WELCOME TO MY PAGE
HAI,yang memakai topi askar ini ialah mat santai. Sekali pandang, macam kawan spongebob. Tapi, tinggi langit dari bumi tau. HAI, yang tampak seperti waiter ini ialah mat santun. Memanglah korang tengok semacam pekerja Encik Krab, tapi aku ialah waiter halaman ini.

Sabtu, 7 September 2013

Syair Tema Kemerdekaan



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Diharapkan anda masih setia menantikan terbitan-terbitan daripada laman blog enciksantai.blogspot. Hari ini watak sebenar akan berkongsi kepada anda mengenai sebuah puisi tradisional iaitu syair. Tema syair ini berkaitan kemerdekaan. Penghasilan puisi ini juga merupakan latihan pengukuhan watak sebenar sebagai persedian menghadapi kertas 3 Kesusasteraan Melayu Komunikatif yang meminta calon menulis puisi yang telah ditetapkan.


Oleh itu, bertetapan dengan arus masa ketika ini yang sedang rancak meraikan hari sambutan ulang tahun kemerdekaan yang ke 56 serta hari Malaysia yang bakal ditempuh pada 16 September nanti, puisi tema kemerdekaan ini dianggap sesuai untuk diutarakan. Terus layan.


Salam dihulur kata aluan,
Syair disembah tema kemerdekaan,
Aman Negara kerana perpaduan,
Syair didengar kerana kesukaan.


Para pejuang menumpahkan darah,
Di bumi jati berjuang ghairah,
Melawan penjajah biar pun parah,
Syukurlah kita kerana sejarah.


Rombongan peroleh gelaran merdeka,
Bekerjasama di setiap ketika,
Kerana merdeka sanggup terluka,
Toleransi kaum sedia dirangka.


Lepas merdeka semakin berubah,
Negara membangun tidak lagi rebah,
Rakyatnya matang tidak lagi gelabah,
Berdepan rintangan di gunung dan lembah.


Nikmat merdeka perlu dikongsi,
Peminpin dan rakyat jangan bersangsi,
Anugerah alam indah menghiasi,
Pelabur pun datang mencari nasi.


Mari kita tunjukkan betapa,
Hebatnya Malaysia kerana apa,
Perpaduan kaum tidak dilupa,
Semoga Negara tidak dihampa.


Diharapkan agar perkongsian ilmu ini dapat dimanfaatkan bersama dalam kalangan calon kertas Kesusteraan Melayu bagi tingkatan 6.
Selamat berkongsi!

13 ulasan:

  1. Assalaamualaikum. Saya mohon kongsi dan lantunkan syair ini.Jazakallah

    BalasPadam
  2. Izinkan saya guna sebagai pencetus idea terima kasih

    BalasPadam
  3. Sungguh memberi inspirasi.. izinkan saya berkongsi..bait bait mu menyentuh hati.. Untuk panduan generasi kini..

    BalasPadam
  4. izinkan sy guna utk pertandingan

    BalasPadam
  5. izinkan saya guna untuk pertandingan

    BalasPadam
  6. Izinkan saya ambil intuk persembahan

    BalasPadam
  7. izinkan saya ambil utk pertandingan

    BalasPadam
  8. Izinkan saya mencedok lirik syair ini untuk persembahan merdeka nanti. Mohon halal dunia akhirat.

    BalasPadam
  9. mohon izin saya ambil untuk program sekolah

    BalasPadam
  10. Saya mohon izin jadikan inspirasi tksh sahabat maya Moga Allah limpahi rezki buat sahabat. Aamiinn

    BalasPadam