Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua. Kali
ini, watak sebenar nak share kisah aktiviti pendidikan di sekolah watak sebenar
belajar.
Sekitar pagi tadi, lebih kurang pukul 9.00 A.M. telah
diadakan majlis perasmian pameran airis jiwa di bangunan pentadbiran pra university
di sini. Majlis ini dirasmikan oleh tuan
pengetua sendiri dan dihadiri oleh guru-guru serta pelajar-pelajar pra university.
Pameran airis jiwa ini merupakan pameran bersifat kesenian di mana para pelajar
pra university yang mengambil jurusan pendidikan seni di sekolah ini telah
mempersembahkan hasil kerja mereka dalam penggal 3. Hasil kerja lukisan itu
juga merupakan tugasan assignment atau tugasan PBS mereka yang memakan tempoh masa
yang panjang untuk disempurnakan.
Hasil seni lukisan mereka telah dibingkaikan serta
dipamerkan di dinding-dinding galeri seni untuk tujuan pendokumentasian. Para
pelajar pra university serta pelajar menengah rendah dan atas turut dijemput
menyaksikan pameran yang memukau pandangan itu. Watak sebenar difahamkan
terdapat lebih kurang 20 jenis lukisan pelbagai tema dipamerkan yang mana
setiap satunya masing-masing milik setiap daripada calon peperiksaan STPM
jurusan kesenian. Antara tema hasil lukisan mereka adalah seperti alam sekitar,
permainan tradisional, pencemaran serta kemanusian. Terdapat juga elemen-elemen
lukisan yang dilakar yang bersifat simbolik dengan tujuan penyindiran atau
menterjemahkan maksud yang mendalam dan berkesan kepada penatapnya. Pendek
kata, dah jadi macam sastera-lukisan. Apa yang menghairankan sedikit watak
sebenar ialah saiz kertas llukisan yang digunakan itu begitu besar. Tidak
mungkin dapat diletakkan di atas meja kelas kerana kertas lukisan itu lebih besar
daripada permukaan meja kelas yang standard. Ini bermakna, rakan-rakan
seperjuangan watak sebenar itu telah melakarnya di atas sebuah papan cardboard yang
semestinya tampak seakan ahli artisan yang berkelana.
Apa-apa pun, sejuta tahniah watak sebenar ucapkan kepada
mereka kerana Berjaya menyiapkan tugasan PBS sekaligus mengakhiri sukatan pelajaran
pendidikan seni tahun 2012-2013. Lebih manis lagi, rakan-rakan watak sebenar
ini tidak ada lagi peperiksaan bertulis di penggal 3 ini berbanding dengan
pelajar-pelajar jurusan lain yang terpaksa menghadapi peperiksaan bertulis kali
ketiga.
Semestinya, perjuangan anda sudah hamper kemuncak dalam
subjek pendidikan seni. Dan lebih manis lagi, kemuncak itu diraikan dengan
mempamerkan hasil kerja lukisan anda di bilik galeri. Tahniah sekali lagi, anda
sudah memiliki prospek pekerjaan yang tinggi. Anda berupaya mencipta pekerjaan
sendiri sekaligus menjana pendapatan sendiri. Kalau ada rezeki, anda akan dapat
melangkah ke Balai Seni Lukis dengan membawa hasil-hasil karya seni anda di
situ untuk tujuan pemasaran domestic dan antarabangsa. InsyaAllah, semoga Berjaya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan