WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Ahad, 27 Mei 2012

Kebaikan Adam Bahagian 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Buat peminat kisah (kebaikan Adam,) pastinya paparan keempat bagi kisah ini menjadi penantian anda. Ok la, kita layan terus.

                Aktiviti-aktiviti petang tadi sungguh menguji ketahanan badanku. Baru hari kedua kem berlangsung, kami peserta kem sudah dipaksa mengerah keringat. Namun, semuaanya menyeronokkan serta mencabar. Antara yang menarik perhatianku ialah berjalan di atas tali dengan ketinggian 60 kaki dari bawah. Jam di tanganku sudah berubah ke 1 pagi. Aku gagal melelapkan mata. Mungkin kepenatan aku yang terlalu amat. Badrul dan Naim sudah diulik mimpi. Mataku masih liar memerhatikan sekeliling ruang kehmah.
                Sedang aku hampir terlena, muncul satu suara memecah kesepian kawasan khemahku. Aku cuba mendengarinya. Rupa-rupanya suara Naim. Naim yang meminta Badrul untuk menemaninya ke tandas. Tetapi, gagal kerana Badrul kusyuk dengan tidurnya. Aku menjadi simpati kepada rakanku itu. Hasratku untuk tidur tadi serta-merta diketepikan.
(naim, aku boleh ikut kau ke toilet. Lagi pun aku pun nak buang air jugak.)
Aku berpura-pura mencipta hajat diri. Bagi aku, apa salahnya member bantuan. Jika tidak, mungkin khemah itu menjadi nahas Naim.
(Oh, kau tak tidur lagi.)
Naim menyambung perbualan sambil tubuhnya dihala ke pintu khemah.

                Pagi di tapak perkhemahan itu sungguh indah. Kedengaran nyanyian beburung serta tarian dedaun yang lemah-gemalai melambai-lambai. Angin pula bertungkus-lumus membawa kesegaran. Cukup mempersonakan alam ciptaan Tuhan. Aku masih duduk di ruang utama tapak perkhemahan. Haanya memerhatikan sahaja persekitaran. Malah, turut tidak menyertai rakan-rakanku yang lain. Mungkin ketika ini mereka sudah jauh ke tengah hutan. Gembira menghiasi penglihatan dengan panorama alam. Ini semua berpunca daripada semalam. Kalau aku tidak menemani Naim semalam, nescaya kembara hutan dapat aku sertai.
Mungkin salah aku juga semalam. Terlalu terburu-buru berlari ke khemah dek ketakutan sehinggakan tersandung akar banir. Akibatnya, kakiku ditimpa kecederaan.
(apa la Naim tu. Pergi sama-sama. Bila nak balik, dia dulu yang hilang.)
Aku merungut sambil mengenangkan kejadian semalam. Ketika itu, aku keseorangan di tandas. Naim terlebih dahulu meningalkan aku. Ketakutan aku sewaktu itu benar-benar telah mengundang padah. Entah bila luka di kakiku ini akan sembuh.

                Kedengaran riuh-rendah suara-suara berbual. Hampir di setiap ruang makan itu ada sahaja perbualan. Lain pula bagi aku yang banyak berdiam dan bersahaja menjamah makanan tengah hari. Mungkin perbualan mereka banyak berkisar tentang aktiviti tadi. Apa gunanya aku menyampuk kerana aku langsung tidak mengetahui pengalaman kembara hutan yang mereka sertai tadi. Mujurlah Badrul dan  Naim juga berdiam diri. Tidaklah aku dirasakan seperti terpinggir daripada mereka.
(Sorry dam, aku tak tunggu kau semalam. Sebab tu juga la kau tak dapat sertai kembara hutan. Sepatutnya aku berterima kasih kat kau sebab sanggup teman aku.)
Dalam kebisingan itu, terlolong nada serba-salah menerpa gegendang telingaku. Aku tahu, lolongan nada itu dari Naim.
Serta-merta aku dipanah serba-salah. Pada fikiranku, jika semalam aku tidak membabi buta, tentu perasaan Naim tidak begitu.
(Sudah la Naim. Lupakan je fasal malam tadi. Bukan salah kau, kakiku cedera sebab salah aku juga.)
Jelas aku. Mataku tepat memandang anak mata Naim. Seketika, menyambung suapan nasi yang masih berbaki di pinggan.
Tiba-tiba muncul suara dari belakangku memanggil aku.
(Adam, petang ni kau rehat lagi kan?)
Suara Amar yang menghampiriku bertanyakan sesuatu.
(Rasenya macam tu lah. Kaki aku belum ok lagi. Kenapa Amar?)
Aku membalas dengan bersahaja.
(Kalau gitu. kasi aku pinjam kasut kau, Boleh?)
Amar membongkarkan hajatnya yang sebenar. Seketika, rakanku itu melemparkan senyuman.
(Kau tak bawa kasut lebih ke?)
Aku tidak menjawab sebaliknya terus menyoal.
(ada… Tapi, yang tu kasut putih. Susah nak basuh kalau kotor. Lagi pun petang ni kena mandi lumpur.)
Jawab Amar ringkas. Dari raut wajahnya, jelas tergambar harapan menggunung untuk mengotakan permintaannya itu.
(Boleh la Dam. Kau kan pakai kasut hitam. Takde la kotor sangat nanti. Aku janji akan pulangkan sebelumhari sekolah.)
Kata-kata Amar itu seakan menggamit simpati aku. Namun, aku seakan fobia untuk berbuat kebaikan. Apatah lagi sudah banyak malang menimpa.
Tanpa bersoal lagi,  aku mengangguk tanda setuju. Amar menghadiahkan senyuman kemudian berlalu.

                Tepat 7.00 pagi. Matahari masih belum melaporkan dirinya. Aku sudah bersiap-siap untuk ke sekolah. Hari ini aku tidak bertugas untuk mengawal pagar sekolah. Dapatlah aku bersahaja mengayuh basikal. Semangatku hari ini untuk belajar semacam hilang. Mungkin kerana keseronokan kem perkhemahan minggu lepas masih segar di fikiranku. Sesampainya di sekolah, Badrul sudah menanti kehadiranku.
(Adam, kau bawa netbook kan? Kasi aku pinjam lepas sekolah, nak copy gambar kem kita.)
Badrul memulakan percakapan.
Aku tidak membalas. Hanya mengangguk. Kemudian meletakkan beg di dalam kelas lalu aku melangkahkan kaki untuk menghadiri perhimpunan pagi.
amat persekolahan, aku menuju ke koperasi. Hari ini aku perlu mengemas stok di dalamnya. Tambahan pula ada stok yang baru dihantar sebentar tadi. Sedang aku sibuk berkemas-kemas, muncul kelibat Badrul menghampiri pintu koperasi itu.
(Kat sini rupanya kau. Puas aku cari. Mujur Haziq yang beritahu aku.)
Aku menyambut kedatangan rakanku itu dengan ketawa kecil.
(Netbook aku kat atas meja tu. Guna lah, aku ada banyak kerja. Jangan kasi rosak sudah.)
Jelas aku kepada Badrul yang sememangnya sudah aku ketahui akan kedatangannya itu. Kepanasan ruang bilik itu memaksa aku menanggalkan tali leherku. Lengan bajuku juga telah kulipat sehingga ke siku. Kemudian, aku berlari mendapatkan pelanggan di kaunter.
(Adam, siapa yang benarkan kamu bawa pelajar lain masuk? Lepas tu main netbook pulak tu.)
Tersentak kedua-duanya, Adam dan Badrul mendengar suara Cikgu Khairul. Seketika, cikgu koperasi itu memandang wajah Badrul.
(Kamu Badrul kan. Kenapa belum pulang lagi. Seperkara lagi, koperasi ni tak boleh masuk sesuka hati.)
Tegur Cikgu Khairul. Kali ini wajah aku pula yang direnung. Mungkin aku terpaksa menerima lava gunung berapi ini. Lebih malang lagi, mungkin aku bakal dilucutkan jawatan sebagai ALk koperasi.

                Aku tidak terus pulang sebaliknya ke rumah Amar. Amar seolah-olah memungkiri janjinya untuk memulangkan semula kasutku. Esok, aku perlu memakainya pada waktu PJK. Hendak atau tidak, aku perlu mendapatkannya. Ibu juga tiada di rumah. Katanya ke klinik untuk memeriksa bakal cahaya matanya yang juga bakal menjadi adik aku. Namun, segalanya hampa apabila tiba di hadapan rumah Amar. Kem mana agaknya rakanku itu menghilang. Di sekolah tadi pun tidak kelihatan. Malah, ibu dan bapanya juga tiada di situ.
Sekembalinya di rumah, aku terus menjamah makanan yang ditinggalkan ibu. Kemudian, menuju ke bilik menggantungkan baju sekolah dan bersiap sedia untuk bersolat Zohor. Beberapa minit kemudian, muncul kereta ayah membawa ibu pulang. Aku berasa gembira mendengar penjelasan ibu mengenai bakal adiknya itu. Kata ibu, adiknya mungkin sekali ialah seorang perempuan. Aku juga gembira melihat ibu masih sihat dan bertenaga.

                Hari ini sudah aku jangkakan sesuatu yang malang bakal menimpa aku. Ternyata Amar tidak muncul-muncul walau pun sudah dijejaki. Akibatnya, terpaksalah aku memakai kasut hitam jenis kulit yang kupakai semalam untuk waktu PJK. Jika semalam, tidak mengapa kerana aku mamakai uniform sekolah. Jika hari ini agak menjanggalkan kerana aku berpakaian sukan. Sementara di padang telah mulai diisi dengan pelajar-pelajar tahun 4 A dan B. Sejak dari tadi, ternyata segala tingkahku serba tidak kena. Salah aku juga kerana terlalu baik dengan setiap orang. Kalau aku enggan meminjamkan kasut itu tempoh hari, pasti aku tidak begini hari ini. Mataku direnung kepada rakan-rakan pengawasku. Semuanya mengenakan kasut kanvas.
(Adam, kamu ok?)
Tiba-tiba suara Cikgu Halim memintas lamunanku. Cikgu itu berhenti seketika. Matanya tepat memandang kea rah kakiku.
Aku berasa resah dengan pandangan itu. Mungkin Cikgu Halim sedar akan kasutku itu. Aku terpaksa menghadapi situasi ini. Walau pun agak remeh, tetapi cukup untuk memadamkan muka aku.
(Kaki kamu Ok?)
Soal Cikgu Halim ringkas.
Lega hatiku apabila mendengar pertanyaan tadi. Sangkaanku benar-benar tersasar. Namun kini, hamper semua di situ mulai memerhatikan aku.
(Ok cikgu. Lukanya pun dah kering sepenuhnya.)
Jawab aku dengan suara yang bergetar. Degupan jantungku mualai laju setelah menyedari banyak pandangan tertumpu pada aku. Mujurlah tiada siapa yang bertanyakan mengenai kasutku itu.
(Syukur lah kamu pulang dengan selamat. Kecederaan ringan tu biasalah jika berada di hutan. Cuma rakan kamu, Amar sahaja yang demam lepas kem itu.)
Cikgu Halim bersuara lagi. Kali ini percakapannya dilontarkan kepada semua yang berada di situ. Mendengar penjelasan itu, barulah aku tahu mengapa Amar tidak muncul-muncul untuk menemuiku.
Seperti yang dijanjikan, aku diminta menghantar buku-buku latihan di atas meja Cikgu Ramli. Sebaik sahaja loceng rehat berbunyi, aku sudah keluar dari kelas. Bukan hasratku untuk membantu ketua darjah, tetapi ketua darjah itu terlalu sibuk. Tambahan lagi tiada siapa yang mempedulikan permintaannya. Terpaksalah aku yang mendengarinya menyambut permintaannya itu.
(Adam, best tak perkhemahan minggu lepas?)
Kedengaran suara salah seorang cikgu yang berada di situ.
(best! Tapi tak puas la.)
Aku menjawab selambe sambil menanggalkan kasut untuk memasuki bilik guru itu.
(Kamu  hantar buku-buku ni kat siapa?)
Tanya cikgu tadi hairan.
(Cikgu Ramli.)
Aku membalas sambil berlalu mendapatkan muka pintu.
(Cikgu Ramli sudah berpindah tempat la. Dia kan guru panitia Matematik.)
Kali ini cikgu yang duduk di sisinya pula memulakan perbualan.
Langkahku serta-merta dibatalkan. Tanpa banyak bersoal, aku kembali mendapatkan buku-buku tadi lalu menuju ke ruangan bilik-bilik panitia. Tidak semena-menanya  aku mendapat malu. Apatah lagi disaksikan oleh cikgu-cikgu lain yang turut berada di situ. Keadaan sebegini kerap kali menimpaku. Jika aku tahu tadi, tentu aku juga enggan menolong ketua darjah itu. Sudahlah membazir waktu rehatku, lepas itu malu pula menyinggah. Aku berlalu menuju kantin tanpa bersemuka dengan cikgu-cikgu tadi.
Bersambung…

Nantikan, bahagian seterusnya dalam kisah Kebaikan Adam.

Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti


Tiada ulasan:

Catat Komen