WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Isnin, 12 November 2012

selamat diucapkan

Assalamualaikum dan salam Santun-Santai buat anda semua tetamu maya halaman ini. Diharapkan anda sentiasa bahagia dan sihat hendaknya dalam meniti hari yang penuh onak duri ini. Hanya sebagai pengetahuan umum, dalam masa yang terdekat ini Mat Santai dan Mat Santun masih belum menyiapkan apa-apa terbitan yang bersegmen lagi. Semuanya masih dalam pembikinan dan insyaallah akan menemui anda satu per satu pada penghujung November ini. Tidak kira terbitan dalam Segmen Karya Oh karya, Segmen 5 tak boleh bla, Segmen Perkongsian Ilmu, Segmen Renungan atau Segmen Sembang Santai, semuanya akan digarap dalam konteks yang terbaik khas untuk anda.


Tidak perlu nak berbicara omong kosong lagi,  Sebenarnya Mat Santai dan mat Santun berbesar hati ingin menyampaikan beberapa ucapan buat anda semua. Biasalah, dalam tempoh ini banyak perkataan “selamat” yang sering didengari di hujung-hujung telinga kita. Pertama sekali, kami mengucapkan selamat bercuti sekolah kepada pelajar-pelajar sekolah serta guru-guru yang bercuti. Kepada para pelajar, ingatlah pesanan guru kamu yang sentiasa menasihati kamu dengan perkataan yang baik-baik. Jika tidak baik, bukan guru namanya.  Lagi bagus jika kamu mengingati ayat terakhir pesanan guru kamu semasa di penghujung sesi persekolahan yang lalu. Kerana, ayat yang terakhir itulah yang biasanya benar-benar diberi penegasan kepada anda. Jangan mandi sungai jika tempat anda berlaku banjir. Kerana, buaya pun tidak sanggup mendiami sungai kerana dicemari dengan air bah. Lalu, mencari mangsanya yang bermain-main berhampiran sungai. Kepada guru semua, selamat memulihkan semula wajah anda yang berkedut akibat sering memarahi anak muridmu. Bagi guru yang menjadi pemeriksa kertas peperiksaan pula, berilah markah dengan mengikut aturan yang betul serta ditemani dengan kesabaran.


Kami juga ingin mengucapkan selamat hari deepavali kepada anda yang menganut agama Hindu khususnya dan anda yang menjadi penduduk dunia amnya. Sememangnya, Deepavali yang disambut pada hari ini mengindahkan lagi Malaysia sebagai sebuah Negara yang bermasyarakat majmuk dan memiliki variasi kebudayaan. Semasa meraikan perayaan ini, kunjungilah rumah terbuka dengan penuh kesopanan serta adab sebagai tetamu. Jangankan pula anda berbuat semacam tetamu maya sedangkan anda berada di dunia reality. Kami juga mengirimkan ucapan selamat hari Deepavali oleh watak sebenar yang ditujukan kepada rakan-rakannya yang berbangsa India.
Sememangnya, meraikan sesebuah perayaan merupakan medium untuk mewujudkan integrasi antara kaum dan ini penting jika diamalkan oleh rakyat Malaysia khususnya.


Seterusnya pula kami ingin mengucapkan selamat mengakhirkan tahun Hijrah 1433 dan selamat menyambut maal hijrah pada hari Khamis ini. Segala kesalahan lalu harap disesali dan berazam untuk beristiqamah dalam memperbaiki diri. Terima kasih kepada 1433 hijrah yang telah memberikan banyak peluang, ruang dan masa kepada kami dalam menjayakan terbitan-terbitan blog yang tidak seberapa ini. Bagi lumrah manusia, apa-apa hajat yang gagal disempurnakan pada tahun ini akan dibawa ke tahun hadapan. Namun, ada juga yang akan menambah hajat-hajat baru untuk mengalami semangat maal hijrah itu sendiri tanpa menyempurnakan hajat-hajat yang lepas. Tidak kisahlah, yang penting hubungan dengan Allah serta hubungan dengan manusia dijaga dengan sebaik-baiknya. Yang penting lagi, anda semua  juga faham erti dan penghayatan hijrah yang sebenarnya.


Yang terakhir untuk ucapan selamat ini, kami ingin mengucapkan selamat pengantin baru buat anda yang telah Berjaya mendirikan rumah tangga. Sememangnya, musim cuti persekolahan  ini banyak keluarga-keluarga yang akan mengadakan walimatul urus seperti yang diadakan di sini pada hari ini. Buat anak kepada jiran kami, selamat pengantin baru. Pastikan hidangan anda sentiasa ok dan nasinya tidak mantah serta lauk-pauknya dimasak dengan betul. Kami tidak mahu mengalami istiria lagi dek kerana sakit-perut termakan lauk kenduri yang mungkin keracunan. Biar tak canggih asalkan diredai Allah dan disukai masyarakat setempat. Sabar kepada anda yang mendirikan walimatul urus di pusat-pusat pemindahan banjir. Ujian satu kelebihan.


Buat anda semua dalam semua tadi, moga selamat  dan selamat sejahtera sekali lagi. Akhir sekali, selamat menantikan terbitan-terbitan blog Halaman Santun-Santai yang bakal selamat diterbitkan sedikit masa lagi. Selamat berbahagia, selamat sihat semuanya dan selamat berjumpa lagi. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan