Apa khabar, kali ini Mat Santtai akan membawakan segmen renungan. Untuk permulaan ini, tajuknya ialah Dunia Perfileman. Ini ialah pendapat Mat Santai seemata-mata, tidak bermaksud untuk menjatuhkan imej mana-mana pihak. Bacalah, kita renungankan bersama.
Hai industry perfileman Malaysia, sejak akhir-akhir ini kelihatan banyak menghasilkan karya-karya yang berunsurkan seram dan tahyol. Dengar cerita setakat pertengahan Desember ini, sebanyak 18 buah filem berkaitan itu telah ditayangkan di pawagam daripada keseluruhannya berjumlah 42 filem. Apakah ini ialah fenomena yang memang dirancang, bibuat-buat atau keuntungan dapat dikaut daripada filem jenis ini? Tidak boleh dinafikan bahawa karya jenis ini memang mendapat pasaran yang baik. Tetaapi, kebelakangan ini kelihatan lebih cenderung untuk menghasilkan produk tersebut. Bagi pendapat Mat Santai, penghasilan filem tahyol yang terlalu banyak dalam suatu masa tertentu akan memberi impak buruk kepada sebilangan rakyat Malaysia khususnya.
Walau apa-apa pun, scenario yang berkaitan ini benar-benar memberi kesan negatif kepada mereka yang diancam ketakutan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang pulang ke rumah dari tamat kelas tambahan, kelas mengaji atau yang lain, akan berasa takut sepanjang perjalanan pulang pada waktu malam. Dalam kotak fikirannya, muncul berekor-ekor hantu seperti toyol, Pontianak, Orang minyak atau Kak Limah yang tampak seperti hantu, walhal orang kurang siuman. Hal ini seterusnya mengundang kesempitan dalam minda mereka. Mereka berpendapat, hantu muncul di mana-mana untuk mengganggu mereka. Dengan gambaran wajah makhluk-makhluk tersebut yang menyeramkan lagi memeranjatkan dibuat oleh filem seram, kanak-kanak tersebut akan membayangkan perkara sedemikian lalu perjalanan pulang ke rumah mereka tidak tentu arah. Mungkin kerana terlalu takut sehinggakan terlajak dari rumahnya ekoran lariannya yang laju seolah-olah memasuki perlumbaan Olimpik. Itu Mat Santai kira yang berada di Bandar, bagai mana pula yang tinggal di pinggir bandaar, perkampungan atau kawasan pedalaman. Sama-sama kita fikirkan ketakutannya. Sebaliknya, mereka perlu bertenang dan memberanikan diri. Kadang-kadang, semuanya ialah perasaan kita saja yang dilakonkan oleh watak syaitan yang ada di mana-mana. Bagi orang Islam, kita perlu menentang watak antagonis itu dengan membaca ayat-ayat Al-Quran. Kesimpulannya, filem-filem tahyol ini memberi ketakutan kepada kanak-kanak, sedangkan hantu itu ialah syaitan yang perlu kita tentang bagi umat Islam.
Tidak terkecuali juga mangsanya yang berada di asrama sekolah. Dengan gabungan formasi tentang sejarah sekolah mereka yang dikatakan wujud unsur penghantuan ditambah pula pengaruh filem seram, pelajar-pelajar terbabit akan dilanda ketakutan untuk menjalani kehidupan di asrama. Sebagai contoh, ada pelajar yang gemar belajar bersendirian di waktu malam akan gagal berbuat demikian kerana ketakutannya membayangkan pelbagai jenis hantu yang dibangkitkan semula ceritanya oleh dunia perfileman. Walhal, ada sesetengah hantu itu sudah lama terkubur dan tidak lekat dalam ingatan orang lagi. Tidak cukup dengan itu, pelajar yang ingin ke tandas pada tengah malam juga akan ketakutan berbuat demikian. Mereka akan mengajak rakannya yang lain sedangkan tandas mereka terletak di dalam bangunan sekolahh serba moden.
Paling menakutkan dan tidak diharap berlaku, gejala khurafat berleluasa. Mana tidaknya, filem sedemikian sering menunjukkan cara-cara khurafat dilakukan. Entahlah kaedah yang dibuat itu ialah asli atau direka-reka. Selama Mat Santai hidup, perkara-perkara seperti minyak dagu, penanggal, hantu dalam botol atau lain-lain khurafat muncul sebagai perkara baru yang menakutkan, sedangkan perkara itu sudah lama terkubur. Jika ada pun perbuatan khurafat itu, sisa-sisanya sahaja. Jadi, buat apa dibangkitkan lagi perkara-perkara sedemikian. Bukankah perbuatan tersebut tidak baik diamalkan. Sebaiknya, kita perlu membiarkan perkara tersebut berkubur ditelan zaman moden. Bagi pendapat lagi, filem seperti ini mewujudkan khurafat secara berterusan di Malaysia ini.
Namun, dunia perfileman ini banyak memberikan kebaikan kepada Negara. Bukan sahaja dapat menaikkan nama Malaysia untuk berdiri setanding dengan filem antarabangsa, malah menjana pendapatan yang lumayan kepada syarikat seterusnya negara. Tahun ini sahaja, tidak silap Mat Santai terdapat 10 buah filem yang Berjaya menembusi Box Office di mana 6 buah filem telah mendapat anugerah. Antaranya, Merumahawangsa, Ombak Rindu, KL Gangster, Hantu Bonceng dan lain-lain. Dalam anugerah itu, 2 buah filem berunsur tahyol telah Berjaya mendapat bnama iaitu Hantu Bonceng dan Khurafat. Memang tidak dinafikan, filem berunsur tahyol ini senang mendapat pasaran, tetapi kalau boleh penghasilan tidaklah dalam kuantiti yang banyak dalam suatu masa. Hal ini akan mengundang masalah kepada sebilangan rakyat Malaysia.
Terima kasih kepada sesiapa yang membaca. Diharap, maklumat ini boleh dijadikan renungan bersama dan Berjaya membina sesuatu yang baru yang boleh meningkatkan kebaikan bersama. Buat industry perfileman, pendapat ini bertujuan untuk memberi renungan sejenak, bukannya ingin menjatuhkan nama mana-mana pihak. Mat Santai memohon maaf kepada semua pihak yang membaca renungan ini jika didapati terkasar bahasa. Akhir sekali, terima kasih. Bye…
Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan