WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Jumaat, 13 September 2013

Dasar-Dasar Dalam Negara



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Satu lagi terbitan berkaitan kisah study watak sebenar. Di bawah ini adalah serba sedikit maklumat mengenai dasar-dasar dalam Negara yang dipelajari watak sebenar dalam subjek kenegaraan ketika di penggal 2 dahulu.


Sebenarnya, waktu watak sebenar ingin mengemas kini folder STPM dalam lab top, watak sebenar terjumpa file yang di dalamnya mengandungi nota ini. Nota inilah yang pernah dihafal oleh watak sebenar dari sebuah buku subjek berkenaan dan kemudiannya ditulis kembali apa yang dihafal. Hasilnya, terbentuklah nota ini.
Apa yang ada di bawah ini juga adalah sebahagian kecil sahaja daripada dasar-dasar dalam Negara. Banyak lagi dasar=dasar Negara yang baru khususnya dalam Dasar Wawasan Negara dan Model Baru Ekonomi. Biar pun maklumat ini sesuai untuk budak-budak stpm sem 2, tapi yang sem 1 dan sem 3 jugak boleh aplikasikan dalam esei bahagian c.
Semoga perkongsian ilmu ini bermakna dan berfaedah.



1.1   Dasar-dasar dalam Negara


1.       Dasar Kebudayaan Kebangsaan

Objektif

-Kebudayaan bersifat kemalaysiaan membantu perpaduan Negara
-Memupuk dan menjamin identity kebangsaan
-Meningkatkan kualiti kehidupan dan mengimbangi kerohanian dan pembangunan fizikal Negara

Strategi dan pelaksanaan

-Memperbanyakkan pertunjukkan kebudayaan untuk memupuk perasaan bangga selain menarik minat masyarakat.
-Memberi latihan dan bimbingan kepada peminat-peminat kebudayaan.
-Menyelidik, memulihara serta memelihara kebudayaan agar tidak hilang ditelan zaman.


2.       Dasar Pendidikan Kebangsaan

Objektif

-Menyatu-padukan semua kaum dan menyediakan tenaga kerja yang cukup untuk pembangunan Negara.
-Melahirkan masyarakat yang berdisiplin dan terlatih.
-Menggalakkan perkembangan bidang kebudayaan, social, ekonomi dan politik.

Strategi dan pelaksanaan

-Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa pengantar utama
-Kurikulum sama berorientasikan Malaysia.
 -Sistem peperiksaan yang sama.
-Pendidikan seimbang dan bersepadu.


3.       Dasar Pandang ke Timur

Objektif

-Meningkatkan prestasi pengurusan dan pembangunan Negara.
-Mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif
-Meningkatkan potensi dalam bidang pengurusan dan pembangunan Negara.
-Menjalinkan hubungan perdagangan dengan Negara-negara Timur tanpa mengabaikan Negara-negara Barat.

Strategi dan pelaksanaan

-Lawatan ke Korea Selatan dan Jepun untuk mewujudkan kerjasama yang lebih rapat dalam bidang ekonomi, perindustrian, latihan teknikal dan akademik, program-program kemajuan eksekutif, penyelidikan dan pengurusan.
-Pegawai-pegawai dan pelajar dihantar ke Korea Selatan dan Jepun untuk mempelajari selok-belok teknikal dan aspek pengurusan.


4.       Dasar Kepimpinan Melalui Teladan

Objektif

-Memupuk ciri-ciri kepimpinan yang boleh dicontohi oleh pegawai-pegawai bawahan.
-Melahirkan pegawai-pegawai bersikap:
a. Memupuk nilai-nilai murni.
b. Meningkatkan daya pengeluaran.
c. Meningkatkan etika kerja.

-Membaiki kemahiran dan kebolehan pegawai perkhidmatan awam dalam:

a.       Merancang pelaksanaan dasar-dasar yang dirangka.
b.      Mengerakkan sumber tenaga manusia.
c.       Menggembleng dan menyelaraskan sumber organisasi.
d.      Menilai pelaksanaan dasar dan matlamatnya.

Strategi dan pelaksanaan

-Ceramah dan forum diadakan untuk menimbulkan kesedaran pegawai-pegawai tentang sifat kepimpinan.
-Diseimbangkan dengan Dasar Pandang Ke timur, Dasar Bersih, Cekap dan Amanah dan Dasar Penerapan Nilai-nilai Islam


5.       Dasar Bersih, Cekap dan Amanah

Objektif

-Mewujudkan etika kerja dan sikap berkhidmat untuk meningkatkan kualiti hidup.

Strategi dan pelaksanaan

-Semua pegawai kerajaan dan anggota perkhidmatan awam diwajibkan mengishtiharkan harta yang dimiliki.
-Pegawai yang disyaki menerima rasuah akan disiasat oleh SPRM.
-Pegawai-pegawai kerajaan dihantar ke luar Negara untuk melanjutkan pelajaran.


6.       Dasar  Pengurangan Beban Perbelanjaan

Objektif

-Menguatkan kewangan kerajaan dan mengawal kadar inflasi Negara.
-Mengukuhkan asas-asas ekonomi dengan pengunaan sumber-sumber yang ada.
-Mengawal hutang awam dan membaiki imbangan pembayaran Negara.
-Mengurangkan defisit belanjawan kerajaan.

Strategi dan pelaksanaan

Hanya melaksanakan projek-projek yang dapat menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan pencapaian DEB.
-Mengawal perbelanjaan sector awam.
-Mengawal perbelanjaan agensi-agensi di luar belanjawan.


7.       Dasar peningkatan daya pengeluaran Negara

Objektif

-Meninggikan kadar pertumbuhan ekonomi dan menyusun semula struktur dan ketidakseimbangan ekonomi.
-Memastikan sumber-sumber Negara tidak terbazir dan digunakan secara optimum.
-Membolehkan sector perindustrian bersaing di pasaran antarabangsa dengan membaiki system dan organisasi dengan teknologi terkini.

Strategi dan pelaksanaan

-Teknologi asing yang sesuai sahaja dipindah dan disesuaikan di Malaysia.
-Sikap-sikap dan etika kerja positif disemai.
-Sistem dan organisasi kerja dibaiki dan latihan pengurusan diberikan pada setiap peringkat bidang pengurusan.


8.       Dasar Belilah Barang Buatan Malaysia

Objektif

-Menggalakkan rakyat membeli barangan buatan Malaysia dan menghapuskan prasangka bahawa barangan buatan Malaysia kurang bermutu berbanding barangan import.
-Mengurangkan pengimportan barangan yang menyebabkan pengaliran keluar mata wang Negara.
-Sokongan rakyat perlu untuk kilang-kilang tempatan membaiki mutu pengeluaran agar standing dengan barangan di pasaran antarabangsa.

Strategi dan pelaksanaan

-Media massa berperanan mengubah pemikiran rakyat terhadap barangan tempatan.
-Semangat nasionalisme dan bangga dengan barangan buatan Malaysia ditanam.
-Menggalakkan kilang-kilang tempatan meningkatkan mutu hasil keluaran.


9.       Dasar Telekomunikasi Negara

Objektif

-Merupakan asas pembekalan matlumat dan pembentukan masyarakat telekomunikasi
-Merealisasikan Wawasan 2020 dengan pembentukan masyarakat terdidik dan bermaklumat.
-Membekalkan perkhidmatan dan komunikasi yang canggih dan bermutu di samping harga yang berpatutan.
-Menjalin hubungan perdagangan yang erat dengan Negara-negara yang menggunakan telekomunikasi.

Strategi dan pelaksanaan

-Membentuk sector komunikasi yang canggih, berkesan dan produktif pada kos yang berpatutan.
-Meluaskan perkhidmatan telefon dan kemudahan telekomunikasi lain kepada semua rakyat.
-Mengalakkan persaingan sihat agar dapat membekalkan perkhidmatan berkualiti.


10.   Dasar Wanita Negara

Objektif

-Membolehkan kaum perempuan berkongsi dengan kaum lelaki dalam menerima faedah dan peluang dalam pembangunan Negara.
-Membangunkan kaum wanita dengan mengintegrasikan mereka ke dalam sector pembangunan Negara selaras dengan kemampuan dan keperluan mereka untuk tujuan meningkatkan mutu kehidupan.

Strategi dan pelaksanaan

-Bantuan dan penglibatan Badan Bukan Kerajaan dalam persatuan-persatuan wanita untuk meningkatkan kualiti hidup.
-Wanita semua peringkat diberikan perhatian agar tidak wujud diskriminasi terhadap mereka.
-Kerajaan menentukan anggaran perbelanjaan untuk program-program pembangunan wanita.


Sumber rujukan: Fajar Bakti SDN BHD


Demikianlah  beberapa jenis dasar dalam Negara yang wajar watak sebenar ketengahkan dalam laman blog ini biar pun hamper semua dasar yang dinyatakan terdapat dalam Dasar Ekonomi Baru dan Dasar Pembangunan Nasional. Nantikan terbitan-terbitan daripada 2 boneka  watak sebenar yang bakal menyusur. Sekian…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan