WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Ahad, 11 November 2012

sebuah pengorbanan di hujung kasih sayang

“kau tak perlu ikut ke mana bapa kau pergi. Sebab, bapa kau pergi ke suatu tempat yang jauh dari lapangan manusia. Lalu, dia akan membunuh kau. Akan membunuh kau. Seorang bapa yang sayang kepada anaknya sanggup berbuat sebegitu.”:                                                        
“tak mungkin bapaku sanggup berbuat onak pada diri puteranya yang dicintai. Tak mungkin, kerana dia itu merupakan seorang Nabi. Apakah ayahandaku sudah gila.”:                                                                                                      
“Dia gila kerana taksub akan suruhan Tuhannya. Atas suruhan itu dia sanggup berbuat gila melakukan segalanya termasuk membunuh engkau.”:                                                                                                    
“jikalau itulah sebabnya, aku rela menyrahkan diri. Menyerah diri kepada bapaku bererti aku menyerah diri pada Tuhanku juga. Tidak usahlah kau memperdayakan aku lagi. Sesungguhnya, kau tidak akan menang ke atas diriku.”:                                                                

Kegagalan iblis menghasut Nabi Ismail AS menyebabkan dia seakan gagal dalam usahanya. Apatah lagi, Siti Hajar dan Nabi Ibrahim AS yang digoda sebelumnya supaya tidak melakukan suruhan Allah itu juga gagal. Tiga beranak ini sungguh taat kepada Allah. Apa sahaja suruhan Allah, mereka sanggup mentaatinya. Lebih memalangkan lagi, iblis durjana yang cuba menghasut mereka itu telah direjam oleh Nabi Ibrahim As dengan sebiji batu. Iblis itu rebah ke bumi. Ata peristiwa itulah, maka diadakan ibadah melontar yang menjadi salah satu rukun Haji dan Umrah kepada Umat Islam:                                                                                                                                                        .


(Assalamualaikum dan salam  sejahtera. Bertemu semula dalam Halaman Santun-Santai. Watak sebenar ingin memohon maaf atas kelewatan terbitan yang dijanjikan ini. Semua atas perkara yang tidak dapat dielakkan. Watak sebenar terlalu sibuk dengan urusan dunia reality sehinggakan tiada berpeluang mengenguk dunia maya ini. Alhamdulillah, peperiksaan penggal watak sebenar baru sahaja berakhir. Segalanya dapat dilakukan dengan baik. Insyaallah.


Seperti yang dijanjikan dan berdasarkan gambaran dialog di atas, watak sebenar akan mengolah kembali peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Walau pun, Takwim Islam sekarang ini hamper memasuki tahun baru, namun tiada masalah rasanya sekiranya kita berbicara mengenai kisah pengorbanan ini yang sepatutnya dibicarakan semasa Aidiladha tempoh hari.):                                                                              

                Setelah iblis menggoda Siti Hajar dan Nabi Ibrahim As, namun berakhir dengan kegagalan. Iblis durjana pergi menemui Nabi Ismail yang ketika itu berumur sekitar 8 hingga 12 tahun. Namun, sekali lagi usaha iblis itu gagal seperti yang digambarkan dalam dialog di atas. Ternyata, mereka anak-beranak lebih mentaati Allah daripada perasaan kasih-sayang antara keluarga yang mendalam. Suruhan Allah yang meminta Nabi Ibrahim menyembelih puteranya, Nabi Ismail As yang digambarkan dalam mimpi Nabi Ibrahim benar-benar diterjemahkan sebagai suatu perbuatan yang pasti.


Nabi Ibrahim mengerjemahkan tuntutan Allah melalui mimpi itu di sebuah tempat berhampiran Mina. Dan ketika itu, Nabi Ismail mengenakan syarat kepada bapanya sebelum melakukan suruhan Allah itu. Dan, di antara syarat-syaratnya ialah:::                                                                  

Sebagai syaratnya:

“-hendaklah ayahanda merebahkan wajahku ke tanah dan ayahanda pula mendongak ke langit supaya tiada dapat ayahanda menatap wajah ini. Kerana disangka itu berlaku, maka terbitlah rasa kasihan ayahanda terhadap diriku. Maka, tiadalah sempurna  ibadah ini kerana masih ada kasih-sayang di antara kita yang boleh menggugat kesempurnaan suruhan ini.”                                                                   

Seterusnya:
“-Hendaklah ayahanda  mengikat tubuh ini dengan kuat lagi kukuh. Kerana dikhuatiri anakanda ini akan meronta-ronta kesakitan. Lalu, ayahanda melepaskan ikatan kerana terlalu masygul melihat anakanda sendiri terseksa. Maka, tiadalah anakanda rasakan baik ibadah ini ke atas Allah SWT.”                                       

Selanjutnya:
“-hendaklah ayahanda menajamkan pisau yang melalui leher ini. Hal demikian, anakanda tidak sanggup menahan kesakitan yang panjang. Apatah lagi pengorbanan ini amat-amat memedihkan dan perlu dilakukan dengan sempurna.”                                                                                      

Berikutnya:
“-Hendaklah ayahanda meninggikan tubuh tatkala melalukan pisau itu ke leher anakanda. Demikianlah kerana darah-darah yang memancut keluar itu akan menompok di pakaian ayahanda. Maka, apabila ayahanda pulang ke rumah, bonda akan menangis kerana ternampak akan darah itu. Lalu, terbantutlah akan ibadah ini kerana terbit perasaan kasih-sayang antara kita. Sedang ibadah ini perlu dilakukan dengan seikhlas hati.”                                                                                                                

Akhirnya:
“-Hendaklah ayahanda membawa pulang baju ini selepas ayahanda melakukan suruhan Allah ini. Anakanda ini terlalu saying lagi mengasihi bonda. Ambillah baju ini tanda kasih-sayang anakanda terhadap bonda yang telah memelihara sejak kecil. Semoga bonda dirahmati Allah.”


“”“maksudnya adalah tepat dan benar, hanya olahan ayatnya sahaja yang tidak mengikut apa yang terkandung dalam kitab sebenar…”””

                                                                                                                                                                                                              
Namun, apabila Nabi Ibrahim  AS  mengenakan syarat yang dipinta oleh Anakandanya supaya melalui leher dengan pisau yang tajam, tetapi pisau itu tidak terpotong daging pada leher Nabi Ismail. Dicuba Nabi Ibrahim AS sekali lagi. Namun tetap gagal. Ditukarnya pula posisi supaya Nabi Ismail mendongak ke langit dan Nabi Ibrahim menundukkan wajah ke bumi agar tidak bertentang mata. Namun, penghujungnya tetap sama. Dicubanya pula menyembelih anaknya tanpa berikat sepasang tali pun, namun usaha itu tetap gagal.
Nabi Ibrahim mengambil sebiji batu lalu dilalukan pada pisau  yang digunakan. Ternyata, batu yang keras itu terbelah dua. Nabi Ibrahim bersuara:
“pisau, mengapalah batu yang keras itu mampu kau belahnya? Dan mengapa pula leher anakandaku yang lembut ini gagal kau belahnya? Sedang ini adalah suruhan Allah Taala.”
Ditakdirkan bahawa batu itu boleh berkata-kata:
“wahai Nabi Allah! Allah SWT melarang aku daripada mencederakan leher Nabi Ismail, Apatah lagi ingin menyembelih anakanda kau itu.”

                                                                                           
Selang beberapa ketika, muncul Jibril membawa khimar dari syurga. Binatang itulah yang menggantikan diri Nabi Ismail AS untuk disembelih. Sesungguhnya, Allah SWT Maha Pengasih lagi Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui. Ternyata ujian Allah melalui mimpi Nabi Ibrahim benar-benar dilaksanakan oleh Nabi Ibrahim. Dan, lebih bermakna adalah pengorbanan antara tiga-beranak iaitu Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Nabi Ismail dalam menunaikan suruhan Allah Taala itu.


Lalu Malaikat Jibril memuji Allah:
“Allah Hu akbar Allah  Hu  akbar Allah hu akbar.”
Dan disambung oleh Nabi Ibrahim:
“La ila ha illa allah hu  wallah hu akbar.”
 Nabi Ismail menghabiskannya:
“Allah hu akbar walillah ilham.”

Tiada ulasan:

Catat Komen