WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Isnin, 20 Januari 2014

Sekadar Pandangan



Assalamualaikum dan selamat berjumpa lagi dalam laman blog enciksantai.blogspot. Watak sebenar harapkan anda semua berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya. Watak sebenar tidak ada apa-apa terbitan menarik pun hari ini. Yang ini adalah sekadar penulisan berbentuk pandangan.


Ekoran isu-isu semasa Negara yang pelbagai jenis tahun 2014 ini, bermacam telatah rakyat Malaysia bertindak balas terhadap fenomena  itu. Ada isu yang berkaitan ekonomi la, agama la, politik la dan banyak lagi. Ada isu yang panas dan tidak kurang jugak yang dipanas-panaskan.


Di sebalik isu-isu semasa tersebut, ada yang menyokong, menentang, dikongkong dan membangkang. Tidak kurang juga yang bersahaja. Pastinya, jikalau sesuatu pihak melakukan perkara yang boleh menyebabkan pihak yang satu lagi  kurang menggemarinya, kedua-duanya akan bersengketa dan menimbulkan konflik. Hal ini kerana apa? Kerana kedua-dua pihak saling tidak berpuas hati. Sama la seperti seorang ketua yang melakukan perkara yang kurang digemari anak buahnya, secara tak langsung anak buah itu akan meluahkan rasa ketidakpuasan hati mereka. Kesannya, macam-macam la bentuk tindak balas berunsurkan penentangan. Bagaimana pula jikalau ada dalam kalangan anak buah itu yang menyokong tindakan  si ketua? Tentunya yang dipanggil sebagai anak buah akan berpecah dua. satu yang pro ketua dan satu yang anti ketua.


Mungkin inilah yang terjadi kepada rakyat dewasa ini terhadap sesuatu perkara dan isu yang membabitkan masa depan Negara. Ya, Tak salah untuk mengkritik. Tetapi mengkritik bukan pada tuan punya badan. Sebaliknya pada sikapnya. Sikap seperti tidak adil, zalim, tamak atau sebagainya. Islam juga ada mengajar penganutnya supaya mencegah daripada kemungkaran iaitu perkara yang menyalahi syarak atau dalam ruang lingkup ini ialah penindasan. Bukankah selemah-lemah  mencegah kemungkaran itu adalah melalui hati? Dengan kata lain, membenci perbuatan pihak itu dan bukannya membenci pihak yang melakukannya.


Oleh demikian, jikalau pihak yang dibangkang itu ada melakukan perkara yang baik, apakah jawabnya masih lagi dia dikritik, ditomah, diherdik atau dimamah? Masih dikritik dek kemarahan yang lama tersimpan atas perkara yang kurang digemari dahulunya. Agama tidak mengajar membenci orang sebaliknya membenci sikapnya yang salah itu. Soal perbuatannya yang baik,  hanya Allah sahaja yang tahu niat dan ikhlasnya. Apa yang manusia perlu lakukan ialah menyokong jikalau perkara itu baik dan membangkang jikalau perkara itu salah. Bukan kerana kesalahan yang lama, yang baik turut menjadi salah.
Semoga, Negara Malaysia sentiasa diberkati Allah dan dilimpahi rahmatNya. Itu yang betul kita doakan.


(Sekadar pandangan dan pemikiran yang tidak sempurna)

Tiada ulasan:

Catat Komen