Belum lagi tiba minggu depan, aku terpaksa pulang pada hujung minggu itu juga. Ibuku sudah meninggal dunia akibat penyakit yang dihidapinya. Entah apa yang aku ingin katakan. Hanyalah berdoa kepada Allah agar roh ibuku dicucuri rahmat. Aku bersabar menerima ujian ini. Bagi aku, ibuku merupakan seorang yang gemar menipu. Tetapi bukan untuk keburukan hanyalah untuk kebaikan aku. Kepada anda, adakah anda mempunyai ibu yang bersikap seperti di atas? Renungkanlah.
Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan