WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Rabu, 19 September 2012

ilmu gadaian

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang setia bersama-sama Halaman Santun-Santai. Segmen Perkongsian Ilmu kembali lagi dengan menampilkan ilmu Islam yang berkaitan dengan muamalah. Mat Santun akan berkongsi sebuah terbitan yang memberikan maklumat serta pengetahuan mengenai gadaiankepada tetamu maya semua. Nak tahu bagai mana konsep gadaian yang sebenar menurut Islam? Nantikan…

                Pengenalan bagi konsep gadaian”al-rahnu” meliputi pengertian, dalil, hukum, rukun, syarat dan hikmahnya. Pertamanya, kita haruslah mengetahui pengertian perkataan gadaian itu sendiri. Umumnya dari segi bahasa bermaksud tahan. Menurut istilah syariat Islam pula ialah sesuatu barangan sebagai cagaran bagi sesuatu hutang dan ia akan menjadi bayaran sekiranya tidak dapat dijelaskan hutang itu nanti. Hukum menjalankan kegiatan gadaian ini ialah “harus”.


                Terdapat banyak dalil sama ada dalam Al-Quran mahu pun hadis Rasulullah yang berkaitan dengan gadaian ini. Antara yang terkenal dan boleh dijadikan sebagai bukti gadaian menurut Islam ini ialah yang terdapat pada surah albaqarah ayat 283:


“Dan jika berada dalam musafir lalu kamu berhutang atau memberi hutang yang bertempoh, sedang kamu tidak mendapati jurutulis, maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang oleh orang yang memberi hutang.”


                Konsep seterusnya ialah perlu mengetahui rukun yang terkandung dalam muamalah gadaian ini. Berikut ialah perkara-perkara rukunnya:


1.       Penggadai
2.       Pemegang gadai
3.       Barang gadaian
4.       Lafaz ijab dan qabul.


Selanjutnya, perlu mengetahui setiap syarat bagi setiap rukun itu pula. Untuk pertamanya ialah huraian mengenai syarat penggadai serta orang yang memegang gadai”pemegang gadai”:


1.       mukalah
2.       pilihan sendiri
3.       penggadai dan pemegang gadai adalah harta masing-masing dengan milik secara sah.


Manakala syarat barang yang digadai pula ialah:


1.       tidak boleh menggadai manfaatnya tetapi mestilah barangnya.
2.       barang mestilah boleh dijual.

        Hikmah-hikmahnya adalah seperti Sebagai pertolongan kepada mereka yang terdesak dan memerlukan, dapat menjamin wang yang dihutangkan kepada seseorang dan memudahkan orang yang memerlukan hutang mendapatkan wang apabila terdesak.


                Antara sebab yang membolehkan pembatalan gadaian pula adalah seperti berikut. Pertama, pemegang gadai mengembalikan semula barangan gadaian kepada penggadai. Kesannya, perkhidmatan gadaian itu akan terbatal dengan sendirinya.

Kedua, penggadai telah menjelaskan semua hutangnya kepada pemegang gadai. Apabila langsai hutang penggadai itu terhadap pemegang gadai, maka gadaian akan terbatal.

Ketiga, Penggadai telah meninggal dunia. Perkara ini juga menyebabkan terbatalnya gadaian kerana tiada interaksi lagi antara kedua-dua pihak penggadai mahu pun pemegang gadai.

Keempat dan terakhir, barang gadaian terpaksa dijual atas perintah mahkamah. Impaknya, gadaian yang dibuat sebelum ini akan terbatal.


Sekian sahaja perkongsian ilmu Mat Santun pada terbitan kali ini. Di lain masa akan bertandang terbitan-terbitan yang lain pula. Diharapkan agar tetamu maya di luar sana dapat memperoleh serba sedikit ilmu yang bermanfaat daripada pembacaan dari blog ini. Sekian


Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti

Tiada ulasan:

Catat Komen