Hai, ini Mat Santai. Masih ingat tak lagi segmen 5 tak boleh bla. Kalau ingat, baguslah... Untuk kali ini, kita akan bercakap mengenai perkataan (SLOW,) iaitu perkataan yang berasal dari bahasa Inggeris yang bermaksud perlahan. Tetapi, jika diguna pakai atau dicampur rojakkan dalam bahasa Melayu, Hem. macam-macam bunyi maknanya nanti. Nak tahu? Layan aje.
Sebenarnya, dalam fikiran Mat Santai terdapat 5 jenis (slow) yang sering digunakan oleh kita dalam perbualan seharian. Mat Santai tak mahu cari banyak-banyak. Only five pun dah cukup. Kalau terlebih, bukan 5 tak boleh bblalah namanya.
Oleh sebab segmen ini ialah 5 tak boleh bla, maka struktur penggunaan ayatnya tidak mengikut tatabahasa yang betul. Dengan kata lain, ayatnya pun tak boleh bla juge.
Untuk jenis (slow) yang pertama, dialognya berbunyi begini:
Vegeta: Jangan jadi budak yang slow. 100 kali kau menyerang, Ia tak kan berkesan. Fliza yang sebenar ada di sana.
Gohan" Macam tu ke. Jadi, sia-sia saja tenagaku dibazirkan.
(slow) yang ini bermaksud lembap. Bukanlah lembap pada kelajuan, tapi lembap pada pemikiran. Dengan kata lain, Gohan dalam dialog merupakan si otak anak udang. Tak boleh kate si otak bapak udang, itu fikiran ble giler. Pendek kate, daya fikiran tidak begitu mantap.
Bacalah kisah kedua:
(Kau ni betul-betul slow power rangers. Nak call robot kau pun, sempat aku musnahkan 3 biji bandar kat sini. Ha ha ha.)
Berceloteh raksasa Dacornda dalam hatinya sambil menantikan hero bumi itu.
Yang ini (slow) jenis apa pula? Yang ni ada kaitan dengan movement. Secara tak langsung, ia ada kaitan dengan speed. Di sini, speed yang ditunjukkan ialah rendah. Jadi, (slow) ditepat menunjukkan maksud perlahan. Yelah, nak call robot besi tu pun, lambat nak bergerak. Siap ada lagu iringan waktu nak sempurnakan robot tu.
Jenis yang ketiga:
Naruto: Tak ada ke muzik yang happening sikit? Kau asyik layan muzik slow je.
Sakura: Dengar jelah. Aku tak layan muzik yang bising-bising sampai nak pecah dinding ninja school kita.
(slow) jenis ini bukan menggambarkan volume. Tapi, ia mempamerkan sama ada muzik itu bertenaga atau tidak. Jadi, (slow) pada dialog ini menunjukkan muzik yang diperdengarkan itu ialah muzik yang tidak rancak. Persoalannya, betul ke Naruto gemar muzik rancak? Entahlah...
Situasi keempat:
Nobita: Doremon, bolehlah. Bolehlah. (sambil merengek menangis-nangis macam budak kecil.) Bolehlah pinjamkan alta tu. Lagi pun Giant dah banyak kali kenakan saya.
Doremon: Baiklah. baiklah. Tapi, slow lah sikit menangis tu. Tak malu kat Sizuka ke kalau dia dengar. Ini dia alat yang dicari-cari...
(Slow) yang ini barulah ada kaitan dengan volume, sama ada kuat atau perlahan. Jadi di sini, (slow) pada dialog ilah bermaksud memperlahankan tangisan nobita yang pada mulanya kuat sampai dengar satu Jepun. Contoh yang lain, (slow lah sikit volume tv tu. kan dah Maghrib.) Kata Son Goku kepada anaknya, Gohan yang asyik tonton Dragon Ball sejak dari tadi.
Untuk yang terakhir:
Pengembaraan Shin Chan dan rakan-rakan bersama cikgu-cikgu tadikanya telah diadakan di Hutan Lipur Kuala Tembeling, Pahang. Mereka berada di Malaysia selama 7 hari. Ketika mengembara di hutan...
Kazama: Wah, cantiknya permandangan di hutan simpan ini. Ada banyak rama-rama dan beburung. Yang bestnya, banyak yang tak ada dekat negara kita.
Shin Chan: Hei, Kazama. Slow Slow sikit. lantai hutan ni lembap sebab semalam hujan lebat. Kalau asyik tengok atas je, nanti tergelincir jatuh gaung. He he he.
(slow) jenis ini jarang-jarang digunakan. Penggunaan (slow) ini bermaksud Hati-hati alias berwaspada alias take care. Seperti dalam dialog, Shin Chan memberitahu rakannya, Kazama agar berhati-hati kertika berjalan di hutan kerana tanahnya lembap mengakibatkan perjalanan mereka berkeadaan licin. Yang uniknya, perkataan (slow) perlu digandakan jika ingin membawa maksud berhati-hati. (slow slow,) barulah ia sinonim dengan maksud take care alias berhati-hati atau berwaspada.
Sungguh indahkan hutan Malaysia. Suasana yang dihiasi dengan flora dan fauna terbaik dari ilahi membuatkan para pelancong luar memuji-muji kecantikan neegara kita.
Kesimpulannya, perkataan (slow) yang didatangkan dari Inggeris ini membawa makna yang pelbagai jika didarab terapkan dalam bahasa Melayu. Persoalannya? siapakah yang memulakan perbualan (slow) yang macam-macam makna ini. Menurut kamus, (slow) bermaksud perlahan. Itulah maksudnya yang sebenar.
Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai.
Jumaat, 24 Februari 2012
Selasa, 7 Februari 2012
Janji Jam
(Janji jam.) itulah tajuk pada kali ini. Semoga segmen renungan yang Mat Santun hidangkan ini memberi manfaat serta renungan sejenak kepada anda.
Apabila kita menyebut tentang jam, maka kotak fikiran kita tidak lari dari mengingati fasal masa. Itulah yang dinamakan jam yang amat simile dengan waktu. Apatah lagi memang tugasnya untuk bergerak ligat menyinggah pada 12 nombor beranga bagi menunjukkan masa kepada kita dalam kehidupan seharian. Namun, adakah anda tahu, jam merupakan alat yang berdisplin dan mampu mendisplinkan kita. Sebagai analoginya, jam amat produktif dengan tugasnya menunjukkan masa kepada kita. Contoh, sekiranya kita menyuruh jam untuk membangunkan kita pada pukul 6 pagi, maka jam akan berbuat demikian dengan membunyikan locengnya tepat pada 6 pagi. Perkataan (tepat) harus anda perhatikan betul-betul. Dengan kata lain, (tepat) membawa erti bahawa jam tidak pernah kecundang dalam menjaga masa untuk membangunkan
kita pada masa yang diinginkan. Jam tidak pernah terlewat atau terawal untuk berbuat demikian kecuali nyawanya telah habis. Situasi kedua, jika kita memintanya untuk berbunyi pada setiap genap satu jam, maka jam tidak menghampakan permintaan kita. Jam terus bberbunyi setiap genap satu jam selagi kita tidak memberhentikan permintaan itu. Bagai mana dengan kita? Adakah sifat kita sama seperti jam?
Sekiranya kita mampu berfungsi sama seperti jam, kita ialah seorang yang boleh menguruskan masa dengan cemerlang. Jika sebaliknya, masih ada masa untuk kita melakukannya. Memang tidak boleh dinafikan, masa itu emas. Demgan kata lain, masa amat berharga dalam kehidupan kita. Sifatnya yang tidak boleh berulang dan berundur ke belakang menjadikan kita benar-benar memerlukannya. Oleh itu, pengurusan masa semestinya penting dalam kehidupan. Jika aspek itu tidak diaplikasikan, nescaya kita boleh dikategorikan sebagai manusia yang rugi kerana tidak menggunakan masa dengan bijak. Mana tidaknya, waktu senggang diisi dengan perkara-perkara lagha. Sementara kerja-kerja yang ditugaskan sering ditangguh dari masa ke masa. Kesannya, kita akan mundur ke belakang manakala yang lain sudah mengorak langkah mara ke hadapan. Oleh itu, pengurusan masa amat penting bagi mengatasi kelemahan sifat masa yang sememangnya sudah kita ketahui.
Untuk memastikan pengurusan masa kita benar-benar effektif, terdapat formula yang besar yang boleh dipakktikkan seharian. Yang pertamanya ialah mmerancang aktiviti dan diikuti dengan yang kedua menepati masa. kita haruslah merancang apa yang kita ingin buat pada suatu tempoh tertentu. Bagi melengkapkan perancangan itu, kita haruslah mempunyai jadual harian yang bertindak sebagai pengawal masa kepada kita. Misalnya, seorang pelajar dapat membahagikan waktunya antara belajar, berehat, bermain dan beribadat. Pendekatan ini membolehkan pelajar tersebut melakukan 4 aktivitinya dengan sempurna berlandaskan penyedian masa mengikut jadual. Namun, kita haruslah menyamai sifat jam yang menepati masa untuk melakukan tugasnya. Ini bererti, semua yang dicatatkan pada jadual itu haruslah diikuti dengan tepat dan teratur. Contohilah sifat jam yang tepat pada masanya untuk menggerakkan tuannya dari bangun tidur. Jika kita Berjaya mengikutinya, nescaya kita berada di landasan benar dalam soal menguruskan masa.
Sebagai contoh lagi, sseseorang ahli syarikat haruslah peka dengan jadual tugasnya. Jika pada hari tersebut mesyuarat akan diadakan, maka seseorang pegawai itu harulah menepati kehendak itu. Seterusnya, mereka perlulah menepati masa mesyuarat. Jangan bertindak melengah-lengahkan masa kerana itu selanjutnya akan menjejaskan yang lain. Mungkin mesyuarat itu akan tergendala disebabkan sikap kita yang demikian. Oleh itu, kita perlulah peka dengan segala tugas yang akan dibuat menikut jadual yang telah disediakan seterusnya menepati masanya dengan tepat. Jadikan jam sebagai penunjuk waktu kepada kita. Dengan kata lain, sentiasa melihat waktu pada jam agar kita tidak terlewat untuk menjalankan apa-apa perkara yang ingin dibuat.
Sebagai akhirnya,, renunglah sejenak bahawa jam merupakan alat yang berdisplin kerana jam tidak menghampakan kehendak kita. Jam juga mampu mendisplinkan kita. Sekiranya kita sentiasa melihat ke arah jam untuk melihat masa, maka kita seperti telah memulakan langkah pertama untuk menepati masa. Dengan melihat jam, maka kita akan mengetahui sama ada kita terlewat atau tidak untuk menghadiri sesuatu majlis. Sebagai seorang yang berdisplin dengan masa, apabila diketahuinya lewat, maka dia akan mempercepatkan tindakannya untuk benar-benar menepati masa bagi menghadiri sesuatu majalis itu. Sebab itulah jam mampu mendisplinkan kita dalam soal masa seharian. Oleh itu, berterima kasihlah kepada jam kerana mampu membangunkan kita dari tidur serta menunjukkan masa kepada kita. Sebagai penghargaannya, tepatilah masa kita. Tidak ada alasan untuk kita terlewat untuk membuat kerja kerana jam sentiasa berkeadaan tepat dalam membuat kerjanya untuk menunjukkan masa kepada kita.
Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.
ibuku seorang penipu
Hai semua yang membaca, segmen renungan kali ini membawakan kisah hidup seseorang. Mat Santun ingin bawakan sebuah cerita daripada seorang rakan Mat Santun. Dikhaberkannya, ibunya seorang yang gemar menipu. Emm, memang sukar dipercayai. Kalau hendak tahu, sama-samalah baca kisahnya.
Apa khabar, aku Farid Imran bin Razali. Umurku entah siapa yang tahu. Aku bekerja sebagai pegawai bank di Singapura. Untuk pengetahuan anda, ibuku seorang penipu. Sepanjang hidupnya, dia sering menipu aku. Bacalah cerita di bawah.
Farid Imran bin Razali, itulah namaku diberi. Aku tidak mempunyai adik-beradik. Sebab itulah sepanjang zaman kanak-kanakku hanyalah bermanja dengan ibu dan bapaku. Tetapi malangnya, bapaku telah meninggal dunia seawall umurku 2 tahun. Selepas itu, ibuku membawaku berpindah ke Perak, tanah tumpahnya ibuku dulu. Namun di situ, saudara-mara ibuku sudah tiada lagi. Di Perak inilah aku memulakan hidup baru.
Pada suatu hari, ketika aku berumurr 7 tahun. Di tengah malam yang sunyi yang dihiasi dengan bunyi cengkerik kampong, aku telah bangun dari tidur untuk ke tandas. Aku ternampak ibuku tersengguk-sengguk sambil menanak nasi untuk dibuat nasi lemak bagi dijual esok harinya. Lalu aku bertanya, kenapa ibu tak tidur lagi? Tak mengantuk lagikah? Ibuku menjawab, Belum lagi nak. Imran perfgilah tidur, esok nak bangun awal pergi sekolah. (Penipuan ibuku yang pertama.)
Di sekolah, aku belajar bersungguh-sungguh. Aku ingat pesanan arwah bapaku agar rajin berusaha sehingga Berjaya pada masa depan. Segala-galanya terbukti apabila aku tidak pernah mendapat nombor lain selain nombor 1 dalam kelas. Pencapaian itu Berjaya aku kekalkan sehingga darjah 5. Namun, ibuku sekali lagi menipu. Ketika aku telah membesar, sudah berumur 11 tahun. Aku terlalu lapar selepas pulang dari sekolah itu. Ibuku memberi makan dengan sebelah daripada seekor ikan haruan. Aku tahu, sudah beberapa hari hujan turun sehinggakan ibu tidak ke sungai mencari ikan baru. Aku berasa hairann melihat raut wajah ibuku. Lalu aku bertanya, kenapa ibu tak makan? Tak lapar lagikah? Makanlah Imran. Ibu dah makan di sawah tadi. Jawab ibuku ringkas. (penipuan ibuku yang kedua.)
Kini aku sudah remaja. Sudah berusia 16 tahun dan belajar di tingkatan 4. Keputusan SRP aku sangat bagus dan boleh dibanggakan ibuku. Namun masalah baru terjadi apabila sudah berada di hujung tahun. Aku memerlukan wang yang banyak untuk membayar yuran sekolah serta yuran peperiksaan SPM. Ibuku mengambil keputusan untuk menjual nasi lemak di waktu pagi dan menjaja kuih di sebelah petangnya. Petang hari itu, cuaca sungguh terik. Aku berasa lesu untuk mengulang kaji pelajaran. Aku ke dapur untuk meneguk sedikit minuman. Kelihatan di situ ibuku tercungap-cungap meletakkan jualannya ke sebuah raga besar untuk dijaja pada hari itu. Lalu aku bertanya, Ibu penatkah? Kalau gitu, biar Imran yang jaja kuih ini. Ibu menjawab, tak usahlah Imran. Pergilah sambung belajar. Ibu masih kuat lagi. (penipuan ibuku yang ketiga.)
Hari demi hari, tibalah SPM yang aku nanti selama ini. Bagi aku, hanyalah 2 formula yang boleh aku gunakann untuk persedian itu. Dengan gabungan antara usaha dan doa kepada ilahi, moga-moga cemerlang seperti apa yang ibuku harapkan. Ibuku sentiasa menunggu di luar dewan peperiksaan menemani semangatku. Tibalah waktu rehat, semua pelajar keluar dewan. Bagi rakan-rakan yang lain, waktu keluar dewan ialah waktu mencari makan. Namun bagi aku, belum tentu lagi. Tetapi aku bernasib baik kerana ibuku membawakan makanan. Aku makan dengan lahap. Beberapa ketika aku berhenti, aku bertanya kepada ibu, ibu tak laparkah? Ibu tak makan sekali? Ibuku tersenyum lalu menjawab, tak apalah, Imran. Ibu dah makan di rumah. (penipuan ibuku yang keempat.)
Alhamdulillah, semua seperti yang aku, ibuku dan arwah bapa mahukan apabila keputusan SPM aku menterjemahkan apa yang diharapkan. Kecermelangan itu telah menjadikan aku layak ke universiti. Di sana, aku mengambil bidang perakaunan kerana impianku ingin menjadi seorang pegawai bank. 3 tahun setengah aku berada di sana. Aku jarang-jarang pulang ke rumah kerana kos perjalanan menelan belanja yang mahal. Pernah jugaa aku pulang untuk menziarah ibu. Itu pun apabila raya menjelma. Namun aku bersyukur, ibuku masih sihat seperti biasa. Tetapi timbul pula masalah lain. Ibuku semakin tua, dia tidak mampu untuk menjual nasi lemak dan kuih lagi. Aku menjadi risau, bagai mana ingin menyara hidup ibu dan aku kerana dia dirasakan tidak mampu lagi untuk bekerja. Lalu aku mencadangkan sesuatu kepada ibu. Di suatu petang, aku memulakan pertanyaan. Ibu, bolehkah Imran bekerja di Johor sana? Bekerja separuh masa sambil belajar di university itu. Ibuku serta-merta menolak hajat murniku itu. Katanya, Imran belajarlah bersungguhh-sungguh selepas itu barulah bekerja. Ibu di sini masih kuat untuk menjual kuih. (penipuan ibuku yang kelima.)
Akhirnya, aku Berjaya menamatkan pengajian di university Johor itu. Aku terus ditawarkan bekerja di sebuah bank yang terletak di Singapura. Memang itu yang harapkan kerana cita-cita ingin begitu. Gajinya memang lumayan, memang cukup untuk menampung kos hidup diriku dan ibuku di kampong. Disebabkan kampungku terlalu jauh dengan tempat bekerja, aku mengambil keputusan untuk berpindah ke Singapura itu. Tidak ada penderitaan hidup yang aku rasakan sekarang ini, ibuku juga sudah senang dan mula duduk di rumah berehat sambil memperbanyakkan ibadahnya. Namun hari demi hari, ibuku menjadi lanjut usia dan mula menghidap penyakit batuk yang berpanjangan. Doktor mengatakan ibuku begitu adalah disebabkan terlalu kuat bekerja mengerah tenaga. Yang itu aku akui, ibuku memang membanting tulang untuk membesarkan aku ketika dulu. Aku terpaksa meninggalkan ibu lebih awal kerana ingin pulang ke Singapura. Selepas bersalam dengan ibu, aku berjalan menuju perhentian bas. Ketika di rumah, aku sempat bertanya kepada ibu. Ibu, Imran cadang nak bekerja di sekitar Perak ini. Senang nak jaga ibu. Ibuku menolak hasratku. Dia berkata, biarlah Imran kerja di sana. Lagi pun gajinya lumayan dan sudah tetap. Ibu di sini masih boleh uruskan diri. (Penipuan ibuku yang keenam.) Selepas beberapa hari aku di Singapura, aku mendapat panggilan bahawa ibuku berada di hospital. Aku menjadi serba-salah. Kerjaku di sini terlalu banyak, namun aku ingin melawat ibuku. Aku mengambil keputusan untuk menelefon ibuku bertanya khabar. Ibu, ini Imran. Ibu makanlah ubat betul-betul. Minggu depan Imran pulang. Minggu ini, Imran banyak kerja yang ingin dibuat. Ibuku menjawab, Selesaikanlah tugas Imran itu dahulu. Ibu di sini sihat-sihat saja. (penipuan ibuku yang ketujuh.)
Aku tidak menyangka. Belum lagi tiba minggu depan, aku terpaksa pulang pada hujung minggu itu juga. Ibuku sudah meninggal dunia akibat penyakit yang dihidapinya. Entah apa yang aku ingin katakan. Hanyalah berdoa kepada Allah agar roh ibuku dicucuri rahmat. Aku bersabar menerima ujian ini. Bagi aku, ibuku merupakan seorang yang gemar menipu. Tetapi bukan untuk keburukan hanyalah untuk kebaikan aku. Kepada anda, adakah anda mempunyai ibu yang bersikap seperti di atas? Renungkanlah.
Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.
seram sejuk
Apa khabar, kali ini Mat Santtai akan membawakan segmen renungan. Untuk permulaan ini, tajuknya ialah Dunia Perfileman. Ini ialah pendapat Mat Santai seemata-mata, tidak bermaksud untuk menjatuhkan imej mana-mana pihak. Bacalah, kita renungankan bersama.
Hai industry perfileman Malaysia, sejak akhir-akhir ini kelihatan banyak menghasilkan karya-karya yang berunsurkan seram dan tahyol. Dengar cerita setakat pertengahan Desember ini, sebanyak 18 buah filem berkaitan itu telah ditayangkan di pawagam daripada keseluruhannya berjumlah 42 filem. Apakah ini ialah fenomena yang memang dirancang, bibuat-buat atau keuntungan dapat dikaut daripada filem jenis ini? Tidak boleh dinafikan bahawa karya jenis ini memang mendapat pasaran yang baik. Tetaapi, kebelakangan ini kelihatan lebih cenderung untuk menghasilkan produk tersebut. Bagi pendapat Mat Santai, penghasilan filem tahyol yang terlalu banyak dalam suatu masa tertentu akan memberi impak buruk kepada sebilangan rakyat Malaysia khususnya.
Walau apa-apa pun, scenario yang berkaitan ini benar-benar memberi kesan negatif kepada mereka yang diancam ketakutan. Sebagai contoh, kanak-kanak yang pulang ke rumah dari tamat kelas tambahan, kelas mengaji atau yang lain, akan berasa takut sepanjang perjalanan pulang pada waktu malam. Dalam kotak fikirannya, muncul berekor-ekor hantu seperti toyol, Pontianak, Orang minyak atau Kak Limah yang tampak seperti hantu, walhal orang kurang siuman. Hal ini seterusnya mengundang kesempitan dalam minda mereka. Mereka berpendapat, hantu muncul di mana-mana untuk mengganggu mereka. Dengan gambaran wajah makhluk-makhluk tersebut yang menyeramkan lagi memeranjatkan dibuat oleh filem seram, kanak-kanak tersebut akan membayangkan perkara sedemikian lalu perjalanan pulang ke rumah mereka tidak tentu arah. Mungkin kerana terlalu takut sehinggakan terlajak dari rumahnya ekoran lariannya yang laju seolah-olah memasuki perlumbaan Olimpik. Itu Mat Santai kira yang berada di Bandar, bagai mana pula yang tinggal di pinggir bandaar, perkampungan atau kawasan pedalaman. Sama-sama kita fikirkan ketakutannya. Sebaliknya, mereka perlu bertenang dan memberanikan diri. Kadang-kadang, semuanya ialah perasaan kita saja yang dilakonkan oleh watak syaitan yang ada di mana-mana. Bagi orang Islam, kita perlu menentang watak antagonis itu dengan membaca ayat-ayat Al-Quran. Kesimpulannya, filem-filem tahyol ini memberi ketakutan kepada kanak-kanak, sedangkan hantu itu ialah syaitan yang perlu kita tentang bagi umat Islam.
Tidak terkecuali juga mangsanya yang berada di asrama sekolah. Dengan gabungan formasi tentang sejarah sekolah mereka yang dikatakan wujud unsur penghantuan ditambah pula pengaruh filem seram, pelajar-pelajar terbabit akan dilanda ketakutan untuk menjalani kehidupan di asrama. Sebagai contoh, ada pelajar yang gemar belajar bersendirian di waktu malam akan gagal berbuat demikian kerana ketakutannya membayangkan pelbagai jenis hantu yang dibangkitkan semula ceritanya oleh dunia perfileman. Walhal, ada sesetengah hantu itu sudah lama terkubur dan tidak lekat dalam ingatan orang lagi. Tidak cukup dengan itu, pelajar yang ingin ke tandas pada tengah malam juga akan ketakutan berbuat demikian. Mereka akan mengajak rakannya yang lain sedangkan tandas mereka terletak di dalam bangunan sekolahh serba moden.
Paling menakutkan dan tidak diharap berlaku, gejala khurafat berleluasa. Mana tidaknya, filem sedemikian sering menunjukkan cara-cara khurafat dilakukan. Entahlah kaedah yang dibuat itu ialah asli atau direka-reka. Selama Mat Santai hidup, perkara-perkara seperti minyak dagu, penanggal, hantu dalam botol atau lain-lain khurafat muncul sebagai perkara baru yang menakutkan, sedangkan perkara itu sudah lama terkubur. Jika ada pun perbuatan khurafat itu, sisa-sisanya sahaja. Jadi, buat apa dibangkitkan lagi perkara-perkara sedemikian. Bukankah perbuatan tersebut tidak baik diamalkan. Sebaiknya, kita perlu membiarkan perkara tersebut berkubur ditelan zaman moden. Bagi pendapat lagi, filem seperti ini mewujudkan khurafat secara berterusan di Malaysia ini.
Namun, dunia perfileman ini banyak memberikan kebaikan kepada Negara. Bukan sahaja dapat menaikkan nama Malaysia untuk berdiri setanding dengan filem antarabangsa, malah menjana pendapatan yang lumayan kepada syarikat seterusnya negara. Tahun ini sahaja, tidak silap Mat Santai terdapat 10 buah filem yang Berjaya menembusi Box Office di mana 6 buah filem telah mendapat anugerah. Antaranya, Merumahawangsa, Ombak Rindu, KL Gangster, Hantu Bonceng dan lain-lain. Dalam anugerah itu, 2 buah filem berunsur tahyol telah Berjaya mendapat bnama iaitu Hantu Bonceng dan Khurafat. Memang tidak dinafikan, filem berunsur tahyol ini senang mendapat pasaran, tetapi kalau boleh penghasilan tidaklah dalam kuantiti yang banyak dalam suatu masa. Hal ini akan mengundang masalah kepada sebilangan rakyat Malaysia.
Terima kasih kepada sesiapa yang membaca. Diharap, maklumat ini boleh dijadikan renungan bersama dan Berjaya membina sesuatu yang baru yang boleh meningkatkan kebaikan bersama. Buat industry perfileman, pendapat ini bertujuan untuk memberi renungan sejenak, bukannya ingin menjatuhkan nama mana-mana pihak. Mat Santai memohon maaf kepada semua pihak yang membaca renungan ini jika didapati terkasar bahasa. Akhir sekali, terima kasih. Bye…
Nak santai, bukan sekadar lepak tepi pantai.
16 jentera bertindak
Hai semua, segmen renungan menyusur lagi. Kali ini Mat Santun pula yang kendalikan. Hari ni, kita akan menceritakan tentang permainan catur. Tetapi, bukanya kaedah permainan. Kalau ingin tahu, bacalah…
Permainan catur merupakan salah satu permainan yang gemar dimainkan oleh penduduk dunia. Seperti permainan indoor yang lain, catur memerlukan kerahan minda yang benar-benar menghasilkan kekuatan kepada pemainnya. Jika itu berlaku, pemain tersebut akan memenangi permainan ini. Dengan kata lain, permainan catur memerlukan kebijaksanaan akal untuk berfikir. Namun, adakah anda tahu, permainan caturlah yang benar-benar menunjukkan semangat kejersama dalam berpasukan. Mana tidaknya, sejumlah 16 jentera pelbagai pangkat dan kelebihan sama-sama memerah keringat memecah kubu lawan kemudian menawan raja milik musuh. Pada masa yang sama, jentera-jentera ini berkubu di Negara sendiri untuk menjaga raja daripada kedaulatannya tergugat. Dengan gabungan formasi yang mantap yang dipersembahkan oleh mereka, maka sesebuah pasukan itu akan memenangi kejuaraan itu. Memang sukar untuk dinafikan, hala tuju tersebut amat sukar digapai. Namun dengan peranan effektif oleh semua jentera yang beraksi di gelanggang berdarah itu, segalanya tampak mudah untuk disudahkan.
Apa-apa pun, bagi pendapat Mat Santun. Terdapat 4 elemen penting yang dikolaberasikan bersama. Gabungan ini seterusnya menghasilkan sebuah anjakan paradikma yang positif yang akhirnya menghadiahkan kemenangan kepada pemainnya. Gabungan yang dimaksudkan ialah kebijaksanaan akal berfikir, semangat jihad untuk berkorban para jentera, sikap keberanian dan nilai tolong-menolong sesama jentera. Bagi seorang pemain catur yang biasa, kebijaksanaan digunakan dengan mengerah mindanya. 3 pendekatan yang berbaki itu diharapkan kepada 16 jenteranya. Untuk yang berpangkat rendah yang sebanyak 8 semuanya, adalah lebih bagus untuk sebahagiannya menentang musuh dan sebahagian lagi berkubu pada raja. Bagi jentera-jentera yang mempunyai kesaktian seperti Bechop dan Castel, mereka perlulah menikam jentera pihak lawan supaya berkurangan. Penggunaan jentera kuda pula adalah untuk mengkucar-kacirkan pergerakan pihak lawan kemudian mengambil kesempatan untuk membunuh pemaisuri musuh amnya. Sementara pemaisuri kebiasaannya digunakan pada saat kecemasan iaitu ketika mana jentera-jentera di atas telah terkorban. Ketika itulah pemaisuri bertindak menyelinap di setiap 64 petak mencari raja musuh.
Namun malangnya, corak persembahan mereka jarang-jarang diaplikasikan di gelanggang dunia realiti. Situasi ini seolah-olah memperlihatkan bahawa kita sudah ketandusan semangat demikian. Mana tidaknya, sejak akhir-akhir ini penghayatan kerjasama kurang ditunjukkan oleh masyarakat. Jika didapati terdapat pun, masih belum menyamai peranan jentera-jentera catur. Sebagai contoh, semangat kejiranan masa ini hamper pudar ditelan dunia kesibukan. Jika dilihat dahulu, banyak kegiatan seperti Rukun Tetangga, gortong-royong dan sukan masyarakat sering dipraktikkan bagi menghiasi kekosongan kawasan perumahan. Jika kini, aktiviti seperti itu jarang-jarang sekali diwududkan. Hal ini menyedarkan kita bahawa nilai-nilai kerjasama seperti tolong-menolong, bertolak ansur dan sanggup berkorban seperti mana yang dipamerkan dalam persembahan catur telah berkubur. Jika kita berbuat sebaliknya, nescaya ahli masyarakat sesuatu kawasan perumahan itu akan gembira hidup dalam semangat kejiranan. Hikmah ini juga mampu mencipta keamanan kepada tempat tinggal itu. Perkara ini dapat dibuat dengan kerjasama ahli masyarakat mengawal keadaan kawasan mereka agar tidak diancam jenayah seperti pecah rumah, penagihan dadah, gejala vandalisme dan lain-lain.
Semangat kerjasama yang mantap daripada jentera-jentera catur ini juga boleh diamalkan dalam sesebuah organisasi syarikat. Setiap ahlinya, perlulah bekerjasama untuk menaikkan reputasi syarikat yang baik seterusnya memancing keuntungan yang diharapkan. Jika itu berlaku, kejayaan akan datang menyambut kegembiraan ahli syarikat. Oleh itu, diharapkan agar tidak mangamalkan rasuah. Hal ini kerana rasuah boleh menjatuhkan prestasi syarikat. Akhirnya, memberi kesengsaraan kepada majikan. Teori ini samalah seperti permainan catur. Apabila didapati salah satu jentera tersilap langkah, maka keseluruhannya akan dihantui maut. Akhirnya memberi kesengsaraan kepada raja selaku penaung kerajaan. Oleh demikian, untuk meningkatkan kecermelangan sesebuah syarikat, mereka perlulah berperanan penting untuk bekerjasama selain mengamalkan etika perniagaan yang baik yang sudah ditetapkan oleh kerajaan.
Kesimpulannya, boneka catur ini benar-benar mampu menyedarkan dan mengembalikan semangat kerjasama kita jika benar-benar menghayatinya. Cuba direnung sejenak, jika didapati salah satu jentera catur tidak berperana dengan baik, maka kecenderungannya lebih kepada kegagalan. Samalah seperti dunia reality ini. Adakah anda seorang individu yang mengamakan kerjasama? Jika tidak, sama-sama renungkan. Jangan jadikan kita sebagai jentera catur yang tersilap langkah yang boleh membawa rakan-rakan kita ke arah keburukan hanya kerana tidak bekerjasama.
Seindah bahasa, sesantun bicara, semurni pekerti.
Langgan:
Catatan (Atom)
