Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada anda semua yang
masih melawati halaman santun-santai. Bertemu kembali bersama watak sebenar
untuk menceritakan kisah sepak bola Pesta Bola Merdeka yang ke 41.
Masih terasa kehangatan 90 minit perlawanan di antara
Malaysia vs Thailand malam semalam?
Yang pastinya, perlawanan tersebut cukup menghiburkan
peminat fanatic bola sepak tempatan
kerana Harimau Muda A Berjaya menundukkan lawan dengan 3 – 0. Satu
keputusan yang memang patut dibanggakan. Keputusan itu juga membuatkan Malaysia
Berjaya mengutip 9 mata penuh selepas beraksi dengan Singapura(1-0), Myanmar(2-1)
dan terbaru ialah Thailand.
Sebenarnya, skuad Thailand tidak menghantar pemain utama
mereka untuk beraksi di Stadium Darul Makmur di Pesta Bola Merdeka ini. Tetapi,
itu bukan alasanpengomen-pengomen untuk mengatakan kesempatan itu menyebabkan
Malaysia Berjaya menumpaskan lawan. Sedangkan, Harimau Muda A juga tidak
meletakkan kesebelasan utama. Jurulatih OKS banyak merehatkan pemain-pemain
utama seperti Wan Zack, Irfan dan Nazmi sebagai bekalan senjata beraksi di
final Sabtu ini. Sebaliknya, percaturan OKS pada malam tadi banyak meletakkan
pemain-pemain baru di bangku simpanan. Hampir 5 6 pemain baru diberi peluang
untuk beraksi menentang Thailand yang mana perlawanan itu tidak menjamin
halangan untuk Harimau Muda A beraksi di final. Hal ini kerana, setelah
menamatkan 2 perlawanan dan mengutip 6 mata penuh, Malaysia sudah dikatakan
layak untuk ke final ekoran prestasi yang tidak menentu ditunjukkan oleh
pasukan-pasukan Negara yang lain.
Lebih membanggakan, pemain-pemain Harimau Muda A yang bukan
diletakkan sebagai kesebelasan utama berupaya mengekang gerakan lawan dan
memperoleh gol yang banyak tanpa dibolosi. Sekalung tahniah kepada anak-anak
buah OKS u23 yang beraksi dengan penuh bertenaga dan mempamerkan aksi yang
menghiburkan. Watak sebenar pasti prestasi seperti ini sekiranya
dikekalkan, Malaysia tidak menghadapi
laluan sukar untuk beraksi di Temasya Sukan Sea di Myanmar pada penghujung
tahun ini. Malahan, watak sebenar mengatakan Malaysia sebagai calon utama untuk
Berjaya beraksi di final Sukan Sea Myanmar. Seterusnya, mencatatkan kejuaraan
pingat emas untuk 3 kali berturut-turut
selepas di Vietnam dan Indonesia.
Apa-apa pun, Harimau Muda A berada pada landasan terbaik
untuk menghadapi sepak bola Sukan Sea kelak. Prestasi tersebut perlu dikekalkan
dan percaturan formasi perlu berada dalam keadaan terbaik dan serasi agar dapat
merobek gawang lawan yang akhirnya menyudahkan gol kepada Malaysia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan