WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 31 Januari 2014

Bola Bolot



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda. Watak sebenar kembali lagi dalam membawakan terbitan yang seterusnya. Kali ini, watak sebenar nak komen sedikit la isu yang berkaitan dengan bola sepak. Bukan berkaitan penganjur perlawanan, berkaitan dengan sesuatu pasukan la. Dalam masa terdekat ini kan januari transfer window sedang rancak dilakukan oleh kelab-kelab Eropah sana. Mereka akan melakukannya sehingga hari terakhir bulan ini iaitu pada hari ini la, lebih kurang pukul 11.00 p.m.waktu Uk atau ppukul 7.00 a.m. hari Sabtu waktu Malaysia, tidak ada sebarang perpindahan pemain boleh dilakukan lagi. Dalam januari transfer ini, macam-macam la isu dan kontroversi diperkatakan.


Termasuk la yang ini, tak tahu la sejak bila trend macam ini dimulakan, dah makin banyak sesuatu pasukan bola sepak itu membeli pemain-pemain 5 star untuk dimasukkan sebagai kesebelasan utama mereka. Kadang-kadang tu, sesetengahnya menyimpan sahaja pemain 5 star mereka di bangku simpanan kerana kesebelasan utama mereka sudah lengkap sempurna dengan barisan 5 star yang lainnya. Tak kiralah liga apa pun baik Barclays Premier League ke, Liga Sepanyol ke, Liga jerman ke atau Liga M, ada sahaja pengendali pasukan yang melakukan tektikal sedemikian.


Soal wang perbelanjaan kelab watak sebenar tak nak komen. Terpulang la pada manager tu dapat untung atau rugi. Tapi fenomena ini turut memberikan impak kepada kelab-kelab yang lain yang beraksi seiring dengan mereka dalam merebut   kejuaraan liga. Pertama, kalau dah banyak khidmat pemain star di sesuatu kelab atau pasukan itu, bagaimana dengan kedudukan kelab atau pasukan yang lain? Mereka juga memerlukan pemain star sekurang-kurangnya untuk menstabilkan kekuatan kelab kelab yang bertanding antara satu sama lain. Baru la adil sekiranya kekuatan kesemua kelab atau pasukan dalam sesuatu liga diukur sama rata pada permulaannya. Saingan dan cabaran dari masa ke semasa juga akan menjadi lebih menarik. Tapi, kalau dah satu kelab atau pasukan itu membolot hamper semua pemain star dunia, apa nak jadi dengan nasib yang lain?


Kedua, tektikal membeli banyak pemain star untuk sesuatu pasukan ini boleh la dikira sebagai kelab ???. Dengan kata lain, mereka beranggapan pemain-pemain  star itu akan dapat menyaingi dengan mudah pemain-pemain lawan dari pelbagai kelab dalam sesuatu liga. Mereka tidak mahu membuang banyak masa untuk memikirkan soal kekuatan pasukan. Sebagai jalan mudahnya, tektikal itulah menjadi jawapan kepada mereka bagi memungut 3 mata penuh dalam setiap perlawanan. Sedangkan kelab-kelab lain, mereka perlu menurunkan pemain muda yang mentah selain pemain star yang masih berbaki yang belum dibolot. Agak memakan masa juga untuk melatih pemain muda untuk menjadi pelapis star.


Mungkin itu sebab yang menjadi kebiasaan, tapi ada sebab yang lebih kejam. Ketiga, dengan tektikal ini, mereka dapat menyogok pemain-pemain star dunia daripada ada di pasaran, tujuannya adalah untuk menghalang kelab atau pasukan lain membeli pemain star itu. Memang menjadi kenyataan kini terdapatnya pemain antarabangsa bagi sesuatu Negara itu diletakkan di bangku simpanan. Apa peranannya? Peranannya adalah  tidak memberikan khidmat pakar gol kepada kelab-kelab yang lain yang menjadi lawan kelabnya. Tak kan kelab lain nak beli atas belian orang lain pulak. Oleh itu, diadakanlah jual beli secara pinjaman. Namun, masih lagi tidak dinamakan persaingan sebenar.


Keempat, kesan seterusnya adalah pemain yang terlalu kerap disimpan itu tidak dapat menunjukkan prestasi sebenarnya. Walau bukan untuk kelabnya pun, tetapi penting untuk negaranya. Sedangkan yang disimpan itu adalah ayam tambatan bagi Negaranya. Nak  buat macam mana, nak diturunkan masih ada lagi yang berkualiti 5 star daripada dia. Silap percaturan, kecundang 3 mata. Mungkin itulah yang difikirkan oleh manager yang mengendali kelab sedemikian rupa. Yang menjadi mangsa, Negara pemain itu. Akibat terlalu banyak disimpan, kekreatifan beliau beraksi dengan bola juga akan tersimpan. Akhirnya, prestasi peribadi menurun.


Walau apa-apa pun, berilah yang terbaik kepada pasukan. Pada masa yang sama, cuba mencari persaingan yang sihat dan bersih. Jangan terlalu memikirkan soal perniagaan dan pelaburan besar,  ianya tidak akan menjadi sukan bola sepak terhebat sekiranya diperlaku sedemikian rupa. Watak sebenar tidaklah sepandai-pandai penganalisis bola sepak, namun sekadar memberikan pandangan. Majulah sukan  untuk dunia.


(sekadar pandangan dan pemikiran yang tidak sempurna)

Tiada ulasan:

Catat Komen