WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Selasa, 7 Januari 2014

Sudah Separuh Perjalanan Aksi BPL



Assalamualaikum dan salam sejahtera watak sebenar ucapkan kepada anda semua. Dah hari ke 7 kita ditemukan dengan tahun baru 2014, enciksantai.blogspot baru hendak menerbitkan sesuatu. Agak lewat sebenarnya halaman santun santai ini untuk bersama-sama anda di tahun baru. Bukan kerana kurang kesempitan waktu, tetapi kerana kurang mendapat ekses kepada liputan internet.


Walau apa-apa pun, kita masih dapat meneruskan kehidupan di dunia yang sementara ini. Sedar tak sedar, sudah seminggu kita berada di tahun 2014 ini. Begitu juga dengan paparan yang watak sebenar ingin bawakan ini. Ada kaitannya dengan masa. Watak sebenar percaya, ramai di sana yang menggemari aksi liga Barclays Premier league atau singkatannya BPL. Kelab-kelab bola sepak yang beraksi di dalam Liga Barclays kini sudah pun melalui separuh daripada perjalanan mereka. Hujung minggu ini pula, mereka akan melalui permainan mingguan yang ke 21. Selepas hamper 5 bulan memulakan musim baru ini iaitu 2013-2014, Arsenal masih tidak berganjak daripada kedudukan teratas dengan 45 mata. Diikuti rapat oleh Man City dengan 44 dan Chelsea dengan 43. Sementara Liverpool yang pernah menjadi pendahulu liga pada awal musim menduduki tangga ke 4 dengan 39 mata. Apa yang mengejutkan ialah Kelab yang boleh dianggap paling diminati ramai iaitu Man United hanya sekadar menduduki tempat ke 7 dengan 34 mata selepas menamatkan 20 perlawanan. Sedangkan, kelab gergasi Inggeris itu mempunyai reputasi yang terbaik tempoh terdekat ini dengan memenangi kejuaraan Liga Barclays musim lalu. Tak kisah la apa yang nak jadi kat Manyu tu, yang penting, Liverpool sudah mahu menunjukkan kebangkitannya apabila dilihat berupaya mencabar kelab-kelab tiga kelompok teratas.


Pastinya, bulan Januari ini merupakan bulan yang paling sibuk bagi pengurus-pengurus kelab. Kerana apa? Kerana jendela perpindahan pemain telah pun bermula. Antara isu perpindahan pemain yang boleh diperkatakan ialah pemain tengah Sepanyol, Juan Mata dikatakan akan menyertai Napoli. Pada masa yang sama, ada berita yang mengatakan Penyerang Italy, Mario Balateli akan dibeli oleh Jose Mourinho untuk beraksi di Stanford bridge. Cristal Palace pula dikatakan ingin mendapatkan Demba ba secara pinjaman daripada kelab Chelsea. Sementara Liverpool pula dikatakan ingin mendapatkan khidmat pemain Belgium, Musa Dembele dari Tottenham Hotspur untuk memperkuat lagi kawalan di bahagian tengah.


Apa-apa je la, nantikan aksi-aksi menarik daripada Barclays Premier League untuk minggu ke 21 ini bermula 11 januari. Selepas itu, masih ada 17 minggu lagi bagi mereka bertarung di Liga Barclays sebelum aksi World Cup 2014 di Brazil bermula. Sama-sama kita nantikan transfers transfers yang menarik daripada kelab-kelab terlibat untuk kejuaraan musim ini. Persaingan untuk merebut gelaran juara masih terbuka untuk mana-mana kelab khususnya 5 kelompok teratas. Diharapkan Liverpool dapat menduduki kelompok 4 teratas dan layak beraksi di Liga Juara Juara Eropah kelak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan