WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Ahad, 26 Januari 2014

5 tak boleh bla (Barang Oh Barang)



Assalamualaikum dan salam sejahtera Mat Santai ucapkan kepada anda yang melawati halaman santun-santai ini. Kita bertemu lagi dalam Segmen 5 tak boleh bla dalam tahun 2014.


Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur penggunaan ayatnya tidak mengikut tatabahasa yang betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juga.


Seperti mana tajuk terbitan ini, maka sudah tentu paparannya akan berkisar mengenai mengapa harga barang dewasa ini naik dengan serta-merta. Mat Santai dah tanya sekumpulan isi rumah dalam perkara ini. Rata-ratanya menjawab fenomena barang naik harga ini membebankan kehidupan. Ini cukup dirasai oleh golongan berpendapatan sederhana dan golongan berpendapatan rendah. Pokoknya, mengapa harga barang naik dalam tempoh terdekat ini? Mat Santai ada jawapannya.



No 5: sebab hujan turun jadi banjir.
Semua tahu kan ada 5 negeri yang dilanda banjir desember lalu yang digambarkan begitu teruk. Habis Bandar Kuantan ditenggelami air bah. Apatah lagi kebun sayur dan ladang ternakan, lagi la macam laut. Semua makanan mentah itu habis musnah sebab hujan asyik turun je. Maka, orang pun turun padang membantu. Semua dah turun. Maka, harga barang la naik pulak. Negeri lain pulak yang kena support barang mentah itu kat mereka. Tapi, negeri lain hujan tak turun, barang naik jugak.


No. 4: Sebab mentality pengguna menurun.
Negara nak maju, rakyat pun mesti la maju. Mentality bergaya futuristic. Ada orang kata, kalau dulu ada kereta lembu, sekarang kereta BNW. Macam tu la dengan harga barang, kalau dulu rm0.50, sekarang rm5.00. Kata orang tu, sebab mentality pengguna menurun, sebab tu la jugak diorang kata harga barang dah menaik. Padahal mana ada naik, susut nilai je. Mentality pengguna masih belum terima hakikat yang zaman sudah berubah, laju meredah arus pemodenan. Bukankah ramai orang kata, (zaman dah makin mencabar?) maka, inilah dia. Sekalung penindasan.


No. 3: Sebab statistik kadar jenayah berkurangan
Yang ni mesti you all tanya, apa kaitannya? Ye la, nak cegah jenayah mesti pakai duit. Perbelanjaan keselamatan la tu. Macam-macam nak sedia. Pistol la, senapang la macam-macam. Kalau cam tu, modal kena la banyak. Harga barang pun naik la. Statistik jenayah dah turun, barang pun naik.


No. 2: Sebab pengenalan gaji minimum
Semua tahu kan, start 2014, gaji minimum dikuatkuasakan. Majikan muka sedih, tapi pekerja muka ceria. Sebab apa? Sebab duit dah banyak dalam tangan. Dulu gaji pak cik rm700 sekarang rm900. Tapi, kalau gaji dah minimum, akibatnya harga barang jadi maksimum. Melambung tinggi. Mana taknya, gaji dah naik, orang pun naik supermarket, beli macam-macam. Kalau kuasa beli pengguna meningkat. Maka, harga barang pun turut meningkat. Banyak sangat permintaan.


No. 1: Sebab ada barang turun harga
Banyak barang yang naik harga, tak kurang jugak ramai yang naik angin. Membebankan betul, kepala pun jadi biyol. Cakap la apa barang yang tak naik, makanan? Barangan kering? Petrol? Tapi pak cik, ada satu yang power, steady harganya tak naik pun. Malah turun harga lagi ada la. Itu la dia, (kangkung).
Sebab (kangkung) turun harga, barang yang lain naik la. Mana boleh semua turun, silap-silap turun takhta. Kata mak cik, adil la tu ada barang naik ada barang turun. Pak cik jawab, “kangkung je pak cik dengar yang turun, kena turun parit, dapatlah ambil sayur tu.”


Terbitan ini adalah sekadar bersantai. Tidak bermaksud apa-apa. Terima kasih



Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai

Tiada ulasan:

Catat Komen