WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Sabtu, 15 September 2012

Hak dan Kebebasan Asasi

Bertemu lagi bersama-sama Mat Santun dalam Halaman Santun-Santai. Segmen Perkongsian Ilmu menemani anda lagi dengan menampilkan topik yang baru. Sebenarnya, topik yang bakal dihuraikan ini adalah merupakan sebahagian daripada hasil kajian “watak sebenar” untuk dibincangkan sebagai sebuah perbentangan secara berkumpulan di dalam kelas nanti. Tajuknya berkaitan dengan hak asasi atau kebebasan asasi di Malaysia. Terbitan ini lebih berbentuk fakta dan maklumatnya telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia. Nak tahu kebebasan yang diberikan kepada kita sebagai rakyat Malaysia? terus layan.


1.       Kebebasan asasi seseorang individu diperuntukan dalam Bahagian 2, Perlembagaan Persekutuan.
2.       Perkara-perkara berkaitan yang diperuntukan oleh Perlembagaan Persekutuan adalah seperti berikut.


Kebebasan hak asasi”perkara 5-13 Perlembagaan Persekutuan”


a.       Perkara 5: Kebebasan diri dan nyawa.
-Seseorang bebas dan tidak boleh diambil nyawanya, kecuali dituntut oleh undang-undang.
-Seseorang harus diberitahu sebab dia ditangkap.
-Seseorang boleh berunding atau dibela oleh peguamnya.
Seseorang harus dihadap di mahkamah dalam masa 24 jam selepas ditangkap.
-Hanya melalui kuasa Majistret, seseorang boleh ditahan melebihi 24 jam.


b.      Perkara 6: Kerja paksa dan pengabdian.
-Pengabdian dan kerja paksa adalah dilarang.
-Hukuman penjara tidak ditakrifkan sebagai kerja paksa.
-Demi kepentingan Negara, Parlimen boleh menuntut kerahan tenaga daripada rakyat.


c.       Perkara 7: Pelindungan daripada undang-undang jenayah yang berkuatkuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang.
-Seseorang hanya dihukum atas perbuatan yang dianggap salah di sisi undang-undang.
-Seseorang yang dibebaskan daripada sesuatu kesalahan tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama.
-Namun, mahkamah yang lebih tinggi boleh memerintahkan perbicaraan semula sekiranya terdapat bukti baharu tentang kes berkenaan.


d.      Perkara 8: Kesamarataan di sisi undang-undang.
-Semua orang berhak mendapat perlindungan yang sama dari segi undang-undang.
-Kecuali diperuntukan oleh Perlembagaan, tiada perbezaan terhadap warganegara dari segi kedudukan politik, social, pekerjaan dan taraf ekonominya.


e.      Perkara 9: Larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan.
-Setiap warganegara boleh bergerak dan bermastautin di mana-mana negeri dan Wilayah Persekutuan.
-Namun, Parlimen boleh mengenakan sekatan ini atas tujuan keselamatan, kesihatan awam dan hukuman atas pesalah.


f.        Perkara 10: Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan.
-Setiap warganegara bebas memberi pandangan dan berhimpun secara aman serta  menubuhkan persatuan.
-Namun demi keselamatan dan ketenteraman Negara, Parlimen boleh menyekat kebebasan ini.


g.       Perkara 11: Kebebasan beragama.
-Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya sendiri.
-Setiap orang tidak boleh dipaksa membayar cukai khas untuk maksud agama.
-Setiap orang boleh mengurus agama sendiri atau menubuh yayasan agama dan memegang serta mentadbir harta bagi tujuan agama.
-Namun, undang-undang negeri boleh menyekat perkembangan iktikad atau kepercayaan antara penganut Islam.


h.      Perkara 12: Hak yang sama dalam pelajaran.
-Setiap warganegara berhak mendapat pelajaran yang sama daripada pihak berkuasa awam.
-Kumpulan agama berhak untuk menubuhkan serta menyelenggarakan institusi pendidikan.


i.        Perkara 13: Seorang berhak atas hartanya.
-Semua warganegara berhak mengumpul serta mengagihkan hartanya.
-Pampasan harus diberi apabila harta seseorang perlu diambil alih melalui undang-undang.
-Namun mengikut peruntukan undang-undang, seseorang atau pesalah boleh dilucutkan hartanya.


3.       Hak dan kebebasan asasi individu ini boleh dibahagikan kepada “kebebasan mutlak” dan “kebebasan bersyarat”.
4.       Kebebasan mutlak ini merupakan kebebasan asasi yang tidak boleh disekat.
5.       Sementara kebebasan bersyarat pula merujuk kepada kebebasan yang dihadkan oleh sekatan undang-undang atau sebagaimana telah diperuntukan oleh Perlembagaan.
6.       Oleh itu kita sebagai rakyat Malaysia yang dijamin oleh Perlembagan, perlulah mengetahui hak-hak kebebasan asasi yang telah dianugerahkan kepada kita.
7.       Pengetahuan serta pendedahan mengenai kebebasan asasi ini perlu dan penting kepada kita.
8.       Hal ini kerana dapat mengelakkan diri kita dari ditindas serta dieksploitasi oleh mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab.
9.       Demikian sahaja pengisian dalam Perkogsian Ilmu yang sempat Mat Santun sampaikan.
10.   Semoga anda semua memperoleh serba-sedikit manfaat serta pengetahuan mengenai topik yang dipaparkan.


“Sebarang kesalahan fakta/maklumat, harap dimaafkan”
“masih belajar dan menjadi seorang pelajar”

Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan